5 Cara Mengelakkan Diri Daripada Bersangka Buruk

Buruk sangka (Su’udzon) adalah salah satu daripada sifat mazmumah. Prasangka buruk ini mungkin pada awalnya hanyalah sangkaan fikiran dan termaktub di dalam hati sahaja. Namun tahukah anda, sedikit demi sedikit selepas itu akan lahirnya sifat mazmumah yang lain seperti mengumpat, menyebarkan aib orang lain dan memfitnah.

Memang benar. Bersangka buruk mungkin hanya dalam hati. Siapa pun tidak mendengar.  Namun jangan lupa, Allah maha mengetahui  segalanya!

Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud,

 “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud,

“Janganlah salah seorang daripada kamu mati melainkan dia harus berhusnuzon (bersangka baik) pada Allah.” -Riwayat Muslim

Berikut saya kongsikan beberapa tips bagi mengelakkan diri daripada berasangka buruk.

 1. Sentiasa Bersangka Baik

  • Kita sebagai manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan membuat dosa. Kerana fitrah manusia itu tidak sempurna.
  • Apabila melihat/mendengar sesuatu, pastikan kesahihan perkara itu terlebih dahulu dan cepat menghukum.

Bersangka baik lah dalam semua perkara! 🙂

 

2. Bersyukur dengan Nikmat Allah

  • Wajib ke atas kita untuk bersyukur kepada Allah, waimah dikurniakan rezeki sekadar RM 1.
  • Jangan ‘kedekut’ untuk mengucapkan Alhamdulillah
  • Rasa bersyukur kepada Allah bukan hanya pada disaat senang sahaja, bahkan dikala kita diambang kesusahan juga kita perlu bersyukur kepada Allah.
  • Sifat bersyukur juga adalah sikap orang yang berjaya. Seseorang itu tidak akan iri hati atau dengki dengan orang lain kerana baginya, Allah itu sudah cukup adil.

3. Melihat Aib Diri Sendiri

  • Kadang-kadang, orang yang sering berprasangka buruk terhadap orang lain, sebenarnya kurang memerhatikan aib dirinya sendiri.
  • Tidak semua orang sedar akan hakikat aib sendiri, melainkan dia sentiasa sibuk menyebarkan aib orang lain.
  • Oleh itu, sentiasa memperbaiki hati dan diri kita agar terhindar daripada perkara mungkar yang menerjunkan kita ke lembah kebinasaan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,

“Tidaklah seseorang menutupi aib orang lain di dunia, melainkan Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat kelak.”-Riwayat Muslim & Ibnu Majah

4. Merendah diri

  • Sikap merendah diri menjadikan  kita sentiasa bersederhana, tidak cepat melatah dan bersangka buruk kerana kita lebih tahu tahap kebenarannya.
  • Sikap merendah diri juga mampu untuk menggalakkan kita daripada berburuk sangka dengan orang lain kerana kita memahami yang manusia itu tidak sempurna.

5. Perbanyakkan Mendalami Ilmu Agama

  • Hidup di zaman yang penuh cabaran dan hiburan, penting untuk kita mendalami ilmu agama.
  • Kenapa?
  • Kehidupan tanpa ilmu agama akan membawa manusia kepada kejahilan dan sifat mazmumah, antaranya meninggalkan solat, tidak berpuasa, mengumpat dan memfitnah.
  • Orang yang berusaha mendalami ilmu agama akan sentiasa berwaspada dengan hal-hal berkaitan manusia.
  • Maka, orang yang tahu soal agama, mereka tidak akan mudah untuk bersangka buruk tanpa usul periksa.

Kesimpulannya, jangan kita meremehkan soal prasangka buruk kerana ianya akhirnya hanya membawa kepada dosa.

 

Pelbagai produk Siti Khadijah secara online boleh didapati di www.sitikhadijah.com

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

 

p/s: Berita bait untuk orang Kuching! Tok mok madah, iboh lupak datang berami-rami ke Grand Opening Butik Siti Khadijah nok baru 6 sampe 8 April 2018 tok. Hadiah percuma menanti 100 pembeli pertama. Apa gik kitak orang nunggu! Juh serbu ke Majma Mall, Kuching Sarawak. #TeamSK nunggu kitak orang sinun. 🙂

 

 

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply