Jangan solat sunat selepas Subuh & Asar pula!

Seberapa kerap kita menunaikan solat sunat, selain daripada solat fardu yang kita lakukan 5 waktu sehari? Haa…..apa nama solat sunat sebelum atau selepas kita mengerjakan solat fardu kita tu?

Solat Sunat Rawatib adalah jawapannya!

 

Solat Sunat Rawatib?

  • Solat sunat 2 rakaat yang dilakukan sebelum dan selepas menunaikan solat fardhu.
  • Berasal daripada raatib yang bermaksud berterusan.
  • Biasa disebut sebagai solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan Ba’diyyah (selepas)
  • Ianya dilakukan sebagai pelengkap bagi solat fardu untuk mencari keredhaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardu.

    

Cara Mengerjakan Solat Sunat Rawatib?

  • Sama seperti mengerjakan solat fardu Subuh, hanya niatnya sahaja yang berbeza
  • Solat sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat Rawatib Qabliyyah dan Rawatib Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu  (munfarid, tidak berjemaah)
  • Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau Ba’diyyah.
  • Solat sunat sebelum fardu Subuh, sebelum fardu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
  • Solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjemaah.
  • Solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
  • Jika lebih 2 rakaat, lakukan tiap-tiap 2 rakaat satu salam

 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)

&

Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

 

Waktu solat sunat Rawatib yang Muakkad

  • Solat 2 rakaat sebelum solat fardu subuh
  • Solat 2 rakaat sebelum fardu Zuhur dan Subuh
  • Solat 2 rakaat selepas solat fardu Zuhur/Jumaat
  • Solat 2 rakaat selepas solat fardu Maghrib
  • Solat 2 rakaat selepas solat fardu Isyak

Haa ni lagi satu ilmu yang anda perlu tahu. Diharamkan solat sunat selepas waktu asar sehingga terbenam matahari!

Ingat ya… 🙂

 

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menegah dari melakukan solat (sunat) selepas solat Asar sehingga tenggelamnya matahari dan solat selapas subuh sehingga terbitnya matahari” (Riwayat Muslim)

 

Mudah bukan untuk mengerjakan solat sunat Rawatib ini? Jadi bagi anda yang baru tahu tentang solat sunat Rawatib, jom kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Semoga Allah memberkati segala  usaha kita dalam mencari keredaan-Nya. InsyaAllah. 🙂

 

 

 

 

p/s: Buat pelanggan setia Telekung Siti Khadijah, berita baik untuk anda! Telekung Siti Khadijah akan membuka booth sempena MATTA Fair 2018, bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Sepanjang 3 hari bermula 16-18 Mac 2018, Telekung Siti Khadijah akan berada Tingkat 1M, Putra World Trade Centre dan menyediakan pelbagai produk kelengkapan ibadah anda seperti telekung, baju kurung, stokin wanita dan sebagainya. Potongan diskaun sehingga 10% tau. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Jumpa kami di sana! 🙂

                               

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply