7 Langkah Bijak Menangani Kritikan

Jika kita berbicara tentang kesempurnaan, tiada siapa di dunia ini yang sempurna. Setiap manusia di muka bumi Allah ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing. Dan kerana itulah, perlunya ada kritikan untuk melengkapkan ketidaksempurnaan kita di dunia ini. Pada entri kali ini, admin ingin sama-sama berkongsi tentang langkah-langkah menangani kritikan dari orang lain dengan bijak. Semoga bermanfaat buat semua. 

Allah berfirman Surah Al-Zukhruf Ayat 32 yang bermaksud,

Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.

 

#1 Apa yang dapat dipelajari daripada kritikan?

Kritikan boleh menjadi sesuatu yang positif dan boleh juga menjadi sesuatu yang negatif. Namun, melalui kritikan lah kita dapat belajar sesuatu dan mendapat pengalaman untuk berhadapan situasi yang mendatang. Sentiasa belajar daripada kritikan yang diberikan, tidak kisah sama ada yang baik atau buruk.

 

#2 Fokus kepada isi kritikan itu sendiri, bukan pada tonasi/nada kritikan

Kadang-kadang, ada orang ingin menyampaikan sesuatu yang penting melalui kritikan. Kritikan yang diberikan juga dalam bentuk dan nada yang berbeza. Apa yang penting, intipati kritikan itu yang kita harus beri perhatian dan abaikan segala jenis tonasi kritikan yang diberikan. Boleh jadi seseorang itu mengkritik dengan nada yang agak tinggi/marah, namun isi yang ingin di sampaikan sangat penting dan berguna untuk diri kita. Jadi, penting untuk kita teliti segala kritikan yang diberikan untuk kebaikan diri sendiri.

Baik atau buruk suatu kritikan itu, kita harus menerimanya dengan hati terbuka dan positif~

#3 Menghargai setiap kritikan yang diberikan

Jika kita kaji semula, ramai dalam kalangan kita yang hanya menghargai sesuatu pujian. Ini kerana sudah menjadi lumrah manusia, kita akan rasa bahagia dan akan terasa lebih dihargai apabila orang berbicara dengan kata-kata yang baik kepada kita. Sebenarnya, apa-apa kritikan yang baik mahupun buruk, kita perlu menghargai nya kerana masih ada yang cakna kepada kita dengan menegur kita.

 

#4 Jangan sesekali terasa/tersinggung dengan kritikan yang diberikan

Masalah terbesar yang sering kita hadapi adalah dengan berasa tersinggung dengan segala kritikan yang dilemparkan kepada diri kita. Jangan cepat berputus asa dengan ‘kritikan pedas’ yang diberikan. Sebaliknya, ambil sebagai satu kritikan yang membina dalam proses memperbaiki diri kita sendiri.

 

#5 Buang/Abaikan Kritikan yang tidak berasas

Kritikan itu tidak semestinya diambil bulat-bulat. Kadang-kadang, kita mungkin dikritik tidak berdasarkan kebenaran. Jadi apa yang perlu kita lakukan? Abaikan dan jangan ambil pusing tentang kritikan yang salah kepada kita. Jangan buang masa anda untuk memikirkan segala kritikan yang tidak benar faktanya. Seeloknya, kita jangan melawan dengan membalas kritikan yang salah fakta itu. Diam adalah terapi terbaik bagi dalam menjaga hati dan menghormati antara satu sama lain.

 

#6 Jangan terlalu cepat membidas/membalas kritikan

Apabila menghadapi kritikan, jangan cepat melatah dan serta-merta ingin membalas kritikan itu. Tunggu seketika sebelum menjawab. Ambil masa untuk mengkaji kritikan itu terlebih dahulu. Jika perlu untuk kita membalas kritikan itu, barulah kita membalas dengan penuh rasa sabar dan berhikmah. InsyaAllah, jika kita dalam keadaan sabar,  kritikan itu dapat dilalui dengan cara yang bijak dan tenang.

 

#7 Lebarkan senyuman anda 🙂

Langkah terakhir yang admin ingin kongsikan ialah dengan senyum. Ya! Hadapilah apa jua kritikan dalam hidup anda dengan senyuman. Sentiasa berfikiran positif dan optimis dalam apa jua masalah. Yang penting, carilah jalan penyelesaian yang terbaik. InsyaAllah Tuhan akan permudahkan segala urusan kita di dunia mahupun akhirat.

Senyum itu kan sedekah~ 🙂

 

 

Kredit kepada Cuitnews.com

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply