Wahai kaum Hawa, sudahkah anda ganti ibadah puasa anda?

Sedar tidak sedar, sudah bulan Rejab rupanya. Terasa pantas sungguh masa berlalu, bukan? Jadi, apabila sudah masuknya bulan Rejab, saya terpanggil untuk menulis serba sedikit tentang istimewanya bulan Rejab ini. Moga entri kali ini bermanfaat buat semua. 🙂

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan haram, di mana ia merupakan suatu bulan yang dimuliakan di sisi Allah. Dalam Islam, terdapat empat  bulan haram, antaranya bulan Muharram, Dzulqaidah, Dzulhijjah, termasuklah bulan Rejab.

 

Nak tahu apa istimewanya bulan Rejab?

  • Bulan Rejab adalah masanya bulan menabur benih. Amalan pada bulan Rejab dapat mensucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini dilipat-gandakan.
  • Rejab adalah bulan Allah, bulan keampunan dan bulan bertaubat.
  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Siapa yang meminta ampun dan beristighfar kepada Allah pada waktu pagi dan petang sebanyak  70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain adalah sama seperti kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab-kitab lain.
  • Barangsiapa yang memuliakan bulan Rejab, maka Allah akan muliakan mereka dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. 

 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Rejab adalah bulan bertanam, maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ia adalah musim untuk berniaga dan makmurkanlah waktu kamu (dengan beramal) dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat amal”.

Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.

Haa kaum Hawa sekalian, dah ganti puasa ke belum? Puasa lah pada bulan Rejab. Banyak ganjaran pahala dari Allah…… 🙂

 

Dalam Riwayat al-Thabarani dari Sa’id bin Rasyid: “Barangsiapa yang  berpuasa satu hari dalam bulan Rajab, maka ia bagaikan berpuasa satu tahun, bila ia puasa tujuh hari maka akan ditutuplah untuknya pintu-pintu dari neraka jahanam, bila puasa delapan hari, maka akan dibukakan untuknya delapan pintu surga, bila puasa sepuluh hari, Allah akan mengabulkan setiap apa saja permintaannya….”

p/s: Tinggal 2 bulan sahaja lagi nak puasa! Siapa yang excited sila angkat tangan. 🙂 Haa bila dah puasa seharian tu, jangan pula kita lupakan solat sunat terawikh ya….Jom dapatkan telekung Siti Khadijah untuk keselesaan ketika mengerjakan ibadah terawikh kita. Semoga amalan kita diberkati Allah sentiasa. Amin.


Tampil selesa dan menawan ketika beribadah pada bulan Ramadan dengan Telekung Siti Khadijah~

 

Kredit kepada: Shafiqolbu

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply