SK’S PICKS: FARAH ON HER 2017 TRIP TO MANCHESTER

Orang kata, jauh perjalanan, luas pemandangan. Alhamdulillah, dengan izinNya, saya berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Eropah, United Kingdom. Bagaikan mimpi menjadi realiti, hanya Allah sahaja yang tahu betapa terujanya saya untuk melawat tempat-tempat menarik di sana. Penerbangan ke London mengambil masa hampir 14 jam, dengan menaiki pesawat Oman Air.

Meskipun menaiki kapal terbang, urusan dengan yang Maha Pencipta tidak dilupakan. Sepanjang perjalanan, apabila sudah tiba waktu solat, saya akan memakai Telekung Siti Khadijah. Telekung ini sangat selesa dan sangat sesuai dibawa semasa kita melancong. Ianya sangat praktikal, mudah dipakai dan senang dibawa ke mana-mana sahaja.

Suatu pengalaman yang sangat berharga sepanjang saya berada di United Kingdom. Jika kita sampai di tanah suci kota Mekah, kita dipanggil tetamu Allah, rasanya jika ke mana-mana tempat sekalipun, kita tetap menjadi tetamu Allah yang kerdil disisi-Nya. Tak dapat saya gambarkan perasaan setelah sampai di kota London. Hanya lafaz syukur mampu saya titipkan saat terpesona melihat keindahan ciptaan Allah di Bumi London ini.

 

Pelbagai tempat menarik saya lawati di UK seperti yang dirancang oleh tour guide kami. Antaranya di Dover Street London, Nunhead, Coventry, dan Manchester. Sepanjang lawatan  ke tempat yang telah diaturkan, Telekung Siti Khadijah sentiasa disisi sebagai peneman bagi memudahkan urusan saya menunaikan solat.

Telekung Siti Khadijah sentiasa menjadi telekung kegemaran saya. Kenapa? Selain diperbuat daripada fabrik yang berkualiti tinggi, hasil rekaan inovasinya yang cantik dan kemas di bahagian muka juga menangkap perhatian saya untuk menjadi salah seorang penggemar Telekung Siti Khadijah. Ya lah, apa salahnya kita ‘berhias’ untuk beribadah kepada Allah? – Tambahan pula Telekung Siti Khadijah direka mengikut tuntutan syariah (tidak jarang dan tidak melekat di badan)

Berbalik kepada percutian saya ke UK tadi, salah satu kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan adalah menunaikan solat bukan di ruangan solat. Disebabkan beberapa tempat yang dilawati tidak mempunyai ruang solat, saya dan rakan lain menunaikan solat dengan hanya berlantaikan rumput dan berbumbungkan langit, di sulami cuaca yang dingin. MasyaAllah, satu pengalaman manis yang sangat berharga buat saya.

Walaubagaimanapun, terdapat juga tempat yang mempunyai surau/masjid. Saya berpeluang menunaikan solat di East London Mosque . Rasa teruja dan satu pengalaman yang baru apabila dapat menunaikan kewajipan di situ. Dan pastinya, telekung Siti Khadijah menjadi pilihan hati.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, sedang saya berjalan-jalan di sekitar Manchester, saya terlihat satu persiapan untuk sebuah peragaan fesyen sedang giat dijalankan. Tanpa berfikir panjang, saya terus menjengah melihat persiapan tersebut. Rupa-rupanya ia merupakan persiapan akhir untuk Muslim Lifestyle Expo 2017. Saya pun tidak lepaskan peluang untuk melihat persiapan pertunjukan fesyen itu setelah mendapat kebenaran daripada pihak pertunjukan fesyen tersebut.

Sungguh tidak disangka, Telekung Siti Khadijah turut menyertai pertunjukan fesyen tersebut. Wah! Umpama mimpi menjadi realiti, saya dapat melihat pertunjukan fesyen yang melibatkan telekung kegemaran saya, Telekung Siti Khadijah di United Kingdom. Alangkah bertuahnya saya dapat menonton secara ‘live’ pertunjukan fesyen Muslim Lifestyle Expo 2017. Satu perasaan gembira yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Selepas selesai pertunjukan fesyen itu, saya mengambil peluang keemasan ini untuk singgah di booth Telekung Siti Khadijah. Sempat juga saya berbual dengan kakitangan Siti Khadijah yang peramah belaka. Melihat koleksi-koleksi terbaru Telekung Siti Khadijah di booth itu, saya turut mencuba sebahagian daripada koleksi yang dipamerkan. Ternyata kualiti Telekung Siti Khadijah berada di kelasnya yang tersendiri, dan juga sangat selesa dipakai.


Selesanya Telekung Denim Travel ni…

Antara pengalaman menarik lain di Manchester juga, salah seorang penghuni wanita yang yang menghuni di sebelah kediaman yang saya menginap telah melihat saya solat menggunakan telekung. Dia bertanyakan kepada saya, kenapa wanita Muslim perlu pakai telekung semasa solat? Saya ukirkan senyuman kepadanya  dan menjawab, setiap Muslim perlu menunaikan solat dengan menutup aurat. Bagi kaum Muslimah, telekung adalah alternatif yang diketengahkan supaya lebih senang untuk menutup aurat secara menyeluruh. Sempat juga saya ‘promote’ tentang telekung kepadanya. Alhamdulillah, moga bermanfaat dan semoga dakwah kecil saya tentang mudahnya memahami agama Islam membawa perubahan kepada wanita itu, siapa tahu?

Begitulah sedikit perkongsian pengalaman saya sepanjang melancong di bumi Eropah. Seronok dan indah belaka. Terasa lengkap perjalanan saya yang ditemani oleh Telekung Siti Khadijah. Untuk percutian saya yang seterusnya, jika diizinkan oleh Nya, saya pasti akan membawa Telekung Siti Khadijah sebagai pelengkap ketika menunaikan solat.

Pengalaman di bumi Eropah bersama Telekung Siti Khadijah yang akan saya lupakan sampai bila-bila.

Products shown:

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply