Tips Menghadapi Ujian Hidup Dari Allah

Siapa yang tidak pernah diuji dalam dunia ini? Admin pasti kita semua pernah/sering diuji dengan pelbagai ujian dari Allah, baik yang ringan mahupun berat. Siapa kita untuk menolak segala ujian yang diberikan kepada Allah? Pada entri kali ini, admin ingin berkongsi beberapa tips yang dapat kita sama-sama manfaatkan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari ke hari, insyaAllah.

#1 Ujian itu ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya

Jangan mengeluh. Jangan salahkan Allah. Percayalah segala ujian dari Allah yang kita hadapi sebenarnya luahan cinta dariNya. Boleh jadi Allah mencabar kita dengan ujianNya agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan serta mencari solusi terbaik bagi sesuatu permasalahan .

Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari).

#2 Makin besar ujian dari Allah, makin besar pahala dan sayang Allah kepada kita.

Allah pasti merahmati segala cabaran yang diberikan kepada kita, jika kita dapat menyelesaikan setiap ujian hidup itu secara baik.

Anas r.a. berkata: Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

#3 Ujian sebagai penghapusan dosa

Walau seberat manapun ujian dari Allah kepada kita, cuba kita fokuskan diri kita dengan menganggap segala ujian ini sebagai kifarah dosa kita. Yakin itu penting, supaya kita tidak terlari dari paksi sebenar kita.

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda,

 “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

#4 Selalu berfikiran positif

Buang segala elemen negatif dan tanamkan sifat positif dala mengahrungi liku-liku kehidupan, terutamanya apabila ujian dari Allah datang menerpa kita. Kadang-kadang Allah ada hikmahnya disebalik ujian yang Allah lemparkan kepada kita. Jadi, take a chill pill and stay positive! 🙂

Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda:,

“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

#5 Optimis dalam menyelesaikan ujian hidup

Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Abaikan segala godaan syaitan untuk mengatakan ‘tidak’. Kita perlu yakin dan percaya kepada diri kita bahawa kita boleh menyelesaikan ujian yang Allah ber kepada kita, kerana Allah tidak akan memberikan ujian hidup diluar kemampuan hambaNya.

Allah berfirman Surah Al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud,

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”

#6 Menghadapi segala ujian hidup dengan usaha & doa.

Jangan sekali kita berputus asa dengan ujian yang mendatang. Sebaliknya, cuba untuk kerah segala ikhtiar bagi menyelesaikan ujian hidup. Selepas berusaha, barulah kita follow up dengan doa yang ikhlas kerana Allah.

Allah berfirman Surah Al-Insyirah(7-8)  & Al-Mu’min(60) yang bermaksud,

“Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap”

&

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.”

Apa jua perkara yang menimpa diri kita, insyaAllah ia akan menjadi kebaikan jika dihadapi dengan sikap yang positif, optimistik, usaha yang maksimum serta

Apa jua perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan jika dihadapi dengan sikap yang positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diiringi dengan doa. Sesungguhnya Allah pasti akan tolong jika kita berada dipuncak ujian. Oleh itu, jadikanlah ujian hidup sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT. InsyaAllah, segalanya pasti akan dipermudahkan. 

Kredit kepada: IslamItuIndah

 

 

p/s: Ni admin nak habaq mai, Telekung Siti Khadijah akan membuka sebuah butik baru pada 3 Mac 2018 ini. Di mana? Kali ini di negara seberang Indonesia! Siti Khadijah akan membuka cawangan butik kedua di Paris Van Java, Bandung, Indonesia. Telekung Siti Khadijah kini berjaya menembusi pasaran global. Terima kasih di atas sokongan anda. Ya. Anda yang menjadi pengguna setia telekung Siti Khadijah. Tanpa sokongan anda dan izinNya, Siti Khadijah tidak akan berkembang pesat seperti sekarang. Terima kasih #FamiliSK 🙂

 

 

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply