Minimalisme? Dari Perspektif Islam….

Salah satu gaya hidup Nabi Muhammad SAW  dahulu adalah dengan mengamalkan budaya/gaya hidup yang bersederhana, serta tidak bermegah-megah dengan apa yang dimiliki baginda. Artikel kali ini ingin mengupas tentang apa itu Minimalisme, dari sudut pandangan Islam? Moga bermanfaat buat semua. 🙂

#1 Minimalisme tu apa?

Jarang-jarang sekali kita mendengar tentang minimalisme. Apa itu ‘Minimalisme’? Dalam konteks ini, Minimalisme boleh didefinisikan sebagai kehidupan sekadar mencukupi. Kita juga boleh klasifikasikan konsep minimalisme sebagai bersikap sederhana versi moden. Namun apa pula maksudnya dari perspektif Islam? Secara Islamik, ianya dapat dikaitkan dengan sikap Qanaah dan Zuhud.

QANAAH: Sikap berpuas hati dengan ketentuan rezeki oleh Allah, yang mana berkaitan apa yang diluar kemampuannya untuk untuk diusahakan, atau setelah diusahakan.

ZUHUD: Meninggalkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat bagi akhirat seperti berlebih-lebihan dalam hal Mubah (perkara yang tidak berdosa jika tidak melakukannya)yang dapat membuat seseorang lalai dari ketaatan kepada Allah.

Konsep Minimalisme dari perspektif Islam ialah memfokuskan perhatian kepada perkara akhirat dengan meminimaliskan kehidupan di dunia.

Walaupun hidup secara minimalisme, keselesaan ketika beribadah perlu dititikberatkan~

#2 Perlu ke Minimalisme?

Allah berfirman Surah At-Takathur, ayat 1-2 yang bermaksud:

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur.”

 

Ayat ini menerangkan kepada kita betapa alpa nya manusia, dengan memiliki sikap tamak dan perbuatan berlumba-lumba untuk kemegahan yang sudah tentu melalaikan. Jadi penting di sini untuk kita tidak terlampau taksub tentang bagaimana penampilan kita di mata dunia yang hanya sementara ini. Apabila keghairahan kepada dunia memuncak, masa untuk beribadah juga sudah mula dilupakan. Jangan pula apabila kita sudah kehilangan nilai kehidupan yang sebenar baru nak kembali ke pangkal jalan. Bagaimana untuk atasi semua ini? Konsep minimalisme memberi kesedaran bahawa perkara duniawi, seperti memiliki barang terkini, dan berpangkat besar, bukanlah kepada kehidupan yang bermakna.

Minimalisme membantu untuk:-

  1. Merebut kembali waktu yang berharga
  2. Mengalami kebebasan nyata
  3. Fokus kepada kesihatan
  4. Membersihkan diri daripada hal yang berlebihan
  5. Menemukan tujuan dalam hidup kita
  6. Memperoleh kebahagiaan yang hakiki

Kita semua inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat bukan? Dengan mempraktikkan konsep minimalisme, kita dapat mencari kebahagiaan tidak melalui hal-hal kebendaan tetapi melalui kehidupan itu sendiri. 🙂
#3 Mulakan kehidupan Minimalisme sekarang! 🙂

Sedikit lebih baik: 

Pepatah inggeris ada menyebut  ‘Less Is More’. Benar. Kadangkala kita terlampau berfikir untuk mengejarkan kekayaan harta di dunia. Bukan kah sederhana itu lebih indah? Lebihkan kepada ilmu akhirat itu lebih ‘mahal’ dari kekayaan di dunia ini. 

Makan secara sederhana:

Malaysia semestinya sinonim dengan kepelbagaian makanan yang sungguh menyelerakan. Jadi lah masyarakat yang bijak. Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Oleh itu, besederhanalah dalam pemakanan kita. Pilih makanan yang berkhasiat, seimbang dan secukupnya. Dengan besederhana menjaga pemakanan kita, secara tidak langsung dapat mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan lemah jantung.

Berpakaian sederhana:

Apabila kita bercakap tentang kesederhanaan dalam pemakaian kita, sudah tentulah pakaian kita harus menutup aurat, kemas dan sopan. Biar kita kelihatan tidak kaya di dunia ini, namun kita ‘kaya’ di akhirat kelak.

Hidup sederhana, bebas tekanan:

Pernah dengar orang yang memiliki kekayaan itu tidak semestinya kecapi kebahagiaan? Kenapa mereka tidak bahagia? Kerana mereka akan tertekan dan akan buntu setiap hari untuk memikirkan cara untuk menjadi kaya. Jadi, hiduplah secara sederhana, hiduplah berpandukan Sunnah Rasulullah. InsyaAllah, hati pun akan tenang di samping orang yang tersayang, dan Allah juga akan permudahkan segala urusan kita.

Tampil minimalis dengan SK Printed Shawl~

 

Kesimpulannya, menjalani kehidupan minimalisme akan membuatkan kita tidak terikat kepada kebendaan semata-mata, sekali gus membebaskan kita daripada belenggu materialisme. Bukan itu sahaja, kehidupan secara minimalisme juga memberi solusi berkesan dalam mencapai objektif hidup kerana Allah.

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply