Pernah Subuh ‘Gajah’? Cepat Qada’ Solat Anda…….

Solat adalah tiang agama. Ia merupakan kewajipan yang telah ditetapkan Allah. Siapalah kita untuk melanggar perintah Allah SWT? Sudah pasti kita yang hidup pada akhir zaman ini sangat lemah imannya. Fitrah manusia itu tidak sempurna.

Sebagai hamba Allah kita pasti pernah lalai dan hanyut dengan godaan syaitan bukan?

Sama ada sengaja atau tidak, apabila kita meninggalkan ibadah solat fardu kita, kita PERLU mengqada’ semula solat yang ditinggalkan. Rasulullah sendiri pernah mengqada’ solat baginda walaupun tidak tertidur atau terlupa. Inikan pula kita hamba yang kerdil disisi-Nya. Allahuakbar!

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

 

Apa itu Qada’?

Melakukan sesuatu ibadah diluar waktunya. Manakala tunai pula bermaksud melakukan sesuatu ibadah dalam waktu.

Bagaimana mahu qada’ solat kita?

  • Jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qada’kanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
  • Bagi yang tidak mengetahui berapa banyak yang telah ditinggalkannya, cuba lakukan anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.

 

Solatlah walau dimana jua anda berada… 🙂

 

Qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya.  Jadi, jangan lupa qada’ solat anda! 🙂

Apa jadi jika seseorang itu meninggal dunia sebelum sempat mengqada’ solat yang ditinggalkannya?

Semuanya bergantung pada Allah. Namun jika si polan telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

 

Dapatkan koleksi telekung Siti Khadijah di laman sesawang Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~ 🙂

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply