8 Tips Menguruskan Kewangan Secara Sistematik & Bijak

Ada antara kita yang pandai menguruskan kewangan mereka. Namun, ada juga dalam kalangan kita, khususnya belia zaman ini yang masih mencari-cari teknik atau langkah yang sistematik dalam menguruskan kewangan mereka. Tambahan pula, kehidupan di zaman ekonomi yang tidak berapa stabil ini, pengurusan kewangan merupakan suatu elemen yang penting buat kita semua. Entri kali ini admin ingin kongsikan beberapa tips mengurus kewangan anda dengan bijak dan sistematik.

#1 Mempunyai Matlamat Kewangan

Kita harus tetapkan apa kemahuan kita pada masa akan datang. Adakah dengan simpanan untuk persaraan cukup untuk menampung kos hidup yang meningkat saban tahun? Kita perlu meletakkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang, meletakkan matlamat kewangan adalah satu pengurusan kewangan yang baik untuk masa hadapan.

Sebagai contoh, dalam Islam, Allah juga menyarankan kita agar mengingati dan berfikir akan kematian. Apabila kita berfikir akan kematian, kita akan bersungguh-sungguh dengan penuh amanah untukmen uju ke syurga Allah kelak. Begitu juga dengan pengurusan kewangan kita. Jika kita fokus dengan matlamat kewangan yang kita rancang dengan rapi, insyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kewangan kita.

 

#2 Sumber pendapatan yang mencukupi

Allah berfirman Surah Yusuf ayat 47 yang bermaksud,

‘Dia (Yusuf) berkata, “Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa;kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan”.

Maksudnya, apabila kita bekerja sendiri atau bekerja makan gaji, kita perlu bersungguh-sungguh untuk berjaya. Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi, maka sukar untuk mempunyai simpanan yang mencukupi kerana kos sara hidup yang kian meningkat.

 

#3 Simpan Sebelum Belanja

Satu lagi cara yang baik untuk menguruskan kewangan anda ialah dengan menyimpan terlebih dahulu, selebihnya baru dibelanjakan. Cuba disiplinkan diri anda dengan diri anda dan lakukan habit delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan. InsyaAllah, tips ini paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang. Apa yang penting, apabila kita gaji sudah masuk, kita simpan dahulu sebelum kita belanja untuk keperluan harian/bulanan.

 

#4 Berbelanja Dengan Bijak

Pengurusan kewangan yang baik adalah dengan menyusun keutamaan perbelanjaan kita. Rancang perbelanjaan anda. Mulakan dengan membelanjakan barangan keperluan terlebih dahulu, seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Selepas itu, barulah kita fikirkan tentang perbelanjaan kemahuan kita pula (jika perlu). Dalam konteks ini, penyata kewangan merupakan antara aspek terpenting sebagai langkah pertama untuk bermula. Penyata kewangan dapat menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki aliran tunai, menyelesaikan hutang atau dapat terus memulakan pelaburan secara serius.

 

#5 Membayar Zakat & Cukai

Zakat dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekali gus. Zakat adalah untuk harta yang halal, manakala dari sumber haram perlu dibersihkan 100%. Berkenaan cukai pula, ia adalah kewajipan rakyat kepada negara. Dengan membayar cukai, kita dapat menikmati infrastruktur seperti asas jalan, sekolah, longkang, hospital dan pelbagai keperluan lain.

 

#6 Membuat Pelaburan yang Bijak

Duit simpanan kita boleh dijadikan modal pelaburan sebenarnya. Penting untuk kita ketahui apa tujuan pelaburan ini. Bagi yang membuat pelaburan, ianya bertujuan untuk kegunaan pada masa akan datang, seperti menunaikan ibadah haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, dan sebagainya. Kita perlu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Ramai antara kita yang melabur, namun berapa ramai yang melabur dengan bijak? Kerana itulah ilmu pelaburan itu penting dalam menguruskan kewangan kita sekarang dan masa akan datang.

 

#7 Menguruskan Risiko Kewangan

Dalam menguruskan kewangan, kita memang tidak akan terlepas dengan risiko kewangan. Untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangan, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Jadi, ambil masa untuk belajar ilmu tentang risiko kewangan sebelum malang menimpa kita.

 

#8 Membahagikan Harta

Jangan kita lupa untuk menyediakan ‘exit strategy’ setelah berjaya mengumpul aset atau harta kita. Kenapa?- Kita semua akan pergi menghadap ilahi satu hari nanti. Jadi, pastikan segala harta sudah ada penama dan jika perlu boleh gunakan wasiat, hibah, wakaf, pengisytiharan harta sepencarian dan pemegang amanah (trustee). Itu semua dibuat berdasarkan apa kemahuan kita sendiri. Pembahagian harta semasa hidup juga penting sekiranya kita mempunyai anak angkat, kes anak luar nikah, anak susuan, berkahwin lebih darseorang dan tidak mempunyai anak lelaki. Jangan sampai harta beku dan orang yang kita sayang menjadi miskin atas kelalaian kita dalam menguruskan kewangan. Semoga info pada entri kali ini berguna buat kita semua, insyaAllah~

 

Kredit kepada: Pakdi.net

 

 

p/s: Sempena kempen “SAYA SAYANG MAK” dan permintaan yang sangat tinggi untuk produk baru, Telekung Signature Limited Edition (SLE) yang dilancarkan semasa Grand Opening AEON Mall Tebrau & Kota Bharu, kini Telekung Siti Khadijah akan membuka ‘pre-order’ yang bermula pada 31 Januari 2018 dan berakhir pada 7 Februari 2018. Menariknya PRE ORDER SLE kali ini, anda berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH dan HADIAH ISTIMEWA menanti anda! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!  

Layari  Facebook Telekung Siti Khadijah dan Instagram @telekung.sitikhadijah untuk keterangan lanjut mengenai kempen #SAYASAYANGMAK

 

 

 

 

 

 

 

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply