9 Persiapan Rohani Sebelum Mengerjakan Umrah

Seperti yang kita ketahui, sekarang boleh dikatakan musim menunaikan ibadah umrah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Ramai ahli keluarga dan sahabat handai kita yang akan atau telahpun ke tanah suci Mekah dan Madinah bagi mengerjakan ibadah Umrah. Bagi yang akan mengerjakan ibadah Umrah, sudah pastinya perlu ada persiapan rapi dari segi kerohanian.

Tujuan menunaikan ibadah Umrah itu perlu jelas, iaitu untuk memperbaiki jiwa. Pada entri kali ini, admin ingin kongsikan beberapa persiapan rohani yang penting dan utama bagi anda yang akan berangkat ke Mekah dan Madinah bagi mengerjakan ibadah Umrah.

 

#1 Syahadah

Perbetulkan iktikad dalam memaknakan kalimah syahadah. Sebut dengan betul lafaz syahadah kerana itu adalah janji hati kita kepada Allah.

 

#2 Niat dengan ikhlas

Wajib ke atas kita untuk bersihkan hati dengan cara berniat ikhlas kepada Allah dalam menunaikan tuntutan Allah, iaitu mengerjakan umrah. Tanamkan semangat dan perasaan tulus ikhlas kita serta belajar untuk bebaskan diri dari segala tekanan duniawi yang memberatkan fikiran sepanjang pelaksanaan ibadah umrah.

Dari Umar Al-Khottob, berkata,

“Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahi.” Hadis Riwayat Al- Bukhari R.A)

Telekung Siti Khadijah sesuai dan selesa digunakan sebagai kelengkapan Ibadah Umrah kaum Hawa~

#3 Perlu muhasabah diri

Jangan terlalu teruja dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah sehingga melakukan perkara mungkar dan melalaikan. Cuba reflect diri kita dan dekatkan diri kepada Allah. Jadilah hamba yang kerdil disisiNya. Belajar untuk merendahkan diri kepadaNya sebelum pergi menunaikan ibadah Umrah. Kita juga perlu menzahirkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan izinNya dijemput ke tanah suci Allah untuk menunaikan ibadah Umrah.

 

#4 Perbaiki kualiti solat

Antara persiapan yang perlu diambil kira ialah dengan memperbaiki kualiti solat sebelum mengerjakan ibadah Umrah. Jika sebelum ini kita kurang melakukan solat sunat, cuba untuk mempelajari dan memperbanyakkan solat sunat. Bukan itu sahaja, apalah kiranya kita cuba untuk lebih khusyuk dalam solat. Dan berdoalah dengan lebih khusyuk dan yakin kepada Allah, bukan denan hanya sambil lewa.

 

#5 Perlu belajar bersabar& Kawal Perasaan

Kita sering mendengar pengalaman daripada jemaah-jemaah Umrah mahupun Haji sebelum ni yang mengatakan kita akan lalui pelbagai dugaan di tanah suci Allah. Akan ada jutaan jemaah yang mempunyai pelbagai ragam, tabiat dan kebiasaan yang berbeza. Betul ataupun tidak, pokok pangkalnya kita akan diuji oleh Allah dimana-mana sekali pun. Tidak semestinya di Mekah atau madinah sahaja. Apa yang perlu kita buat? Sabarlah demi ketaatan kita kepada Allah.  Adakalanya di tanah suci, hati kita terdetik berkenaan sesuatu, ia akan berlaku tanpa disedari, maka kita harus belajar untuk mengawal perasaan, dan sentiasa berfikiran positif. Anggap sahaja dugaan ini sebagai ujian dari Allah yang ingin melihat tahap amarah dan kesabaran kita.

Kualiti fabrik yang premium dan sejuk membuatkan kaum hawa selesa memakai Telekung Siti Khadijah ketika mengerjakan ibadah Umrah~

 

#6 Meminta maaf

Dalam Islam, kita diajar agar memaafkan orang lain tidak kita apa jua keadaan, tidak semestinya sebelum menunaikan ibadah umrah, pada bila-bila masa juga kita boleh memaafkan orang lain.  Jangan malu untuk meminta maaf kepada ibu-bapa, suami, isteri, anak-anak, saudara-mara, keluarga dan kaum kerabat. Jika kita pernah menzalimi orang, terambil harta orang lain, hendaklah dipulangkan harta tersebut dan minta maaf kepada mereka.

Rasulullah pernah bersabda,

“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Riwayat Bukhari R.A)

 

#7 Sentiasa bersangka baik pada Allah

Allah berfirman Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimi. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”

Orang yang beriman hendaklah meyakini setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Jika kita bermohon kepada Allah, hendaklah bersangka baik jika apa yang diharapkan tidak terlaksanakan. Mungkin Allah mahu yang lebih baik lagi.

#8 Istiqomah dalam melaksanakan ibadah

Apa jua ibadah sekalipun yang kita lakukan, kita harus istiqomah dalam  melakukannya. Istiqomah merupakan elemen penting dalam semua hal.  Rasulullah juga menyuruh kita istiqomah dalam membuat kebaikan dan ibadah Allah. Dalam konteks ini, jangan lah pula kita lakukan ibadah hanya semasa berada di tanah suci Allah sahaja, tetapi meninggalkan nya selepas pulang menunaikan ibadah Umrah. Oleh itu,kita harus sentiasa berdoa kepada Allah agar permudahkan kita untuk beristiqomah dalam melakukan kebaikan dan ibadah Allah.

 

#9 Tawakal kepada Allah

Akhir sekali, apabila sudah lakukan segala persiapan kerohanian seperti yang admin nyatakan di atas, tawakal lah kepada Allah. Apabila kita berbicara tentang tawakal, tawakal adalah penyandaran hati dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah. Sentiasa bertawakal kepada Allah sebelum, semasa dan selepas anda melakukan ibadah Umrah anda. Moga-moga ibadah Umrah kita diterima Allah, insyaAllah~

 

Kredit kepada: Shafiqolbu

Dapatkan koleksi Telekung Siti Khadijah di www.sitikhadijah.com

 

 

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply