5 Kaedah Memupuk Amalan Membaca Secara Efektif

Ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Ilmu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Dalam Islam juga menggalakkan masyarakat untuk jatuh cinta pada ilmu. Namun sejauh mana kecintaan kita terhadap ilmu? Ilmu tidak mungkin akan difahami jika kita tidak membaca, bukan? Perlu kita fahami, adat dalam mencari ilmu, semakin banyak kita mengetahui sesuatu ilmu itu, semakin banyak ilmu yang kita belum ketahui sebenarnya. Oleh itu, membaca merupakan elemen yang paling penting unutk meningkatkan ilmu kita. Bagaimana ingin memupuk amalan membaca dengan efektif dan berkesan? Jom admin kongsikan cara-caranya.

#1 Kenalpasti Minat dalam Diri Kita

Manusia yang paling kenal akan diri kita ialah diri kita sendiri. Cuba kita kenalpasti apa kecenderungan minat kita? Bagi kaedah mencari identiti dengan buku, cuba cari minat untuk anda dekat dengan buku. Dekati buku-buku yang anda minat. Sebagai contoh, jika minat anda lebih terdorong kepada aktiviti memasak, pastinya anda lebih cenderung untuk memilih dan menelaah buku-buku yang berkaitan masakan. Mudah bukan?

Amalan membaca haruslah dipupuk sejak kita kecil lagi~ *gambar hiasan

#2 Rajinkan Diri ke Kedai Buku

Perkara ini mungkin sukar pada permulannya, namun cuba tanamkan sifat keterujaan untuk ke kedai buku atau mana-mana pesta buku/ mana-mana tempat yang dipenuhi dengan buku. Jika kita teruja untuk menghadiri konsert untuk melihat artis kegemaran, mengapa tidak untuk pesta-pesta buku? Selagi anda belum mencuba, anda tidak tahu apa yang terjadi. Apabila kita di tempat yang dipenuhi buku, secara tak langsung kita akan membelek dan membaca buku. Kaedah ini dipanggil “terpengaruh dengan sekeliling” Jika kita bergaul dengan mereka yang cintakan ilmu dan suka membaca, maka kita juga akan bertambah ilmu dan dapat memupuk sifat suka membaca dengan lebih mendalam.

#3 Cerminkan Cerita

Sebenarnya, kita boleh memupuk amalan membaca dengan mencerminkan cerita kita. Ya! Cerminkan cerita anda. Bagaimana? Cerminkan cerita kepada siapa? Cerita apa? Tenang.  Jadikan sahabat atau ahli keluarga anda sebagai cermin anda, dan ceritakan kepada mereka segala ilmu yang anda perolehi melalui pembacaan anda. Tujuannya adalah supaya kita dapat berkongsi tentang apa yang kita faham dan ilmu pengetahuan yang dapat kita pelajari daripada buku tersebut. Apa yang lebih menyeronokkan apabila mereka yang mendengar sama-sama bertukar pendapat melalui penceritaan kita.

Berapa kerap kita pergi ke pesta/kedai buku? *gambar hiasan

#4 Biasakan Diri Meluangkan Masa Dengan Buku

Sayangnya, adat membaca ini semakin hari semakin pudar dalam masyarakat Malaysia. Budaya ini telah ditukar dengan budaya ‘membaca’ telefon pintar (Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp). Antara kaedah yang boleh kita lakukan adalah dengan menghidupkan masa yang terluang dengan buku. Misalnya, pada hujung minggu, cuba disiplinkan dan peruntukkan masa selama 30 minit ke 1 jam untuk membaca buku. Tidak terikat dengan hanya membaca buku, kita juga boleh membaca pelbagai bahan bacaan lain seperti, majalah ilmiah, artikel-artikel, jurnal dan sebagainya. Mulakan dengan membaca apa yang kita minat dan secara automatik buku lain akan terasa untuk dibaca apabila dipupuk dan di didik dengan baik. Paling tidak, masa yang terluang tidak dibiarkan begitu sahaja, namun diisi dengan perkara yang berilmu dan perkara yang menambahkan ilmu pengetahuan kita.

#5 Jadikan Buku Sebagai Kawan

Untuk jadikan membaca sebagai amalan , kita perlu biasakan diri kita dengan membaca buku tidak kira di mana jua kita berada. Sebagai contoh, jika kita membaca di tempat awam atau pengangkutan awam, sudah semestinya memberi suatu tanggapan positif kepada masyarakat dan mendorong untuk wujudkan suasana masyarakat yang cinta kepada amalan membaca buku. Bukan itu sahaja, ia juga akan menjadi pendorong secara halus kepada kita untuk meminati buku dalam proses menimba ilmu. Jika kita mempunyai ramai kawan, mengapa tidak kita jadikan buku sebagai ‘kawan karib’ kita?

Jadi apa tunggu lagi. Siapa lagi yang dapat mengubah dan mengembalikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia kalau bukan kita. Ayuh kita sama-sama pupuk amalan murni ini agar kita dilimpahi dengan budaya yang positif dan bermanfaat serta melahirkan lebih ramai individu yang cintakan ilmu.

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

p/s: Jom ramai-ramai kita meriahkan Majlis Perasmian Pembukaan Butik Siti Khadijah yang baru di AEON Mall Seri Manjung, Perak pada 17 Februari 2018 (Sabtu). Pelbagai promosi menarik dan diskaun sehingga 15% menanti anda! Bukan itu saja, produk-produk terbaru daripada Telekung Siti Khadijah juga akan dipasarkan secara eksklusif di Butik SK di AEON Mall Seri Manjung bermula 16-18 Februari 2018. Kunci masa anda ya. Jumpa di sana! 🙂

Antara produk terbaru keluaran kurong.co by Siti Khadijah~

 

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply