Selain Ibadah Puasa, Jangan Lupa Untuk Menunaikan Ibadah Zakat Fitrah

Alhamdulillah, sudah hampir seminggu kita berpuasa di bulan Ramadan tahun ini. Bagaimana dengan puasa anda? Saya doakan seluruh umat Islam dapat melakukan ibadah pausa tahun ini dengan sempurna dan jayanya. Sudah pastinya, apabila menjelangnya bulan Ramadan, kita bukan sahaja wajib menunaikan ibadah puasa.

Puasa puasa juga, zakat fitrah jangan dilupakan ya! 🙂

 

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

Wajibkan zakat fitrah bagi orang yang berpuasa untuk menghapus kesalahan yang diakibatkan oleh perkataan dan perilaku yang tidak bermanfaat dan merupakan makanan bagi orang-orang miskin. Barangsiapa yang membayar zakat sebelum menunaikan solat, maka zakatnya diterima, dan barangsiapa yang membayarnya setelah menunaikan solat, maka ia termasuk sedekah biasa (Hadis Riwayat Ibnu Abbas) 

Zakat fitrah adalah satu ibadah yang menjadi kewajipan seluruh umat Islam di bulan Ramadan. Dalam erti kata lain, apabila zakat fitrah dilakukan di luar bulan Ramadan, ianya tidaklah sah dipanggil zakat fitrah. Saya pasti ramai yang arif tentang apa itu zakat fitrah, namun ada juga segelintir daripada kita yang masih keliru tentang waktu menunaikan zakat fitrah.

Jadinya bilakah waktu seharusnya kita membayar zakat fitrah ni?

#1 Waktu Harus     : Bermula dari awal bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan.

#2 Waktu Wajib     : Selepas terbenam pada akhir bulan Ramadan

#3 Waktu Afdhal    : Selepas solat fardu Subuh pada hari akhir bulan Ramadan

#4 Waktu makruh : Selepas sembahyang sunat Aidilfitri sehingga terbenam matahari

#5 Waktu haram    : Selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri

 

Konklusinya, waktu bila pun anda ingin menunaikan zakat fitrah, pastikan ianya tidak bertembung dengan waktu yang makruh dan haram untuk membayar zakat fitrah ya.  Selamat menunaikan ibadah puasa dan zakat fitrah! 🙂

 

Kredit kepada: Anekamakalah & SAYS

 

 

 

P/S: Sempena bulan Ramadan ini, Telekung Siti Khadijah bakal mengadakan Promosi Gema Lebaran 2018, di MAEPS, Serdang. Ya! Pelbagai produk-produk baru SK akan dipasarkan di Gema Lebaran dan yang paling penting ialah diskaun sehingga 15% . Pastinya berbaloi-baloi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke MAEPS Serdang bagi Promosi Gema Lebaran Siti Khadijah pada 26 dan 27 Mei ini dan temui Team SK di booth bernombor L032 & L033. Bawak saudara-mara dan sahabat handai sekali ya! kami tunggu anda di sana. 🙂

Layari juga Facebook Telekung Siti Khadijah untuk info lanjut.

 

 

 

 

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Pengajaran Berharga Dari Kisah Perang Badar di bulan Ramadan

Hadirnya bulan Ramadan untuk sekian kalinya telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh segenap umat Islam di Malaysia mahupun di negara-negara lain. Kedatangan Ramadan juga membawa 1001 rahmat Allah dan keampunanNya disamping berlipat gandanya pahala dan juga anugerah lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

Bulan Ramadan juga sebenarnya mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini yang boleh kita renungi bersama. Antara peristiwa yang kita tidak patut untuk lupakan yang pernah berlaku di bulan Ramadan ialah peristiwa Perang Badar. Berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, peperangan Badar ini adalah merupakan titik tolak kepada kemenangan perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan risalah Islam seterusnya. Tidak perlulah saya ceritakan tentang keseluruhan peristiwa Perang Badar itu pada entri kali ini. Namun apa yang saya cuba sampaikan ialah, pengajaran berharga yang kita perlu selami daripada peristiwa itu.

#Pengajaran 1

  • Sebuah perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tinggi yang ditonjolkan Rasulullah dan para sahabat baginda seharusnya kita contohi dan kenang sampai bila-bila.
  • Oleh itu, hargailah agama Islam dengan mengamalkan sepenuhnya.

 

#Pengajaran 2

  • Pengajaran lain yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita sempena peristiwa Perang badar ialah dengan melakukan syura atau bermesyuarat sebelum membuat apa-apa keputusan dalam setiap perkara.
  • Lebih-lebih lagi perkara yang tiada nas yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah, dan merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap dan tidak harus diabaikan.

 

#Pengajaran 3

  • Melalui perang Badar juga, kita mendapat pengajaran bahawa keimanan yang kental, doa yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah merupakan senjata yang ampuh dan berkesan bagi menghadapi sebarang serangan musuh-musuh Allah dan Islam di sepanjang zaman.
  • Walaupun terpaksa berperang menentang musuh di bulan Ramadan, tentera Islam masih boleh menang dalam perang tersebut. Allahuakbar. 🙂

 

#Pengajaran 4

  • Kita juga dapat pengajaran bahawa sesuatu kebenaran itu tidak akan dapat ditegakkan jika ianya tidak disertai dengan strategi yang betul, perancangan dan penyusunan yang kemas dan rapi.

 

#Pengajaran 5

  • Pengajaran paling penting dan terakhir untuk entri kali ini daripada peristiwa Perang Badar ialah sebagai umat Islam kita perlu yakin bahawa sesungguhnya Allah itu maha berkuasa atas segalanya.
  • Kerana keyakinan berdoa kepada Allah, kemenangan telah berpihak kepada tentera Islam dan perjuangan Islam, walaupun mempunyai bilangan tentera yang kecil dan terhad kekuatannya.

 

Semoga semangat dan roh kemenangan Peperangan Badar yang bersejarah ini akan membakar semangat kita agar bangkit dan jangan cepat berputus asa dalam apa jua yang kita lakukan di dunia yang sementara ini.  Dengan cara ini sajalah, agama Islam akan terbela, di pandang tinggi dan mulia di sisi agama-agama lain, syariatnya akan tertegak gagah dan rahmatnya akan dapat dinikmati dalam negara ini oleh segenap lapisan masyarakat. InsyaAllah.

 

Kredit kepada: Ondastreet

 

Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, dapatkan Telekung Siti Khadijah di Butik SK berhampiran anda di seluruh Malaysia atau layari sahaja www.sitikhadijah.com 

Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Soalan Yang Sering Di Tanya Ketika Bulan Ramadan?

Setiap kali tibanya Ramadan, pasti soalan-soalan ini berputar dalam benak fikiran sebahagian daripada kita. Memang lumrah bagi manusia perlu sentiasa diingatkan, sekalipun hal tersebut telah acapkali dibincangkan. Justeru, tiada salahnya jika penulis mengulang kembali persoalan yang kerap ditanya ketika Ramadan, dengan cara yang ringkas, mudah-mudahan. Berikut dikongsikan bersama;

#1 Adakah wanita yang haid semasa bulan Ramadan perlu mengqada’ (menggantikan) solat seperti qada’ puasa?

Tidak perlu mengqada’ solat. Wanita yang haid ketika bulan Ramadan hanya perlu menggantikan puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sahaja.

“Seseorang pernah bertanya kepada Aisyah r.anha; ‘Adakah perlu seseorang mengqada’kan solat apabila suci?’ Aisyah  menjawab; ‘Kami haid pada zaman Nabi Muhammad, baginda tidak menyuruh kami melakukannya’.” Hadis Riwayat Bukhari

 

#2 Adakah sah puasa bagi seseorang yang lupa untuk berniat puasa keesokan harinya kerana terlambat bangun sahur?

  • Niat adalah lintasan hati atau apa yang sudah diqasadkan oleh hati sebelum melaksanakan sesuatu perkara.
  • Jadi dalam konteks ini, hukumnya masih sah kerana dia hanya terlambat bangun sahur dan pasti malam sebelum tidur itu dia sudah pun niat untuk bangun cuma terlambat.
  • Teruskan berpuasa dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.

 

#3 Bolehkah kita berniat puasa untuk sebulan terus?

Boleh, diharuskan. Dan ianya tidak menjadi kesalahan jika ingin berniat pada setiap hari.

 

#4 Jika seseorang terlupa hari itu adalah bulan Ramadan, bangun dari tidur terus bersarapan seperti biasa. Setibanya di tempat kerja baru teringat. Bagaimana pula keadaan begini?

  • Lupa adalah suatu yang lumrah bagi kita hamba Allah di dunia ini.
  • Apabila seseorang itu sudah kembali ingatannya secara normal, wajib baginya untuk teruskan puasanya. Ini berbeza dengan orang yang hilang akal atau gila, yang memang gugur kewajibannya daripada berpuasa.

 

#5 Jika seorang wanita didatangi haid 5 minit sebelum berbuka puasa, adakah puasa pada siang harinya sebelum itu sah?

  • Tidak sah, dan puasanya akan terbatal serta-merta.
  • Wajib baginya untuk menggantikan puasanya, kerana waktu tersebut masih dalam tempoh berpuasa.
  • Namun jika haid datang selepas waktu berbuka puasa, dia tidak perlu ganti puasa nya pada hari itu.

 

#6 Bolehkah seseorang itu berbuka puasa dengan hanya merokok?

  • Perbuatan merokok ialah sama seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, sama seperti memasukkan makanan atau minuman.
  • Cuma, sebaiknya perlu dielakkan demi menghormati bulan yang mulia ini. Merokok bukan hanya memudaratkan kesihatan bahkan, fatwa pernah mengharamkan benda ini.

 

#7 Memasukkan sesuatu ke rongga badan akan membatalkan puasa. Bagaimana pula jika seseorang itu menggunakan inhaler (alat bantuan pernafasan), terutamanya bagi pesakit asma?

  • Penggunaan inhaler bagi orang yang berpuasa, maka akan terbatal puasanya ,mengikut pandangan ulama’.
  • Kenapa? Ini disebabkan kajian perubatan menunjukkan bahawa 80% gas inhaler akan masuk ke dalam rongga badannya melalui saluran pernafasannya.
  • Jadi, bagi mereka yang menggunakan alat ini bagi tempoh tertentu hendaklah menggantikan puasanya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
  • Manakala bagi mereka yang memerlukan alatan ini sepanjang hidupnya dan tiada harapan sembuh, maka hendaklah digantikan puasa tersebut dengan cara fidyah.

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menjawab persoalan yang sering anda musykil sepanjang bulan Ramadan.

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, dapatkan Telekung Siti Khadijah di Butik SK berhampiran anda di seluruh Malaysia atau layari sahaja www.sitikhadijah.com 

Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

 

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Cara Menawan Hati Ibu Bapa Kita

Bagaimana puasa anda? Harapnya Allah permudahkan segala urusan berpuasa kita pada tahun ini ya… 🙂

Siapa yang tidak sayang akan ibu-bapa masing-masing, betul? Mereka lah yang melahirkan kita, dan tanpa mereka, tiada lah kita hidup di dunia ini. Sejak kecil, kita dididik dan di beri kasih sayang yang tidak berbelah bagi oleh ibu-bapa kita. Jadi mengapa apabila kita meningkat dewsa, mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama terhadap kedua orang tua kita?

Sebenarnya, kadang-kadang perkara sekecil zarah sahaja mampu membahagiakan hati kedua ibu-bapa kita. Di bulan Ramadan yang mulia ini, jom saya kongsikan cara-cara yang senang untuk menambat hati kedua orang tu kita.

#1 Berbicaralah secara lemah-lembut

  • Sudah pastinya ibu-bapa kita akan lebih terasa dan sensitif kerana mereka terlebih dahulu ‘makan garam’ dari kita.
  • Jadi, gunakanlah perkataan yang lembutdan sopan, serta jangan lah kita sesekali meninggikan suara kita kepada mereka. Takut kecil pula hati mereka nanti.
  • Sebagai anak juga, kita tidak boleh bercakap dengan ibu-bapa kita seperti bercakap dengan rakan kita.
  • Percayalah, jika kita berlembut dengan mereka, mereka juga akan berlembut dan akan rasa lebih dekat dengan kita.

#2 Tidak Merendah-rendahkan/Menghina Ibu Bapa 

  • Jika suatu hari nanti kita sudah bekerjaya, memiliki keluarga, mewah dan berharta jangan sekali-kali menghina dan melupakan kedua ibu bapa kita.
  • Walau sejahat mana pun mereka di pandangan anda, ianya tetap berdosa besar jika kita mengherdik insan yang melahirkan kita ke dunia ini.
  • Sentiasa ingat bahawa kita bermula dari mereka. Apabila Allah SWT memberi nikmat-Nya buat kita maka inilah peluang untuk kita membalas jasa mereka.
  • Kenanglah segala penat lelah mereka yang membesarkan kita sehingga berjaya. Sentiasa berterima kasih kepada mereka agar mereka rasa dihargai.

#3 Tidak terlalu berkira dengan Ibu-Bapa

  • Ibu bapa adalah insan yang tidak pernah mendahulukan kepentingan diri mereka. Sudah pasti anak-anak menjadi keutamaan dalam hidup mereka.
  • Sebagai seorang anak, bermurah hatilah dalam berkongsi nikmat yang Allah sudah berikan kepada kita. Bukankah rezeki datang daripada-Nya?
  • Dengan bersedekah dan tidak berkira dengan kedua ibu bapa boleh menjadi sebab rezeki kita sentiasa dimurahkan. Ingatlah, rezeki kita Allah dah susun baik-baik. Hanya menunggu masa yang tepat untuk dilepaskan satu-persatu.

#4 Segerakan Permintaan Mereka

  • Jika ibu bapa memerlukan khidmat bakti kita sebagai anak, perlulah kita segerakan tanpa sebarang alasan dan penangguhan.
  • Walaupun kita sedang bersolat sunat sekalipun, kita wajib mendahulukan panggilan ibu.
  • Berbaktilah kepada ibu bapa dengan berbuat baik kepada mereka, mengerjakan hak-hak mereka, sentiasa mengikut segala perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak.
  • Menjauhi sebarang perkara yang menyakiti hati mereka dan mengerjakan apa yang menggembirakan mereka.

Dan yang terakhir sekali ialah………….

 

#5 Lakukanlah sesuatu yang menggembirakan ibu bapa kita selalu! 🙂

  • Sebagai seorang anak, kita sewajarnya paling mengenali dan mengetahui perkara yang mereka suka dan tidak suka.
  • Maka, usahalah sebaik mungkin agar kita dapat menggembirakan hati mereka walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Bahagikanlah masa yang sebaiknya agar dapat memenuhi keperluan ibu bapa disamping kesibukan kita dalam bekerja mahupun berkeluarga.
  • Sentiasa pandai memenangi hati orang tua agar hidup kita lebih mendapat keberkatan. Banyak kisah tauladan yang dapat kita jadikan contoh dalam perkara berbakti kepada kedua ibu bapa.

 

Sama-samalah kita perbaiki hubungan kita dengan ibu bapa agar hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredaan-Nya di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Kredit kepada: Tazkirah.net

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK DARI TELEKUNG SITI KHADIJAH

Jika hati bersedih bacalah Al-Quran,
Hati akan kembali tenang dan cerah,
Pejam celik sudah tibanya bulan Ramadan,
Maksimakan amalan ibadah dengan Telekung Siti Khadijah! 🙂

 

Telekung Siti Khadijah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua Islam. Diharapkan dengan hadirnya bulan Ramadan pada tahun ini akan menjadikan kita lebih baik daripada tahun sebelumnya. Semoga amalan kita diterima Allah bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi juga bagi bulan-bulan yang lain.

“Tiada bulan seagung ini. Tiada bulan semulia ini. Tiada bulan seberkah ini. Ramadan Al-Mubarak yang penuh berkah dan maghfirah. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.”

 

Di bulan yang penuh baraqah ini juga, jangan lepaskan peluang untuk merasai Telekung Siti Khadijah sebagai kelengkapan solat anda. Kunjungi butik-butik Siti Khadijah berdekatan anda di seluruh Malaysia dan dapatkan produk Telekung Siti Khadijah kesukaan anda.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk ke butik Siti Khadijah, jangan risau! #OnlineKanSenang 🙂

Kini, semuanya berada di hujung jari anda. Anda boleh membuat tempahan produk SK secara dalam talian. Pelbagai tawaran menarik dan promosi menanti anda. Promosi Lazada Riang Ria Raya 2018 bermula 8 Mei hingga 25 Jun 2018. Telekung Siti Khadijah sebagai official store di Lazada menawarkan pelbagai promosi sehingga 20%. Menariknya!

Ada lagi!

Produk terbaru daripada SK iaitu Basic Kain (BK) LZD . Produk terbaru daripada telekung Siti Khadijah ini dipasarkan secara eksklusif hanya di Lazada.  Ya, Tiada di tempat lain! Telekung Basic Kain (BK) LZD merupakan produk baru Siti Khadijah yang menampilkan corak dan renda yang berlainan daripada produk telekung Basic Kain yang biasa sebelum ini.

Harga bagi telekung Basic Kain (BK) LZD hanya RM 135 sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memiliki hadiah percuma iaitu tuala muka dan eksklusif Siti Khadijah  dengan setiap pembelian produk Siti Khadijah sepanjang promosi Riang Ria Raya 2018 Lazada Siti Khadijah.

 

Bagi para pengguna telekung Siti Khadijah yang ingin mendapatkan Telekung BK LZD dan produk-produk Siti Khadijah yang lain, boleh sahaja layari www.lazada.com.my/sitikhadijah

 

Selamat Berpuasa Semua! 🙂

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

8 atau 20 Rakaat Bagi Solat Sunat Terawih?

Bila tiba bulan Ramadan, umat Islam pastinya menumpukan sepenuh perhatian untuk melaksanakan ibadah dan ketaatan dengan sebaik mungkin kepada Allah. Dan tentunya, paling yang kita nantikan ialah dengan semangat untuk mengerjakan solat sunat terawih, bukan?

Namun persoalan yang kerap di tanya apabila tibanya bulan Ramadan ialah, adakah kita mengerjakan  8 atau 20 rakaat bagi solat sunat Terawih? 🙂

Haaa..meh sini saya kongsikan secara mudahnya beberapa penjelasan tentang persoalan ini. Semoga bermanfaat buat semua ya.

1. Ikut Kemampuan, Tidak Terikut-ikut Dengan Orang Lain

  • Sudah pastinya apabila tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak, umat Islam akan berlumba-lumba mengejar amalan untuk mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah.
  • Antara amalan yang ditunggu-tunggu bila menjelmanya bulan Ramadan ialah melakukan solat sunat Terawih.
  • Namun bagi anda yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang masih kecil seperti bayi, tidak salah untuk solat berjemaah di masjid, tetapi anda harus memikirkan keselesaan jemaah lain di masjid juga.
  • Jadi, jika anda mahu mengerjakan 20 rakaat bagi solat sunat Terawih anda, seeloknya anda lakukan hanya 8 rakaat dan selebihnya sambung di rumah bagi tidak mengganggu jemaah lain dengan rengekan dan tangisan si kecil anda.     

2. Kelapangan Masa

  • Bulan Ramadan adalah bulan di mana Allah janjikan pelbagai macam ganjaran dan pahala bagi siapa yang mengerjakan amalan suruhanNya.
  • Jika anda berkelapangan masa dan tidak tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu perkara lain, maka apa salahnya kita lanjutkan sehingga 20 rakaat bagi solat sunat Terawih kita.
  • Jika kita lakukan dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat kredhaan dan ganjaran dari Allah, insyaAllah Allah sayang dan memberi kita ‘bonus’ tambahan kelak. 🙂

3. Mencari Keredhaan Allah di bulan Ramadan yang Mulia

  • Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bulan Ramadan hanya datang setahun sekali. jadi rebutlah peluang ini untuk mencari redha Allah dengan melakukan amal soleh seperti tadarus Al-Quran, solat sunat Terawih, bersedekah dan macam-macam lagi.
  • Jadi, baik 8 rakaat mahupun 20 rakaat, kedua-duanya tidak menjadi masalah, ikut lah kemampuan anda dalam beribadah dalam melihat segenap aspek seperti masa, keluarga dan lain-lain.

4. Ikuti Sunnah Rasulullah SAW

  • Persoalan mengenai jumlah raka’at solat Tarawih, sebenarnya ia merupakan perkara lama yang telah pun dibincangkan oleh ulama-ulama mu’tabar.
  • Mengikut Syeikh Dr. Abdul Malik al-Sa’di, tidak terdapat dalil yang benar-benar pasti tentang bilangan rakaat solat tarawih yang dilakukan oleh Rasulullah kerana terdapat pelbagai riwayat tentang bilangan rakaatnya.
  • Oleh itu, semakin banyak ibadah yang dilakukan pada malam-malam Ramadan, maka semakin banyaklah pahala yang akan diperolehi.

Terdapat hadis daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman yang bertanyakan Sayyidatuna Aisyah r.a :

“Bagaimanakah  solat Nabi s.a.w. di dalam bulan Ramadan?” Maka jawab Sayyidatuna Aisyah: “Nabi tidak melebihkannya di dalam Ramadhan dan di luar Ramadhan melebihi 11 rakaat …(11 rakaat ialah setelah dicampur 3 rakaat Witir)” (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

 

  • Jika diteliti hadis ini, ia hanya menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w. menunaikan solat malam di dalam bulan Ramadan dan selainnya dengan 11 rakaat. Namun begitu, dalil-dalil yang jelas menunjukkan bahawasanya solat malam ini termasuklah solat terawih tidak terikat dengan bilangan tertentu, sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar, seseorang bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang solat malam, Maka jawab baginda :

“Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat, jika seseorang kamu bimbangkan masuknya waktu subuh maka dia solatlah satu rakaat sebagai solat witir.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

 

Hakikatnya, kita sebagai umat Islam sebaiknya lebih menumpukan perhatian bagi mewujudkan kualiti dalam Ibadah yang dilakukan serta mengikhlaskan diri kepada Allah bukan sahaja di bulan Ramadan, tetapi pada setiap masa. Rebutlah peluang, ganjaran besar dan ‘bonus’ yang disediakan oleh Allah pada bulan Ramadan ini.

8 atau 20 rakaat, keduanya mempunyai manfaat dan mendapat pahala daripada Allah. 🙂

 

Dapatkan Telekung Siti Khadijah sebagai kelengkapan solat anda di bulan Ramadan tahun ini di Butik-butik SK seluruh Malaysia atau layari www.sitikhadijah.com 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Bulan Ramadan Hampir Tiba, Ketahui Tujuan Sebenar Kita Berpuasa

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan antara tuntutan dari Allah kepada semua hambaNya di dunia ini. Sudah Allah janjikan pelbagai kebaikan dan pengampunan pelbagai dosa serta syurga kepada yang berpuasa dengan ikhlas. Allahuakbar!  

Bagaimana dengan berpuasa dapat membentuk peribadi kita? 🙂

#1 Mendidik Diri Kita Untuk Mentaati Perintah Allah

  • Jika difikirkan secara logik, berpuasa agak berat untuk dilakukan. Kita tidak makan dan tidak minum sedangkan ia satu keperluan asas untuk terus hidup.
  • Namun, dengan kekuatan iman, kita tetap menuruti suruhan itu kerana kita tahu ia datang dari Allah.
  • Kerana sifat kasih dan cinta kepada Allah dalam menuruti perintahnya, maka berpuasalah dengan seikhlas mungkin agar mendapat keredhaan dariNya.

#2 Membentuk Sifat Penyayang Kepada Diri Sendiri & Orang Lain

  • Jangan tak tahu, dengan berpuasa juga dapat membentuk sifat penyayang dalam diri.
  • Ia menimbulkan rasa kasih, tolong-menolong, mengambil berat dan bertimbang rasa terhadap mereka yang tidak bernasib baik.
  • Dengan berlapar dan dahaga seharian akan mengingatkan kita kepada golongan yang kurang bernasib baik dan tidak dapat makan dan minum seperti kebanyakan daripada kita.

#3 Sebagai Latihan Memupuk Sifat Sabar Dalam Diri

  • Sedarkah kita, kadang-kadang dalam kita berpuasa lah akan datang ujian dan dugaan, betul atau tidak?
  • Suka atau tidak, inilah yang dinamakan ujian dari Allah. Allah mahu uji kita, di mana tahap kesabaran dan kebergantungan kita.
  • Oleh itu, sabar itu sangat penting dan semoleknya kita perlu bersyukur kepada Allah apabila datangnya ujian seperti kehilangan keperluan asas dalam hidup iaitu makan dan minum. Kesengsaraan ini melatih diri untuk terus kuat.

#4 Mendidik Diri Bersyukur 

  • Seperti yang saya terangkan sebelum ini, bagi yang menyedari keadaan ini, mereka akan lebih mensyukuri dengan apa jua dugaan yang melanda. Dalam menempuhi ujian yang menguji kesabaran, Allah akan menggantikannya dengan pahala yang berlipat-kali ganda.
  • Malah lebih banyak lagi ganjaran diberikan kepada mereka yang ikhlas dalam berpuasa serta melakukan amal kebaikan semasa sedang mengerjakannya.
  • Paling penting ialah pintu khas menuju ke syurga yang disebut sebagai ar-Rayyan untuk mereka. Ini adalah tanda dan bukti kasih sayang Allah kepada mereka yang berbuat kebaikan.

#5 Mendapat Keampunan Daripada Allah

  • Hanya orang yang ikhlas dalam berpuasa akan mendapat keampunan daripada Allah. Inilah harapan kita dan janji Allah kepada umat-Nya. Jadi, bagi mendapatkan keampunan dan kebaikan ini, kita didik jiwa kita agar melakukan semuaya secara ikhlas semata-mata kerana Allah.

#6 Melahirkan Keikhlasan

  • Pembentukan sifat ikhlas dalam jiwa kita inilah yang menjadikan kita sebagai seorang hamba yang mendekatkan diri dengan Allah. Jiwa sebegini insyaAllah dapat membuatkan kita menahan diri daripada nafsu dan kehendak duniawi.
  • Jadi, kita berusaha mengawal diri kita agar terhindar daripada dosa dan maksiat. Maka, puasa menjadikan kita insan yang berdisiplin.

#7 Berpuasa Dapat Memuhasabahkan Diri

  • Akhir sekali, dengan berpuasa juga dapat menilai siapa diri kita sebenarnya. Adakah kita sudah melakukan ibadah puasa dengan sempurna? Adakah amalan kita diterima Allah?
  • Dengan elemen-elemen inilah yang akhirnya membuatkan kita insaf.
  • Secara tidak langsung, kita dapat merasai diri kita sebagai hamba yang lemah dan memerlukan Allah dalam hidup kita. Lalu, kita menjadi hamba yang berharap kepada keredhaan-Nya.

Haa dah tahu kan bagaimana dengan berpuasa sahaja dapat membentuk peribadi yang baik? Pokok pangkal nya, tanya hati kita, adakah kita akan berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah? Ataupun sekadar untuk memenuhi tuntutan rukun Islam?

 

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Nak Bersedekah Tidak Semestinya Menggunakan Wang Semata-mata…

Sedekah merupakan suatu amalan yang mulia dan di pandang tinggi oleh Allah. Sedekah juga merupakan perkara yang dituntut oleh Islam. Pastinya besar ganjaran bagi yang gemar bersedekah kerana Allah. Sebagai contohnya, mati seorang yang suka bersedekah akan berada dalam keadaan Husnul Khatimah dan akan terhapus sikap sombong nya.

Kita selalu kaitkan sedekah dengan wang ringgit, betul tak?

Penting untuk kita faham konsep bersedekah itu sendiri. Ramai dalam kalangan kita yang masih beranggapan bahawa jika ingin bersedekah, kita mestilah berduit dan ‘hidup senang’ terlebih dahulu. Wahai umat Islam, jangan sempitkan pemikiran anda, kerana sesungguhnya konsep bersedekah itu kan luas? 🙂 

Berikut saya kongsikan 4 cara bersedekah secara kreatif. Semoga bermanfaat buat semua.

1. Sedekah Sabun Basuh Tangan/Pewangi

 

  • Susah untuk kita jumpa pewangi/sabun basuh tangan di tandas-tandas masjid atau surau sekarang, kan?
  • Namun tidaklah semua masjid tidak mempunyai sabun atau pewangi tandas, namun ianya jarang kelihatan. Sampaikan kadang-kadang tandas-tandas di masjid ini ada yang berbau, walaupun sudah dicuci sebelum nya.
  • InsyaAllah, jika kita sedekahkan pewangi dan sabuh basuh tangan di tandas-tandas masjid/surau, pengguna yang solat di situ dapat menggunakan dan memberi manfaat kepada semua orang. Masjid/Surau pun akan jadi lebih bersih dan wangi.
  • Senang kan nak dapat saham pahala di akhirat nanti? 🙂

 

2. Jangan pandang remeh terhadap Duit Syiling!

 

  • Tipu lah kalau kita tak pernah dapat duit syiling dalam kehidupan seharian kita, kan?
  • Apa kata kita guna pendekatan bersedekah dengan cara yang berbeza dan kreatif menggunakan duit syiling ini. Bagaimana caranya?
  • Jadi apa kata bermula pada hari ini kita wujudkan satu tabung khas untuk menyimpan baki syiling ini dan kemudian sedekahkan setiap syiling yang disimpan ini kepada mereka yang memerlukan setiap hujung bulan.
  • Mungkin kita tidak sedar,kadang-kadang dalam masa seminggu sahaja kita dapat kumpul hampir RM10 dengan hanya menggunakan duit syiling sahaja! 🙂

 

3. Sedekah Baki Bayaran

 

  • Apakah yang dimaksudkan dengan sedekahkan baki bayaran?
  • Rajin-rajinlah menyebut perkataan ‘keep the change’ sebagai tanda sedekah kita!
  • Tidak ramai yang sedar tentang cara sedekah sebegini. Kalau bukan selalu, sekurang-kurangnya sekali-sekala sudah memadai.
  • Cuba biasakan untuk halalkan/niatkan sedekah untuk baki bayaran yang nilainya kecil. InsyaAllah, lama-kelamaan Allah akan tanamkan sikap untuk memberi/sedekah lebih daripada itu pada masa akan datang.

 

 

4. Sedekah kan kelengkapan solat seperti……….Telekung! 🙂

 

  • Jika kita lihat pada kebanyakan surau atau masjid di pusat membeli-belah mahupun di kawasan rehat dan rawat, seakan kekuarangan kelengkapan ibadah seperti kain pelikat dan telekung.
  • Jika ada pun, pastinya ada yang sudah berbau ataupun lusuh.
  • Kadang-kadang, tanpa kitra sedar pakaian kita terdedah dengan banyak perkara yang kotor, jadi kain pelikat dan telekung ini menjadi satu keperluan untuk bersolat.
  • Bayangkan jika anda dapat sedekahkan kain pelikat dan telekung, pastinya ramai yang mendapat manfaat daripada apa yang kita sedekahkan.

Lagi-lagi, telekung yang disedekahkan adalah telekung yang berkualiti premium seperti Telekung Siti Khadijah! 🙂

Layari laman www.sitikhadijah.com untuk promosi menarik daripada Telekung Siti Khadijah~

Bersedekah yang paling baik ialah kita memberikan sesuatu yang orang benar-benar memerlukannya. Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik dari sedekahkan naskah surah Yasin di masjid yang sememangnya sudah banyak naskah al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,


“Setiap kebaikan adalah sedekah”-Hadis Riwayat Muslim

Apabila kita menyampaikan sesuatu yang baik juga dianggap sebagai satu sedekah. Maka dengan wujudnya pelbagai sosial media sekarang, cuba gunakan untuk menyampaikan pesanan yang baik-baik untuk diri sendiri dan juga orang lain. Peringatan itu juga menjadi satu sedekah buat kita kepada orang lain.

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Sebelum ke Bulan Ramadan, Amati Bulan Sya’ban Dahulu

Bulan Sya’ban adalah bulan yang penuh berkat dan kebaikan. Tahukah anda? Pada bulan ini juga Allah akan membuka pintu rahmat dan ampunan ke atas hambaNya seluas-luasnya. Sebab itulah, kita sebagai hamba Allah dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan sunat seperti berpuasa sunat pada bulan Sya’ban.

Hal ini sebagaimana yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW:

 Nabi SAW lebih sering puasa sunah di bulan Sya’ban dibandingkan pada bulan lainnya, (HR Bukhari).

Bukan hanya berpuasa sahaja, kita juga perlu memperbanyakkan ibadah dan melakukan amalan yang baik dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban.

Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki menegaskan bahawa terdapat banyak kemuliaan di malam nisfu Sya’ban. 

Allah akan mengampuni dosa hambaNya yang memint keampunan dariNya pada malam itu, mengasihi orang yang minta kasih, menjawab doa orang yang meminta, melapangkan penderitaan orang susah, dan membebaskan sekelompok orang dari neraka.

Berikut saya kongsikan 3 amalan mudah yang dapat kita amalkan dari kitab Madza fi Sya’ban karya Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki:

1. Memperbanyakkan Doa 

Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud,

“(Rahmat) Allah SWT turun ke bumi pada malam nisfu Sya’ban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa musyrik dan orang yang di dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan),” -HR Baihaqi

2. Banyakkan membaca 2 kalimah syahadah

  • Dua kalimah syahadat termasuk dalam kalimah yang mulia.
  • Ianya sangat baik dibaca pada bila-bila masa pun, lebih-lebih lagi pada malam nisfu Syaaban.

Sayyid Muhammad bin Alawi mengatakan,

Seeloknya seorang Muslim itu mengisi waktu yang penuh berkah dan keutamaan dengan memperbanyakkan membaca dua kalimah syahadah, La Ilaha Illallah Muhammad Rasululullah, khususnya bulan Sya’ban dan malam pertengahannya.”


3. Memperbanyakkan istighfar 

  • Tidak ada satu manusia pun yang bersih dari dosa dan salah. Itulah manusia.
  • Hari-hari kita pasti akan bergelumang dengan dosa. Namun, Allah sentiasa membuka pintu taubat dan keampunan kepada hamba-hambanya.
  • Oleh itu, pinta lah keampunan dariNya dengan beristighfar, lebih-lebih lagi di malam nisfu Sya’ban.

Sayyid Muhammad bin Alawi menjelaskan lagi, 


 “Istighfar merupakan amalan utama yang harus dibiasakan orang Islam, terutama pada waktu yang memiliki keutamaan, seperti Sya’ban dan malam pertengahannya. Istighfar dapat memudahkan rezeki, sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur’an dan hadis. Pada bulan Sya’ban pula dosa akan diampuni, segala kesulitan akan dimudahkan, dan kesedihan dapat dihilangkan”.

 

Demikianlah tiga amalan utama di malam nisfu Sya’ban menurut Sayyid Muhammad. Semua amalan itu berdampak baik dan memberi keberkahan kepada orang yang mengamalkannya. 


Semoga kita termasuk orang yang menghidupkan malam nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan doa, membaca 2 kalimah syahadah, istighfar, serta kalimah-kalimah mulia yang lain, insyaAllah. 🙂

Kredit kepada: Nu.Or

 

 

Pssssttttt…Ni ada pesanan penaja sedikit…. 🙂

Bulan puasa dah dekat ni, korang tak nak rasai keselesaan telekung Siti Khadijah ke untuk solat sunat Terawih nanti? Haaa..sekarang SK ada buat promosi Road to Ramadan Online 2018 tau. Anda boleh dapatkan harga promosi produk-produk SK dan ‘pre-order’ saja kepada kami. Cepat tau! Tempahan hanya bermula 26 April-6 Mei 2018 sahaja tau. Jangan lepaskan peluang keemasan ni! 🙂

#RoadtoRamadan #OnlineKanSenang

 

 

 

 

Peraduan Cabutan Bertuah pun ada bagi pembelian RM 300 ke atas. Haduah utam ialah Pakej Mengerjakan Ibadah Umrah! 🙂

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Langkah Mengatasi Perasaan Was-was Ketika Berwudu’ & Solat

Apa itu Was-was?

Was-was sebenarnya merupakan bisikan ke dalam jiwa dan pemikiran oleh syaitan yang menjadikan diri sentiasa tidak pasti yang telah dilakukan sejak peristiwa Adam dicampak ke bumi.

Berikut adalah beberapa langkah menghilangkan was-was ketika mahu mengambil wuduk dan menunaikan solat. Semoga bermanfaat buat semua.

#1 Amalkan Membaca Isti’azah & 3 ‘Qul’

  • Baca sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat dan sebelum tidur. Banyakkan membaca Al-Quran dan berdoa agar anda dijauhkan daripada bisikan syaitan, memohon kekuatan diri dan kemudahan semasa melakukan ibadah.
  • Tujuannya adalah untuk melemahkan syaitan dan memberi kekuatan kepada diri.
  • Boleh juga amalkan sebagai doa untuk menghalau syaitan.

Allah berfirman Surah Al-A’raf, ayat 200 yang bermaksud,

“Dan jika engkau dihasut oleh hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

#2 Tambahkan Ilmu Agama Dalam Diri Secara Berterusan

  • Ini membolehkan anda memahami hukum-hakam dan perkara yang boleh menghindarkan diri daripada rasa was-was.
  • Yakinkan diri bahawa minda anda sedang dikuasai oleh syaitan yang tugasnya adalah membuatkan anda berasa jemu melakukan ibadat sehingga anda tidak mahu melakukannya lagi.
  • Syaitan mempunyai tugas khas iaitu ia mahu anda menjerumuskan diri anda ke dalam neraka. Oleh itu, kuatkan minda anda serta meyakini yang boleh melaluinya.

#3 Semasa Mengambil Wuduk Dan Bersolat Tumpukan Perhatian Anda Sepenuhnya

  • Jangan melayan sebarang rasa yang menjentik hati anda yang cuba mengatakan wuduk anda ada kekurangan dan solat anda tidak diterima Allah. Kekuatan minda amat diperlukan pada masa ini.
  • Jika anda mula melayan perasaan anda, anda tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.
  • Oleh itu, jangan mengulang kembali wuduk atau perbuatan di dalam solat anda. Buat dan teruskan dengan yang lain.
  • Minta kepada Allah untuk menerima semua ibadah anda. Ingat, anda sedang melawan keburukan untuk mendapatkan kebaikan.

#4 Beritahu Keluarga Atau Rakan Anda Mengenai Masalah Anda

  • Sokongan daripada mereka sangatlah diperlukan. Tidak mustahil jika ada di antara mereka yang dapat memberikan jalan penyelesaian kepada anda.
  • Membaca artikel ini juga insyaAllah dapat membantu anda menangani masalah was-was. Ini juga bagi membantu orang lain yang mungkin keliru dengan masalah anda.

#5 Dapatkan Khidmat Kaunseling

  • Sekiranya anda masih tidak dapat selesaikan masalah was-was anda ini, cuba dapatkan khidmat kaunseling atau pakar psikologi.
  • Ini kerana was-was juga boleh dikaitkan dengan masalah psikologi yang digelar sebagai Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).
  • Bersemukalah dengan mereka dan berterus-terang dengan permasalahan anda. InsyaAllah, anda akan menemui jalan penyelesaiannya.

 

Apa yang penting, cekalkan hati dan sentiasa fokus dalam melakukan ibadah seharian kita. InsyaAllah, perasaan was-was itu akan dapat dibuang jauh-jauh! 🙂

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

p/s: Pssssttt….Ni nak bagitahu ni, Telekung Siti Khadijah dan Kartun Animasi, Omar & Hana akan ‘berkampung’  selama 4 hari bermula 26 April hingga 29 April 2018 sempena Fiesta Omar & Hana bersama Siti Khadijah.

Di mana? Haa jom datang bawa si kecil anda ke Centre Court, Alamanda Putrajaya ! Macam-macam aktiviti menanti anda. Pastinya juga #TeamSK akan memberi tawaran promosi yang istimewa sempena pengeluaran produk telekung kanak-kanak yang baru yang diberi nama Telekung Hana. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, kami tunggu anda di sana! 

 

 

 

 

 

 

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE