Kita Semua Boleh Berjaya!

Kejayaan Telekung Siti Khadijah sebagai pengeluar telekung berinovasi pertama di Malaysia pada hari ini bukanlah melalui jalan yang senang. Benarlah orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tiada jalan singkat untuk mengecapi kejayaan. Pengasas Siti Khadijah, Puan Padzilah Enda Sulaiman juga bermula dari bawah, sehinggalah beliau temui formula yang berkesan sehingga dapat membina empayar perniagaan hingga ke pasaran luar negara.

Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa tips yang efektif bagi usahawan muda yang ingin merasai kejayaan dalam perniagaan masing-masing. Semoga bermanfaat buat semua. πŸ™‚

1. Keinginan untuk mencabar diri

  • Cabar diri untuk menjadi seseorang yang lebih berjaya
  • Pedulikan tohmahan orang lain yang mengatakan anda tidak boleh berjaya.

2. Kurangkan kebergantungan pada ahli keluarga.

  • Tanamkan dalam diri anda untuk mengurangkan beban keluarga
  • Sikap ini perlu dipupuk dari kecil lagi dan jangan terlalu manja dengan suapan keluarga
  • Tidak kiralah sama ada anda berasal daripada keluarga yang berada mahupun tidak berkemampuan.

 

“Jangan malu untuk bermula dari bawah”- Puan Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah

3. Mempunyai sikap ingin berjaya

  • Sikap yang perlu ada untuk berjaya
  • Jika melihat mereka yang telah berjaya, melalui fasa pertama dalam perniagaan pasti mempunyai sikap yang lain daripada biasa.
  • Harus lebih berfikiran terbuka, sedia menerima teguran/ meminta untuk ditegur.
  • Sentiasa merendah diri
  • Hubungan yang baik sesama rakan perniagaan yang lain.
  • Sikap akan melambangkan peribadi seseorang itu untuk membawa dirinya ke arah kejayaan atau sebaliknya.

4. Berani untuk mempunyai impian yang besar.

  • Jangan hanya tanam impian yang kecil seperti ingin berniaga hanya sekadar untuk menampung diri sahaja.
  • Sebaliknya, kita perlu untuk berfikiran lebih jauh dan optimistik bagi membina empayar yang lebih besar.
  • Mempunyai matlamat yang jelas, iaitu untuk membantu orang lain mendapatkan pendapatan dengan perniagaan kita.

5. Tidak mudah beri alasan dan banyak β€˜tapi’

  • Orang yang gagal adalah orang yang sering memberi alasan
  • Tidak nampak cara untuk memajukan diri sendiri.
  • Sebaliknya orang yang sudah berjaya lebih banyak melalui saat-saat jatuh dan bangun berulang-ulang kali namun tidak pernah berputus asa untuk meneruskan perjalanan kerana mereka tidak mudah memberi alasan untuk berhenti.
  • Siapa kata dalam usia yang muda tidak boleh berjaya dalam bidang perniagaan? Anda pasti boleh.

Semua pilihan terletak di tangan anda untuk memilih sama ada ingin memajukan diri atau sekadar duduk sahaja menunggu tuah untuk datang!

 

Marilah bangkit untuk masa depan diri dengan mengusahakan sesuatu. Apa yang penting, perlu yakin dan tekad dalam mengejar sesuatu sehingga berjaya.Β 

 

Kredit kepada: Utusan Online

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. πŸ™‚
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply