6 Langkah Efektif Menghafal Al-Quran

Membaca Al-Quran itu sudah mulia di sisi Allah, apatahlagi jika kita cuba menghafal ayat-ayat suci Allah itu? Antara kelebihan orang yang menghafal Al-Quran ialah mereka akan menjadi insan yang istimewa bagi Allah dan Allah akan berikan mereka syurga yang tertingi di akhirat kelak. Pada entri kali ini, admin kongsikan beberapa tips yang boleh kita aplikasikan untuk menghafal ayat suci Al-Quran dengan baik.

#1 Niat yang ikhlas

Amalan menghafal Al-Quran adalah suatu perkara yang sangat baik. Namun, perlu diingatkan, kita harus menanam niat yang betul dalam hati kita. Ikhlas adalah kuncinya, iaitu mengejar ganjaran pahala dan lakukannya kerana Allah. Jauhkan diri kita dari segala sifat mazmumah seperti sikap menunjuk-nunjuk dan bangga diri apabila daoat menghafal Al-Quran,

#2 Perbaiki sebutan dan bacaan Al-Quran

Salah satu tips menghafal Al-Quran ialah dengan memperbaiki sebutan dan bacaan kita. bagaimana kita mahu memperbaiki mutu bacaan kita? Cuba untuk memperdengar bacaan Qari yang mempunyai lenggok bacaan yang hampir sama dengan kita. Selain itu, pengetahuan ilmu tajwid juga penting kerana ia menjelaskan kenapa dan bagaimana sebutan-sebutan tersebut dengan lebih terperinci.

#3 Pelajari Bahasa Arab & makna ayat untuk memantapkan hafalan

Di zaman millenia ini, kita sudah mempunyai pelbagai tafsir Quran bagi lebih memahami makna di sebalik apa yang kita baca dan hafal di kitab suci Al-Quran itu. Namun, apa salahnya untuk kita mempelajari bahasa syurga, iaitu bahasa Arab untuk lebih memantapkan mutu dan kualiti hafalan kita. Pemahaman setiap ayat dapat membantu kita untuk mengingati apa yang kita telah hafal. Ganjaran pahala pun bertambah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sama-sama kita amalkan ya. 🙂

Dapatkan Al-Quran Al-Karim Multazam dan Haramain keluaran Siti Khadijah di Butik SK berdekatan anda~

#4 Membuat strategi hafalan Al-Quran

Bukan mudah bagi seseorang yang ingin memulakan proses menghafal Al-Quran. Namun jika kita lakukan s=dengan strategi yang tepat, insyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan hafalan kita. Pada peringkat permulaan, cuba untuk menghafal sedikit demi sedikit. Hafal 3 baris ayat terlebih dahulu, dan cuba hafal sambil melakukan aktiviti harian kita. Keesokan harinya,  tambah lagi sebaris ayat. InsyaAllah lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan kita, jika kita istiqamah menghafal dengan strategi dan teknik yang betul. Baca secara hafazan keseluruhan ayat-ayat yang telah dihafal.

Rancang untuk menghafal selama  5 hari, dan 2 hari berikutnya digunakan untuk mengulangkaji hafalan kita agar lebih lancar dan mantap. Ayat yang dihafal boleh juga dimasukkan dalam solat secara tak langsung dapat menajamkan lagi ingatan anda.

#5 Meneruskan tilawah Quran

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar RA, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,


“Sesungguhnya perumpamaan orang yang menghafal Al Quran itu seperti unta terikat. Apabila dia menjaganya, maka unta itu akan tetap ada ditempatnya dan apabila dia melepaskannya maka unta tersebut akan lari.” (Riwayat Al-Bukhari)

Apabila kita sudah bermula untuk menghafaz Al-Quran, jangan berhenti atau meninggalkannya terus, kerana ianya hanya seperti satu usaha yang sia-sia sahaja Biasakan membaca/mendengar Al-Quran setiap masa supaya kita tidak lupa dan keliru.

#6 Jaga adab dengan Al-Quran

Al-Quran merupakan kalamullah yang tinggi darjatnya. Jadi jagalah adab ketika membawa/menghafaz dengan Al-Quran. Satu tips yang ingin dikongsikan ialah, waktu terbaik untuk menghafal ayat Quran adalah pada waktu malam, kerana suasananya yang tenang dan aman.

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply