Kuatkan Peribadi Anda!

Sesebuah kualiti itu sebenarnya dapat dilihat melalui peribadi. Gabungan sifat kita pula yang  melahirkan peribadi seseorang itu. Manusia diciptakan Allah berbeza-beza. Sesetengah orang berjaya menempuh pelbagai kesukaran, dugaan dan kepayahan kerana peribadinya yang mempunyai jiwa yang besar. Ada juga individu yang mana seluruh hidupnya menjadi gelap gelita kerana peribadinya yang lemah. Bagaimana mahu mendapatkan peribadi yang unggul dan mantap? Haa…meh sini admin kongsikan. 🙂

#1 Berpandangan Jauh & Baik

Dalam meniti kehidupan yang sementara ini, lihatlah suatu perkara itu secara  jauh ke hadapan daripada keadaan semasa. Kenapa? – Supaya menjadikan seseorang untuk merangka apa yang bakal ditempuhnya. Tidak salah kalau admin berkata yang individu-individu yang berpandangan jauh ini sebenarnya adalah orang yang cerdik.

“Orang yang paling cerdik ialah yang sentiasa muhasabah dan beramal untuk selepas mati, sedangkan orang yang lemah sentiasa mengikuti hawa nafsu dan berangan-angan terhadap Allah” Riwayat Ibn Majah

Ini kerana orang yang bijak adalah orang yang merangka dan merancang kehidupan mereka bagi menghadapi sesuatu pada masa hadapan. Jadi, cuba tanamkan niat yang baik dalam perancangan kita kerana ianya lambang kemuliaan yang baik bagi pengakhiran yang mulia.

#2 Jadi Diri Sendiri

Seperti yang telah admin nyatakan pada awal kalam, Allah telah jadikan manusia berbeza-beza sifatnya, daripada permulaan kita dilahirkan di dunia. Elakkan untuk jadikan diri kita sebagai jelmaan orang lain.

“Hiduplah sebagaimana anda diciptakan, jangan mengubah suara anda dan jangan pula merubah cara berjalan anda! Tuntunlah diri anda dengan wahyu Ilahi, tetapi juga jangan melupakan keadaan anda dan jangan membunuh kemerdekaan anda sendiri!” -Dr. Aidh al-Qarni-

Pun begitu, itu tidak bermakna kita tidak boleh mengambil manfaat atau belajar daripada orang lain. Allah menyeru kita untuk cintakan ilmu, mendalami ilmu. Jadi tidak salah untuk mendampingi insan-insan yang hebat untuk menggali seberapa banyak ilmu yang berguna daripada mereka.

#3 Sentiasa Bersedia

Sudah menjadi lumrah, apabila kita berada di puncak, pasti akan ramai orang mengaku kita sebagai sahabat mereka. Jangan cemarkan peribadi kita dengan menjadi lemah di atas kekecewaan sesuatu perkara. Boleh jadi ketika itu Tuhan menetapkan kita supaya mengumpul tenaga agar dapat bangun kembali untuk menempuhi liku-liku kehidupan.

Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 111 yang bermaksud:

“Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja…”

#4 Aplikasikan semua di atas, dan KUATKAN PERIBADI ANDA!

Sebagai hamba Allah yang kerdil, kita pasti akan terus diuji oleh Allah selagi kita menghirup udara untuk hidup. Setiap apa yang berlaku mestilah bersebab dan siapa kita untuk mendapatkan apa yang kita ingini. Namun begitu, sesungguhnya Allah itu Maha Adil, kita sentiasa ada pilihan untuk menentukan apa yang kita ingin lakukan.

Oleh itu, pilihlah jalan yang terbaik dan selebihnya kita berserah kepada Tuhan. Tentunya setiap jalan kebenaran pasti akan ada ujian yang akan ditempuh. Jadi, hendaklah kita sabar dan sentiasa tabah mengharunginya. Hidup kita sentiasa di dokong dengan kepercayaan kita. Jika kita percaya, jalan yang kita tempuh itu benar, pasti tidak akan sesiapa yang mampu menghalang kita untuk sampai ke destinasi penamat yang benar.

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

p/s: Haa ni admin nak ajak mai ramai-ramai ke AEON Shah Alam pada 13-18 Mac 2018 ni. Ada apa? Ada Karnival Siti Khadijah Mega Mark Down 2018! Pelbagai tawaran dan promosi menarik produk-produk SK, dan yang paling penting diskaun sehingga 40% ! 🙂

Nak tau apa aktiviti-aktiviti yang menarik lagi sepanjang SK Mega Mark Down 2018 ni, kena lah datang ke AEON Mall Shah Alam bermula 13 Mac 2018 ni. Karnival bermula pada 10 pagi-10 malam. Kami tunggu anda di sana! #BuyMoreSaveMore

Info lanjut boleh layari laman Facebook Telekung Siti Khadijah dan www.sitikhadijah.com. Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

 

 

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply