4 Langkah Efektif Membahagikan Masa Antara Kerja & Ibadah

Kehidupan di zaman teknologi dan serba moden ini membuatkan kita cukup sibuk dengan urusan seharian kita. Ada sesetengah daripada kita yang kadang-kadang lupa tentang kewajipan sebagai seorang Muslim kerana terlalu sibuk menguruskan urusan duniawi. Untuk entri kali ini, admin akan kongsikan pula langkah-langkah yang mungkin dapat membantu anda dalam membahagikan masa antara kerja dan ibadah. Semoga bermanfaat buat semua.

#1 Lakarkan jadual mingguan

Ada antara kita yang mempunyai komitmen hampir 24 jam. Membuat satu lakaran jadual mingguan adalah salah satu alternatif bagi memastikan setiap hari yang kita lalui tersusun dan mempunyai perancangan yang jelas untuk dicapai pada setiap hari. Dengan  merancang jadual mingguan, aktiviti ibadah dan kerja seharian akan menjadi  lebih teratur dan jelas. Jadual mingguan juga boleh diubah mengikut kesesuaian masa anda sendiri.

#2 Tetapkan matlamat secara mingguan

Bagi memastikan agar setiap hari yang berlalu bermanfaat bukan sekadar dengan urusan dunia, tetapi juga akhirat. Maka anda disarankan agar menetapkan satu matlamat mingguan. Fikir dan rancang matlamat yang tidak terlalu berat. Pastikan ianya sesuatu yang dapat anda capai dalam masa seminggu, namun padat dengan aktiviti yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Melakukan solat sunat merupakan salah satu ibadah yang boleh dilakukan sambil anda lakukan kerja seharian anda. Takkan tidak boleh luangkan masa selama hanya 5-10 minit untuk ibadah solat sunat, betul?

 

Allah berfirman Surah Al-Isra’ , ayat 79 maksudnya:

”Dan pada sebahagian malam hari, solat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan mengangkatmu ke tempat yang terpuji’.

Tampil lebih selesa ketika melakukan ibadah anda dengan Telekung Siti Khadijah~

#3 Ketahui keutamaan anda

Penting untuk anda ketahui apakah keutamaan sebenar anda? Bila kita berbicara tentang keutamaan, anda harus bezakan keutamaan kerja dan ibadah anda. Dengan cara mengetahui apa keutamaan tugasan harian kita, setiap lakaran yang dijadualkan insyaAllah dapat kita lakukan dengan baik mengikut kesesuaian dan kemampuan sendiri.Akhirnya di penghujung hari, kita akan berbangga dengan kejayaan diri sendiri apabila dapat seimbangkan perkara utama duniawi mahupun ukhrawi.

Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

#4 Sediakan jurnal kejayaan di akhir minggu

Sudah menjadi lumrah manusia, kita akan lebih bersemangat dengan setiap perkara yang dilakukan apabila melihat hasilnya di depan mata. Langkah terakhir yang anda boleh cuba adalah dengan menulis sebuah jurnal kejayaan di setiap akhir minggu. Tidak perlu terlalu panjang atau rumit. Cukup sekadar ringkasan satu muka surat/perenggan yang menceritakan usaha anda dalam membahagikan masa antara kerja dan ibadah, sekali gus menjadikan diri kita produktif dalam  menyelesaikan tugasan harian. Sentiasa tanamkan ingatan bahawa setiap ibadah tambahan yang kita lakukan sebenarnya adalah tambah nilai kepada diri kita sendiri bagi kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Sesibuk manapun kita dengan urusan duniawi, urusan ukhrawi juga perlu diseimbangkan~

 

Natijahnya, segala apa yang kita praktikkan perlulah disertakan dengan niat kerana Allah dengan tujuan untuk memperbaiki diri dari hari ke hari. Kita akan menjadi lebih positif jika motivasi itu datangnya daripada diri kita sendiri dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita akan termasuk dalam kalangan hamba yang diredhai.

Kredit kepada Tazkirah.net.

 

p/s: Jom kita serbu ke AEON Mall Kota Bharu dan AEON Mall Tebrau City pada 26-28 Januari ini sempena Pembukaan Butik Telekung Siti Khadijah di sana. Diskaun sehingga 15% dan dua produk telekung SK yang baru juga akan dipasarkan secara eksklusif di sana. Layari www.sitikhadijah.com dan laman sosial Siti Khadijah, Facebook Telekung Siti Khadijah dan Instagran @catalogue.sitikhadijah untuk info lanjut.

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply