5 tips penting buat Umrah Backpacker

Secara kebiasaannya, umat Islam, khususnya rakyat Malaysia akan mengerjakan ibadah Umrah melalui perkhidmatan agensi pelancongan. Namun kebelakangan ini, seperti menjadi sebuah trend, ramai juga yang menggunakan alternatif lain yang lebih murah dan jimat kosnya untuk mengerjakan ibadah Umrah, iaitu dengan melakukan Umrah Backpackers. Apa itu Umrah Backpackers? Umrah Backpackers ialah perjalanan menunaikan ibadah Umrah tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan. Semua urusan ibadah Umrah diuruskan 100% oleh individu tersebut. Pada blog kali ini, admin ingin kongsikan coretan daripada  saudari Atirah Syamimi tentang tips-tips yang boleh digunakan bagi anda yang ingin mencuba atau merasai pengalaman melakukan ibadah Umrah secara backpacking.

 

#1 Survey Tiket Penerbangan

Bagi anda yang nekad untuk melakukan Umrah Backpacking, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan memeriksa tiket penerbangan ke tanah suci Allah. Tiket penerbangan juga boleh dirujuk di laman sesawang Skyscanner. Range harga yang sesuai dan dikira berpatutan adalah sekitar RM1800 dan kebawah. Jika harga tiket penerbangan menjangkau sehingga RM 2000, itu sudah dikira mahal. Namun, terpulang kepada anda untuk membeli tiket penerbangan yang bagaimana.

#2 Umrah yang terbaik adalah pada waktu musim sejuk

Satu tips yang menarik yang perlu dikongsikan kepada anda ialah, musim sejuk merupakan waktu menunaikan ibadah Umrah yang terbaik ! Jika berkelapangan, anda boleh singgah ke Taif, iaitu sebuah tempat yang menarik untuk dilawati di Mekah pada musim sejuk yang seakan-akan Cameron Highland. Walaubagaimanapun, objektif utama iaitu menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah Umrah jangan pula diabaikan. Waktu musim sejuk di Mekah dan Madinah adalah sekitar bulan Disember sehingga akhir bulan Februari. Jadi rancanglah perjalanan ibadah Umrah anda dengan baik! 🙂

Telekung Siti Khadijah juga mengeluarkan Kemeja Adam yang sangat selesa untuk dipakai ketikah mengerjakan ibadah Umrah~

#3 Penting sediakan Visa!

Pergi ke tanah suci Mekah memerlukan Visa tau! Jadi anda perlu sediakan Visa untuk perkalanan Umrah anda. Seeloknya tanya bagaimana proses mendapatkan Visa dengan ejen pelancongan. Antara dokumen-dokumen yang wajib ada untuk memproses Visa ialah sijil kahwin anda (jika pergi dengan suami/isteri), gambar passport yang berlatarbelakangkan warna putih, passport and dan juga Kad Vaksin. Kerajaan Arab Saudi juga akan menutup permohonan Visa Umrah sebulan sebelum  ibadah Haji. Jadi, anda kena sentiasa peka dengan tarikh permohonan Visa anda sebelum ianya menjadi sia-sia. Oh lagi satu! Pastikan anda jangan membuat Visa terlalu awal, kerana kerajaan Arab Saudi juga menetapkan tempoh masa untuk melancong.

#4 Makan & Pengangkutan

Anda tidak perlu risau dan ragu-ragu tentang makanan ketika berada di tanah suci Mekah dan Madinah. Pelbagai tempat makan yang boleh didapati di sana. Semuanya terletak di tangan anda. Jika anda sensitif dengan makanan dari negara luar misalnya, boleh bekalkan makanan dari Malaysia siap-siap. Apa yang menariknya, terdapat juga restoran dari Malaysia, iaitu Restoran D’Saji di Mekah. Jadi, tidak ada masalah untuk makan di sana sepanjang perjalanan ibadah Umrah anda.

Bagi pengangkutan pula, di Mekah dan Madinah mempunyai perkhidmatan Uber, Careem dan teksi. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang kos dari Madinah ke Mekah dengan  menaiki teksi? Harga nya lebih kurang 300-500 riyal bergantung kepada rundingan dan tawar-menawar anda dengan pemandu teksi di sana.

Lebih selesa ibadah Umrah anda dengan memakai Telekung Siti Khadijah~

#5 Penginapan

Untuk penginapan sepanjang mengerjakan ibadah Umrah di Mekah dan Madinah, anda boleh cari mengikut bajet dan kesesuaian anda di Booking.com. Namun ingin diingatkan agar berhati-dalam memilih tempat penginapan anda. Boleh jadi ianya dekat dengan Masjidil Haram, tapi mengambil masa yang lama untuk sampai ke sana akibat kesesakan lalu lintas yang sentiasa sibuk di sana. Jadi, perlu bijak untuk memilih hotel/penginapan yang strategik ya. Akhir sekali, jangan membawa pakaian yang terlalu banyak sepanjang ibadah Umrah anda! Ini kerana kos dobi di Mekah dan Madinah agak mahal. Cukuplah sekadar membawa pakaian yang perlu sahaja sepanjang berada di sana. Semoga tips-tips ini bermanfaat buat backpackers-backpackers yang ingin mengerjakan Umrah, insyaAllah~  🙂   

Kredit kepada: Tripcuti.com

Dapatkan koleksi Telekung Siti Khadijah di www.sitikhadijah.com

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply