5 Persoalan Tentang Islam & Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina

Umum mengetahui kaum Cina telah menyambut perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Seperti kaum-kaum lain seperti Melayu dan India, sambutan Tahun Baru Cina juga disambut meriah sepanjang tahun. Pada entri kali ini, admin nak kongsikan 5 persoalan tentang sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan masyarakat Melayu yang beragama Islam. Soalan apa itu? Jom sama-sama kita baca! 🙂

 

#1 Bolehkah umat Islam mengucapkan Hari Perayaan bagi agama-agama lain?

Mengikut pandangan para Ulama’, hukum bagi sambutan perayaan agama dan bangsa yang bukan Islam adalah  berbeza. Kaum Cina mempunyai dua perayaan besar iaitu Tahun Baru Cina dan Cap Goh Mei. Dalam konteks ini, para ulama’ memberi pandangan bahawa umat Islam dibolehkan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina, kerana ia hanyalah perayaan bangsa sahaja. Berlainan pula bagi perayaan Cap Goh Mei, ianya adalah haram disambut oleh umat Islam. Kenapa? Ini kerana bagi pandangan para ulama’ perayaan Cap Goh Mei merupakan suatu perayaan agama. Tentang ucapan pula, ianya diharuskan bagi perayaan Tahun baru Cina, dan haram bagi perayaan bersifat agama seperti Cap Goh Mei. Bagi anda yang was-was pula, tidak perlu mengucapkan adalah lebih baik.

#2 Bolehkah umat Islam menghadiri jamuan makan atau acara perayaan kaum Cina?

Tidak menjadi masalah bagi kita untuk menghadiri mana-mana majlis perayaan Tahun Baru Cina, atas dasar menghormati rakan tersebut. Cumanya, kita perlu lebih berhati-hati dengan makanan dan minuman yang dihidangkan di majlis perayaan tersebut. Bukan apa, kita bimbang jika ianya bercampur dengan perkara-perkara haram di sisi Islam. Sekiranya anda masih ragu-ragu/was-was, anda boleh menolak pelawaan eakan berbangsa Cina tersebut dengan cara yang baik dan berhemah.

#3 Bagaimana cara untuk membalas ucapan perayaan yang mereka ucapkan pada kita sebagai umat Islam?

Cuba untuk membalas dengan ucapan yang menyenangkan hati mereka, dan jika kita tidak mahu berkata apa-apa, lemparkan senyuman pada mereka sudah memadai sebagai tanda hormat kepada perayaan yang mereka sambut.

#4 Adakah boleh kita memakai kostum/pakaian tradisi kaum Cina semasa perayaan mereka?

Semoleknya hindarkanlah daripada menyerupai mereka dalam apa jua aspek, termasuklah dari sudut pemakaian.Salah satu sebab, kita tidak mahu timbulkan apa-apa fitnah dari orang ramai ke atas diri kita.

Lebih sopan jika kita memakai pakaian tradisional kaum Melayu, bagi mengelakkan fitnah orang lain~ (Gambar Kurung Pesak OK dari Siti Khadijah)

Islam tidak melarang pergi ke majlis perayaan kaum lain, namun pastikan kita memakai pakaian yang sopan dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam~(Gambar Adam TBV dari Siti Khadijah)

#5 Bolehkah kita memakan buah limau mandarin yang diberikan rakan kita yang berbangsa Cina?

Tidak salah makan buah itu. Namun jika was-was, kerana bimbang buah limau mandarin itu telah dipuja mengikut ritual mereka maka tinggalkan saja, atau tolak secara baik dan berhemah, atau beri pada orang lain.

 

 

 

Natijahnya, umat Islam diharuskan untuk mengucapkan serta menyambut perayaan kaum Cina yang bersifat bangsa, namun haram bagi umat Islam menyambut perayaan kaum Cina yang bersifatkan agama. Mengapa ulama’ memberi pandangan haram?- Ianya kerana ucapan selamat bagi perayaan gama itu dikhuatiri mengandungi makna yang tersirat terhadap syiar atau pengakuan bagi agama mereka. Jika kita turut sama meraikan perayaan itu, bermakna kita merelakan dan redha dengan pegangan agama mereka. Secara tidak langsung, akidah kita juga akan terpesong jauh dari landasan agama Islam.

 

Kredit kepada: Azhan.co

 

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply