7 Fadhilat Mengerjakan Ibadah Umrah

Adalah menjadi impian semua Islam di dunia untuk sampai ke tanah suci Allah, Mekah dan Madinah. Bersyukur kepada siapa yang sudah mengerjakan ibadah Umrah/Haji. Bagi yang belum berkesempatan, usahlah anda risau. Sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah menerima kita sebagai tetamuNya suatu hari nanti. Pada entri kali ini, admin ingin mengupas tentang fadhilat-fadhilat (kelebihan) mengerjakan ibadah Umrah.  Mengerjakan ibadah Umrah sama istimewanya dengan mengerjakan ibadah Haji.Kebanyakan hadis banyak menceritakan perihal kelebihan menunaikan ibadah Umrah.

 

#1 Menjadi Tetamu Allah

Ibadah Umrah menjadi istimewa apabila kita dipilih dan menjadi tetamu Allah di tanah suci untuk menunaikan Umrah.

Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

 “Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”

#2 Pahala & Ganjaran Dilipatgandakan oleh Allah

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda pada tahun haji Wada’ di Mekah,

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

Telekung Siti Khadijah yan sesuai dan selesa dipakai apabila menerjakan ibadah Umrah~

 

#3 Tidak Dihisab Jika Meninggal Dunia Semasa Menunaikan Umrah

Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda,

“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga’

#4 Pahala Umrah di Bulan Ramadhan Menyamai Ibadah Haji

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

 “Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”

#5 Menghilangkan Dosa & Kefakiran

Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”

Tudung Ihram Plain Siti Khadijah yang selesa dipakai dimana-mana sepanjang menerjakan ibadah Umrah~

#6 Diwajibkan Walaupun Sekali (jika mampu)

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 196 yang bermaksud 

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”

Ibnu Umar RA berkata,

“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah”

(Riwayat Bukhari)

#7 Penghapusan Dosa

 Rasululluh S.A.W telah bersabda yang bermaksud 

“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”

Dapatkan koleksi Telekung Siti Khadijah di www.sitikhadijah.com

Kredit kepada Massnizam-travel.blogspot.my

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply