Amalan Wakaf? Ini Yang Anda Perlu Tahu…..

Abu Hurairah (R.A) berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda dengan mafhumnya:

โ€œAmal soleh yang akan sampai kepada orang yang beriman selepas kematiannya ialah ilmu yang dipelajari kemudian dikembangkannya, anak yang soleh, naskhah al-Quran yang ditinggalkannya sebagai pusaka, bangunan masjid yang didirikan olehnya, rumah (wakaf) yang dibina untuk para musafir, terusan yang digalinya atau sedekah yang diberi semasa hidupnya ketika dia masih sihat. Amal soleh ini akan sampai kepadanya selepas kematiannya.โ€

 

Apakah itu wakaf?- Wakaf dengan kata mudahnya adalah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT. Apa istimewanya kita berwakaf ni? Haa..jom admin kongsikan secara ringkas tentang kelebihan orang mewakafkan harta bendanya ke jalan Allah. Semoga bermanfaat buat semua. ๐Ÿ™‚

 

#1 Melatih memiliki jiwa sosial yang tinggi

Amalan wakaf tidak semestinya dengan harta benda yang mahal. Apa yang penting dengan berwakaf, secara tidak langsung, kita dapat mendidik jiwa kita untuk berkongsi harta benda kita yang ‘sementara’ ini kepada pihak yang memerlukan.

#2 Bantu golongan yang susah

Kita berwakaf, sama seperti kita berbuat kebaikan menolong orang. Besar ganjarannya disisi Allah, apatah lagi golongan yang ditolong adalah terdiri daripada golongan asnaf/miskin. Sebagai contoh, ada dalam kalangan kita yang mewakafkan tanah, khusus untuk golongan fakir miskin. Jika tanah itu diusahakan golongan fakir miskin, sudah tentu pahala kepada pewakaf juga sudah dijanjikan oleh Allah. MasyaAllah, beruntung bukan?

#3 Amalan yang tidak akan terputus

Salah satu daripada amalan di dunia yang tidak akan terputus ialah dengan berwakaf. Tidak kisahlah anda anda berwakaf apa sekalipun (sumber yang halal), nescaya Allah tidak akan hentikan ganjaran pahala buat anda. Meskipun anda sudah meninggal dunia, pahala ini akan terus mengalir seperti air sungai yang deras, membawa ke hari akhirat. Allahuakbar.

Telekung Siti Khadijah juga mewakafkan 150 Telekung SK di 33 buah masjid Angkatan Tentera Malaysia (ATM)ย 

#4 Tiada harta yang kekal di dunia ini

Tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan akhirat Allah. Apalah sangat denganharta dunia yang dikejarkan, jika nak dibandingkan dengan harta yang paling bernilai di akhirat kelak. Jadi, rajin-rajinlah berwakaf, dan kejarlah akhirat yang abadi. Jadikan dunia ini sebagai pelengkap kepada amalan-amalan kita untuk akhirat Allah.

#5 Membantu masyarakat

Jika kita berwakaf di jalan yang diredhai Allah, maka Allah pun akan permudahkan segala urusan kita. Kita juga dapat membantu masyarakat untuk kehidupan yang lebih baik. Misalnya, kita wakafkan fasiliti yang boleh digunakan oleh semua orang.

#6 Keharmonian dan Keamanan Sejagat

Jangan tidak tahu, kita juga boleh berwakaf untuk kegunaan orang bukan Islam juga. Bukan kah Islam itu agama yang mudah serta bertoleransi antara satu sama lain? Lupakan perbezaan agama, budaya dan bangsa. Niatlah wakaf kerana Allah. Siapa tahu dengan amalan wakaf kita, mereka yang bukan Islam ini akan memeluk Islam? Secara tidak langsung, kehidupan sesama masyarakat juga pasti akan aman damai dan harmoni.

#7 Mendorong Pembangunan Ilmu

Jangan kita anggap yang berwakaf ini hanyalah sekadar memberi semata-mata. Siapa sangka, dengan berwakaf juga dapat mendorong kepada pembangunan ilmu. Dalam konteks ini, harta-harta yang diwakafkan seperti sekolah, dan yayasan pendidikan sudah pastinya memberi manfaat kepada golongan belia untuk jangka masa yang panjang.

 

Jadi, admin telah kongsikan 7 kebaikan apabila anda berwakaf di jalan Allah. Apa lagi tunggu? Jom kita kejar pahala Allah untuk mendapat keredhaanNya di dunia dan di akhirat, insyaAllah. ๐Ÿ™‚

 

Kredit kepada: Sinar.my

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. ๐Ÿ™‚
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply