5 Cara-cara Menghargai Ibu Bapa Yang Berusia

Apabila di tanya siapakah yang penting dalam hidup kita, selain Allah dan Rasul? Sudah pasti kita akan menjawab ibu bapa. Siapalah kita tanpa ibu bapa kita? Tanpa ibu bapa, tiada lah kita di dunia Allah ini. Ibu bapa ibarat permata yang harus kita sanjungi dan hormati walau apa jua keadaan sekalipun. Merekalah yang melahirkan kita, dan merekalah syurga kita. Pada entri kali ini, admin ingin kongsikan cara-cara menghargai ibu bapa kita seusia mereka sudah lanjut dan berumur.

 

Allah berfirman Surah Isra’ ayat 24 yang bermaksud:-
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): ‘’Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasihsayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.’’

#1 Sensitif dengan keadaan kesihatan ibu bapa

Semakin ibu bapa kita meningkat usia, mereka semakin terdedah dengan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kencing manis, kerosakan buah pinggang, alzheimer dan sebagainya. Sebagai anak, cuba luangkan masa bersama mereka. Jika anda ada kekangan masa seperti faktor kerja dan kurang cuti tahunan, apa yang anda boleh lakukan ialah rancang dan bergilir dengan adik-beradik yang lain untuk berada di samping orang tua kita. Perlu diingatkan, semakin ibu bapa kita meningkat usia, mereka akan semakin sensitif. Oleh itu, lakukan apa yang menyenangkan mereka dan bertuturlah dengan penuh hikmah. 

Sayangi ibu bapa sepertimana mereka menyayangi kita semasa kita kecil.. *Gambar hiasan

#2 Ambil cakna keinginan & impian mereka

Sejak kita kecil, segala kemahuan kita dituruti oleh ibu bapa. Kita dibelai dengan penuh kasih sayang. Mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama di usia senja ibu bapa kita? Mungkin mereka tidak suka meminta, dan mungkin banyak perkara yang di pendam dalam hati sahaja. Cuba selidik keinginan mereka (contoh nak pergi menunaikan Umrah). Cuba penuhi keinginan dan impian mereka. Sekiranya tidak mampu, rancang bersama adik beradik lain bagi merealisasikan impian mereka. InsyaAllah, kebahagiaan pasti terpancar di muka ibu bapa kita.

#3 Komunikasi yang Berkualiti

Luangkan masa untuk mendengar mereka bercerita walaupun tentang hal yang kecil. Mereka akan bercerita tentang apa yang mereka suka. Ambil peluang menjadi pendengar setia kepada apa yang ingin diceritakan mereka. Mungkin dengan kita mendengar cerita mereka menjadi kebahagiaan dan kegembiraan bagi mereka. Siapa tahu kan?

Jangan sesekali meninggikan suara terhadap ibu bapa kita. Sentiasa berhikmah dalam percakapan~ *Gambar hiasan

#4 Elak Membebankan Orang Tua Dengan Masalah Kita

Usia tua perlu dijalani dengan tenang dan lapang. Jangan bebankan mereka dengan masalah-masalah kita (kewangan, jaga anak). Sebaliknya, bagi sedikit ruang buat mereka untuk memberi perhatian kepada apa yang mereka ingin lakukan seperti pergi ke masjid, kuliah agama atau aktiviti kemasyarakatan. Namun begitu, bukan tidak boleh berbincang langsung. Kita boleh berbincang dan seharusnya perbincangan dengan ibu bapa itu haruslah dilakukan secara berhikmah (tidak meninggikan suara atau marah ketika berbincang) dan perlu bijak menilai kemampuan mereka.

Apabila ibu bapa ingin bercerita dengan kita, jadilah pendengar yang setia…~~ *Gambar Hiasan

#5 Usah Membandingkan Kemampuan Ibu Bapa

Pastinya, setiap ibu bapa mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Perlu kita fahami bahawa proses penuaan seperti lupa sesuatu, sudah tidak mampu melakukan oleh ibu bapa. Kita akan lebih tenang menghadapi situasi sebegini jika kita ada pengetahuan yang lebih tentang keadaan mereka , maka banyakkan bacaan tentang proses penuaan ibu bapa kita.

 

Hidup adalah seperti suatu putaran. Apabila kita memandang keadaan ibu bapa kita yang sekarang ibaratnya kita memandang kepada diri kita sendiri pada masa hadapan. InsyaAllah, jika baik layanan kita kepada orang tua kita, maka baiklah layanan yang akan kita terima daripada anak-anak kita kelak. Semoga entri kali ini bermanfaat buat semua. 

 

Kredit kepada Tazkirah.net   

 

p/s: Telekung Siti Khadijah akan membuka dua buah cawangan butik baru secara serentak di Aeon Mall Tebrau dan Aeon Mall Kota Bharu pada 26-28 Januari 2018, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam . Nikmati diskaun sehingga 15% dan pelbagai free gift eksklusif daripada Telekung Siti Khadijah menanti 100 pembeli terawal produk Siti Khadijah. Layari www.sitikhadijah.com , Facebook Telekung Siti Khadijah dan Instagram @catalogue.sitikhadijah untuk info lanjut.

Jom datang beramai-ramai dan jumpa anda di sana!

Koleksi produk Telekung terbaru Siti Khadijah~

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply