‘Penghulu Segala Hari…’

Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing Bagi umat Islam, kita menghargai kemuliaan hari Jumaat sebagai ‘Penghulu Segala Hari’/ ‘Sayyidul Ayyam’. Betapa beruntungnya kita kerana Allah memberikan ‘sebaik-baik hari’ yang mempunyai bermacam keistimewaan untuk kita amalkan. Janganlah kita biarkan hari  Jumaat kita berlalu begitu sahaja tanpa berusaha untuk ‘top up’ amal ibadah kita. Semoga hari Jumaat kita lebih baik dari jumaat-jumaat yang sebelumnya. Insya’Allah~ 🙂

 
Jumaat adalah Hari Paling Mulia

  • Pelbagai peristiwa yang baik terjadi pada hari Jumaat
  • Hari Nabi Adam diciptakan oleh Allah
  • Hari dimana Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga
  • Hari Allah mewafatkan Nabi Adam

Abu Hurairah RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah bersabda yang mermaksud,

“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat, pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim)

Jumaat adalah Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat

Solat Jumaat 2 rakaat membuktikan Jumaat merupakan hari mulia yang perlu diambil manfaatnya bagi mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

 

Jumaat adalah Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi

  • Pada hari Jumaat, Allah mengutus para malaikat turun ke muka bumi.
  • Para malaikat menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan solat jumaat
  • Selesainya menunaikan solat Jumaat, para Malaikat kembali ke Araysh untuk menyembahkan hasil catatan kepada Allah.

Allah berfirman:

“Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan, tidak berdosa sedikit pun.”

Jumaat adalah Hari Mustajab Berdoa

 

Rasulullah pernah bersabda:

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Tahukah anda?

Waktu yang terbaik/mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat ialah ketika imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai dan pada akhir waktu asar.

Perkara sunat dilakukan pada hari Jumaat:

  • Lakukan solat sunat sunat Tahiyyatul Masjid 2 rakaat. Setelah selesai solat, niatlah iktikaf di masjid
  • Perbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dan zikir kepada Allah.
  • Jangan melalui dari muka orang yang sembahyang dan jangan melangkahi bahu orang
  • Cuba cari saf yang hadapan/pertama di masjid
  • Jangan kita menyakiti sebelah menyebelah kita dari bauan yang kurang menyenangkan.

 

Moga-moga hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa, dan cemerlang di dunia dan akhirat. Sentiasa berdoa agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah. Amin. 

Kredit kepada: Shafiqolbu

 

 

Dapatkan koleksi telekung Siti Khadijah di laman www.sitikhadijah.com. Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply