Rahsia Mendapat Ketenangan Hati? (kini bukan rahsia..)

Ketenangan hati dan kelapangan dada semestinya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ianya adalah ‘urusan’ kita dengan Allah sebenarnya. Bayangkan, jika hati kita tidak tenang, semua urusan menjadi tidak kena, terasa seperti sudah ketandusan sesuatu. Ingin tahu rahsia (bukan lagi rahsia) untuk mendapat ketenangan hati dan kelapangan dada di dalam kehidupan kita? Jom admin pecahkan rahsia-rahsianya. 🙂

#1 Melakukan Kebaikan Demi Kebaikan

Nak tahu cara paling simple untuk mendapat ketenangan hati? Berbuat kebaikan. Ya, lakukanlah apa jua kebaikan, waimah sekecil zarah bentuk pertolongan itu. Lagi mulia jika kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain mendatangkan kebahagiaan kepada mereka. Memudahkan urusan orang lain juga memperoleh satu kebaikan. InsyaAllah, bila kita ikhlas melakukannya, nescaya Allah beri kita ketenangan dan dipermudahkan segala urusan. Jadi, jangan melengah-lengahkan untuk berbuat kebaikan, walaupun ia sebesar zarah, kerana mungkin kita tidak sempat melakukannya disebabkan kelekaan kita menangguh berbuat kebaikan.

Sentiasa senyum dan berfikiran positif dalam menjalani kehidupan. InsyaAllah hati akan tenang~ 🙂

#2 Sedekah

Bersedekah lah jika anda dambakan ketenangan hati. Benar! Semakin kita memberi, semakin bertambah senag kehidupan kita. Cubalah dah rasai pengalaman itu. InsyaAllah Allah permudahkan segala urusan kita dan ciptakan kedamaian dan kelapangan di dalam dada kita.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 265 yang bermaksud,

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran yang tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.”

Harta yang banyak juga tidak menjanjikan ketenangan hati dan kelapangan dada seseorang. Apa yang penting, janji Allah untuk berikan pahala yang berpanjangan kepada siapa yang suka memberi/bersedekah, walaupun pemberi sudah bersemadi di alam kubur.

Mahukan hati yang tenang? Dekatkan diri dengan Allah~

#3 Memberi Pinjaman Kepada Allah

Allah berfirman di dalam Surah At-Taghabun, ayat 17 yang bermaksud,

“Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah akan melipatgandakan (pembalasannya) kepada kamu dan mengampuni kamu.”

Maksudnya seberapa besar pun yang kita nafkahkan, nescaya Allah akan menggantikannya/membalasnya. Konsep sedekah dianggap pinjaman oleh Allah dalam Islam.

Allah juga sudah berjanji, dalam Surah Al-Baqarah (245) yang bermaksud,

“Maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak.”

 

Apa yang Allah berikan kepada kita? Banyak. Salah satu nya ialah diberi kelapangan dada dan ketenangan hati yang merupakan antara elemen yang penting dalam hidup kita. Itulah rahsia yang dapat admin bocorkan untuk pembaca-pembaca untuk entri kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua. 🙂

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply