Solat Fardu Asar: Tempat kerja VS Rumah

Solat merupakan rukun Islam yang kedua. Solat adalah tiang agama dan wajib bagi umat Islam menunaikannya. Pada entri kali ini, giliran admin pula ingin bertanya kepada anda yang sedang membaca blog ini, adakah anda menunaikan solat fardu asar di tempat kerja ataupun di rumah? 🙂

 

Solat di Tempat Kerja 

Sebenarnya, tiada masalah untuk kita solat di tempat kerja kita. Allah sukakan hambaNya yang ‘bercantik-cantik’ ketika beribadah.

  • Pastikan kita memakai pakaian yang bersih dan tidak berbau sebelum tunaikan solat. Lagi satu, persekitaran tempat kerja juga perlundiambil kira.
  • Pastikan persekitaran tempat kerja kita tidak terlalu bising dan selesa bagi siapa yang ingin solat.
  • Kelebihan menunaikan solat di tempat kerja ialah kita tidak bertangguh menunaikan solat.

“Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu”. Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani 

Apabila kita solat di tempat kerja, apa salahnya kita mengajak rakan kerja yang tidak sibuk untuk solat berjemaah. Bukankah pahala pun bertambah? 🙂

  • Solat awal di tempat kerja juga sedikit sebanyak memudahkan urusan anda selepas waktu kerja seperti mengambil anak di sekolah dan perkara-perkara lain.
  • Jadi, anda tidak perlu bimbang/runsing tentang solat lagi jika sudah solat di tempat kerja.

Solat di Rumah

Jika ditanya admin, menunaikan solat Asar di rumah pun tidak menjadi masalah. Yang penting kita solat, kan? 🙂 Admin juga percaya pastinya ada sebab kenapa ada setengah dari kita yang lebih terdorong untuk solat di rumah.

  • Jika kita berasa was-was dengan keadaan kebersihan diri kita, seeloknya pulang dahulu ke rumah untuk bersihkan diri. Kemuadian barulah kita tunaikan solat Asar.
  • Ada juga yang beranggapan keselesaan ketika beribadah lebih  terjamin jika solat di rumah. Betul juga, kan
  • Terpulang kepada anda. Mungkin juga suasana yang lebih tenang di rumah juga membuatkan anda lebih selesa solat di rumah.
  • Bagi anda yang mahu merapatkan ukhuwah kekeluargaan, boleh tunaikan solat bersama isteri dan anak-anak. Yang paling penting, menunaikan solat di rumah, kita tidak akan terganggu dengan masalah kerja di pejabat.

Daripada Abi Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,

Orang yang mendapatkan satu rakaat dari solat subuh sebelum terbit matahari, maka dia termasuk orang yang mendapatkan solat subuh. Dan orang yang mendapatkan satu rakaat solat Asar sebelum matahari terbenam, maka dia termasuk mendapatkan solat Asar.” (HR Muslim dan enam imam hadis lainnya).

Buat kaum Hawa, pastikan kelengkapan solat anda selesa dalam menunaikan solat, tidak kira di mana anda solat…:)

 

Sebenarnya, tidak kisahlah di mana anda menunaikan kewajipan anda. Apa yang penting kita WAJIB tunaikan solat sebagai hamba Allah dan seeloknya, solat lah di awal waktu ya… 🙂

Jadi, solat asar di tempat kerja atau rumah, anda yang mana satu? 

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply