Sekali Gagal, Bukan Gagal Selamanya

Kegagalan adalah suatu perkara yang normal bagi semua manusia di dunia ini. Setiap daripada kita pasti pernah alami kegagalan, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kegagalan itu pasti akan menerpa kita, kerana manusia itu sifatnya tidak sempurna. Bukan bermakna sekali kita gagal, kita akan terus gagal selama-lamanya. Sebaliknya, penting untuk kita usahakan cara-cara efektif untuk kita bangkit dari kegagalan itu. Jom admin kongsikan beberapa alternatif terbaik untuk bangkit dari kegagalan.

 

#1 Terima kenyataan dengan hati terbuka

Hakikatnya tiada manusia yang tahu segala-galanya. Kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah. Apabila kita gagal dalam suatu perkara, dan kita tunduk sepenuhnya kepada Allah, kita dapat mudah menerima hakikat bahawa hidup ini bukanlah sebuah perjalanan yang mudah. Kita perlu sedar di sebalik kegagalan itu, pasti ada hikmah yang di sembunyikanNya. Jadi, apa perkara yang terbaik kita boleh lakukan? Bersyukur dan terima kenyataan tentang kegagalan tersebut sepenuh hati. Sabar itu indah. Bersabarlah sepanjang mengalami proses kegagalan.

Adakah kita mahu terus gagal atau kita mahu atasi kegagalan itu dengan berusaha mencapai kejayaan? Pilihan di tangan kita~

#2 Ceritalah kepada Allah

Siapalah kita tanpa Allah? Bahkan Allah yang menurunkan kepada kita nikmat dan juga kegagalan. Jadilah hamba yang kerdil disisiNya, dan mengadulah kepadaNya. Nikmat ketenangan yang tidak dapat digambarkan jika kita sujud dan mengadu kepada Allah.

Allah berfirman Surah Al-Baqarah, Ayat 152-153 bermaksud:

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan(untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang;kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”

Allah sentiasa mendengar rintihan dan doa hamba-hambanya~

#3 Minta Bantuan & Sokongan

Kadang-kadang, punca kita gagal adalah kerana kekurangan kita pada sesuatu perkara. Jadi, untuk kita bangkit semula, angan pernah ada rasa segan untuk meminta pertolongan orang lain sebagai usaha untuk memperbaiki kelemahan kita sebelum ini. Islam juga mensyariatkan kita untuk membantu antara satu sama lain. Buangkan sifat malu tidak bertempat dan sentiasa bertanya.Mungkin ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan kita boleh membantu kita dan memberi pendapat mereka, siapa tahu kan?

Jangan malu untuk bertanya dan meminta bantuan~ 

#4 Belajar Daripada Kesilapan

Setiap kegagalan pasti hadir dengan pengajaran. Apa yang penting, bagaimana kita belajar daripada kesilapan itu dengan teknik dan cara yang betul. Kegagalan itu sebenarnya mengingatkan kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan.

“Janganlah orang Mu’min itu dipatuk ular daripada lubang yang sama dua kali”

Riwayat Imam Muslim.

#5 Luangkan Masa Untuk Diri Sendiri

Andainya kita baru mengalami kegagalan dan ingin bangkit semula, cuba curi masa dan luangkan masa untuk diri sendiri. Nak buat apa? Sebenarnya macam-macam yang kita boleh lakukan. Bagi anda yang mempunyai hobi tertentu, seperti memancing atau melancong, boleh berbuat demikian. Asalkan minda kita terasa lapang dan tidak memikirkan tentang kegagalan yang dialami untuk sementara waktu.

#6 Usaha Tangga Kejayaan  

Akhir sekali, sentiasa berusaha untuk melakukan perkara-perkara yang admin sebutkan diatas. Ketahuilah bahawa tiada jalan yang pintas untuk bangkit dan berjaya semula. Kita jangan terlalu cepat putus asa dan paling penting usaha yang bersungguh-sungguh dan konsistensi yang optimum. Allah itu kan Maha Adil, dan memandang usaha kita. Jadi perlu yakin dengan segala usaha yang kita lakukan.

Sentiasa tanamkan sifat tidak berputus asa walau seteruk mana kegagalan yang kita alami~

 

Kesimpulannya, kegagalan bukan bererti kita patut berhenti mencuba, bahkan kegagalan itu sebenarnya adalah sebuah kejayaan yang tertunda. Jadi, kepada yang pernah gagal dalam hidup sebelum ini, ayuh kita sama-sama bangkit dan tunjukkkan kepada orang lain yang kita boleh berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah~

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

p/s: Sempena kempen “SAYA SAYANG MAK” dan permintaan yang sangat tinggi untuk produk baru, Telekung Signature Limited Edition (SLE) yang dilancarkan semasa Grand Opening AEON Mall Tebrau & Kota Bharu, kini Telekung Siti Khadijah akan membuka ‘pre-order’ yang bermula pada 31 Januari 2018 dan berakhir pada 7 Februari 2018. Menariknya PRE ORDER SLE kali ini, anda berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH dan HADIAH ISTIMEWA menanti anda! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!  

Layari  Facebook Telekung Siti Khadijah dan Instagram @telekung.sitikhadijah untuk keterangan lanjut mengenai kempen #SAYASAYANGMAK. 

 

 

 

 

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply