Sebelum ke Bulan Ramadan, Amati Bulan Sya’ban Dahulu

Bulan Sya’ban adalah bulan yang penuh berkat dan kebaikan. Tahukah anda? Pada bulan ini juga Allah akan membuka pintu rahmat dan ampunan ke atas hambaNya seluas-luasnya. Sebab itulah, kita sebagai hamba Allah dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan sunat seperti berpuasa sunat pada bulan Sya’ban.

Hal ini sebagaimana yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW:

 Nabi SAW lebih sering puasa sunah di bulan Sya’ban dibandingkan pada bulan lainnya, (HR Bukhari).

Bukan hanya berpuasa sahaja, kita juga perlu memperbanyakkan ibadah dan melakukan amalan yang baik dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban.

Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki menegaskan bahawa terdapat banyak kemuliaan di malam nisfu Sya’ban. 

Allah akan mengampuni dosa hambaNya yang memint keampunan dariNya pada malam itu, mengasihi orang yang minta kasih, menjawab doa orang yang meminta, melapangkan penderitaan orang susah, dan membebaskan sekelompok orang dari neraka.

Berikut saya kongsikan 3 amalan mudah yang dapat kita amalkan dari kitab Madza fi Sya’ban karya Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki:

1. Memperbanyakkan Doa 

Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud,

“(Rahmat) Allah SWT turun ke bumi pada malam nisfu Sya’ban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa musyrik dan orang yang di dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan),” -HR Baihaqi

2. Banyakkan membaca 2 kalimah syahadah

  • Dua kalimah syahadat termasuk dalam kalimah yang mulia.
  • Ianya sangat baik dibaca pada bila-bila masa pun, lebih-lebih lagi pada malam nisfu Syaaban.

Sayyid Muhammad bin Alawi mengatakan,

Seeloknya seorang Muslim itu mengisi waktu yang penuh berkah dan keutamaan dengan memperbanyakkan membaca dua kalimah syahadah, La Ilaha Illallah Muhammad Rasululullah, khususnya bulan Sya’ban dan malam pertengahannya.”


3. Memperbanyakkan istighfar 

  • Tidak ada satu manusia pun yang bersih dari dosa dan salah. Itulah manusia.
  • Hari-hari kita pasti akan bergelumang dengan dosa. Namun, Allah sentiasa membuka pintu taubat dan keampunan kepada hamba-hambanya.
  • Oleh itu, pinta lah keampunan dariNya dengan beristighfar, lebih-lebih lagi di malam nisfu Sya’ban.

Sayyid Muhammad bin Alawi menjelaskan lagi, 


 “Istighfar merupakan amalan utama yang harus dibiasakan orang Islam, terutama pada waktu yang memiliki keutamaan, seperti Sya’ban dan malam pertengahannya. Istighfar dapat memudahkan rezeki, sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur’an dan hadis. Pada bulan Sya’ban pula dosa akan diampuni, segala kesulitan akan dimudahkan, dan kesedihan dapat dihilangkan”.

 

Demikianlah tiga amalan utama di malam nisfu Sya’ban menurut Sayyid Muhammad. Semua amalan itu berdampak baik dan memberi keberkahan kepada orang yang mengamalkannya. 


Semoga kita termasuk orang yang menghidupkan malam nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan doa, membaca 2 kalimah syahadah, istighfar, serta kalimah-kalimah mulia yang lain, insyaAllah. 🙂

Kredit kepada: Nu.Or

 

 

Pssssttttt…Ni ada pesanan penaja sedikit…. 🙂

Bulan puasa dah dekat ni, korang tak nak rasai keselesaan telekung Siti Khadijah ke untuk solat sunat Terawih nanti? Haaa..sekarang SK ada buat promosi Road to Ramadan Online 2018 tau. Anda boleh dapatkan harga promosi produk-produk SK dan ‘pre-order’ saja kepada kami. Cepat tau! Tempahan hanya bermula 26 April-6 Mei 2018 sahaja tau. Jangan lepaskan peluang keemasan ni! 🙂

#RoadtoRamadan #OnlineKanSenang

 

 

 

 

Peraduan Cabutan Bertuah pun ada bagi pembelian RM 300 ke atas. Haduah utam ialah Pakej Mengerjakan Ibadah Umrah! 🙂

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Langkah Mengatasi Perasaan Was-was Ketika Berwudu’ & Solat

Apa itu Was-was?

Was-was sebenarnya merupakan bisikan ke dalam jiwa dan pemikiran oleh syaitan yang menjadikan diri sentiasa tidak pasti yang telah dilakukan sejak peristiwa Adam dicampak ke bumi.

Berikut adalah beberapa langkah menghilangkan was-was ketika mahu mengambil wuduk dan menunaikan solat. Semoga bermanfaat buat semua.

#1 Amalkan Membaca Isti’azah & 3 ‘Qul’

  • Baca sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat dan sebelum tidur. Banyakkan membaca Al-Quran dan berdoa agar anda dijauhkan daripada bisikan syaitan, memohon kekuatan diri dan kemudahan semasa melakukan ibadah.
  • Tujuannya adalah untuk melemahkan syaitan dan memberi kekuatan kepada diri.
  • Boleh juga amalkan sebagai doa untuk menghalau syaitan.

Allah berfirman Surah Al-A’raf, ayat 200 yang bermaksud,

“Dan jika engkau dihasut oleh hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

#2 Tambahkan Ilmu Agama Dalam Diri Secara Berterusan

  • Ini membolehkan anda memahami hukum-hakam dan perkara yang boleh menghindarkan diri daripada rasa was-was.
  • Yakinkan diri bahawa minda anda sedang dikuasai oleh syaitan yang tugasnya adalah membuatkan anda berasa jemu melakukan ibadat sehingga anda tidak mahu melakukannya lagi.
  • Syaitan mempunyai tugas khas iaitu ia mahu anda menjerumuskan diri anda ke dalam neraka. Oleh itu, kuatkan minda anda serta meyakini yang boleh melaluinya.

#3 Semasa Mengambil Wuduk Dan Bersolat Tumpukan Perhatian Anda Sepenuhnya

  • Jangan melayan sebarang rasa yang menjentik hati anda yang cuba mengatakan wuduk anda ada kekurangan dan solat anda tidak diterima Allah. Kekuatan minda amat diperlukan pada masa ini.
  • Jika anda mula melayan perasaan anda, anda tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.
  • Oleh itu, jangan mengulang kembali wuduk atau perbuatan di dalam solat anda. Buat dan teruskan dengan yang lain.
  • Minta kepada Allah untuk menerima semua ibadah anda. Ingat, anda sedang melawan keburukan untuk mendapatkan kebaikan.

#4 Beritahu Keluarga Atau Rakan Anda Mengenai Masalah Anda

  • Sokongan daripada mereka sangatlah diperlukan. Tidak mustahil jika ada di antara mereka yang dapat memberikan jalan penyelesaian kepada anda.
  • Membaca artikel ini juga insyaAllah dapat membantu anda menangani masalah was-was. Ini juga bagi membantu orang lain yang mungkin keliru dengan masalah anda.

#5 Dapatkan Khidmat Kaunseling

  • Sekiranya anda masih tidak dapat selesaikan masalah was-was anda ini, cuba dapatkan khidmat kaunseling atau pakar psikologi.
  • Ini kerana was-was juga boleh dikaitkan dengan masalah psikologi yang digelar sebagai Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).
  • Bersemukalah dengan mereka dan berterus-terang dengan permasalahan anda. InsyaAllah, anda akan menemui jalan penyelesaiannya.

 

Apa yang penting, cekalkan hati dan sentiasa fokus dalam melakukan ibadah seharian kita. InsyaAllah, perasaan was-was itu akan dapat dibuang jauh-jauh! 🙂

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

p/s: Pssssttt….Ni nak bagitahu ni, Telekung Siti Khadijah dan Kartun Animasi, Omar & Hana akan ‘berkampung’  selama 4 hari bermula 26 April hingga 29 April 2018 sempena Fiesta Omar & Hana bersama Siti Khadijah.

Di mana? Haa jom datang bawa si kecil anda ke Centre Court, Alamanda Putrajaya ! Macam-macam aktiviti menanti anda. Pastinya juga #TeamSK akan memberi tawaran promosi yang istimewa sempena pengeluaran produk telekung kanak-kanak yang baru yang diberi nama Telekung Hana. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, kami tunggu anda di sana! 

 

 

 

 

 

 

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Perkara Yang Menjejaskan Ibadah Puasa Anda

 Haaa… Dah nak dekat bulan puasa ni kan? Ni nak pesan sikit ni… 🙂

Kita berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga semata-mata. Setiap amalan dan perbuatan kita juga memberi kesan kepada pahala puasa sama ada ianya membawa kebaikan dan menambah pahala atau sesuatu yang akan mengurangkan pahala puasa kita.

Kadang-kadang kita tak sedar kita mungkin pernah melakukan perkara-perkara ini. Jadi, di bulan Ramadan yang akan datang tidak lama lagi ni, jom sama-sama kita ubah tingkah laku kita dan sentiasa berjaga-jaga dalam setiap apa yang kita lakukan. Saya kongsikan di sini aku 10 perkara yang boleh rosakkan puasa kita. Semoga bermanfaat buat semua. 🙂
#1 Perkara Yang Terbit Dari Lidah / Mulut

  • Hindari daripada berbual yang terlampau tentang keduniaan, berdusta, mungkir janji, mendoakan dengan kejahatan, memaki hamun, bergurau dengan cara mengejek.
  • Jika ini yang anda lakukan ketika anda sedang berpuasa, anda tahu apa maknanya kan? Ianya hanya SIA-SIA!

#2 Penglihatan / Pandangan Mata

  • Menjaga pandangan mata adalah antara perkara yang susah untuk dibendung. Ada saja godaan syaitan yang membisik untuk melihat perkara-perkara yang dilarang seperti menonton filem yang kurang sopan atau lucah, melihat aurat orang lain, memandang seseorang dengan keinginan nafsu.
  • Apa yang boleh kita lakukan, cekalkan hati dan iman, ingat bahawa kita sedang berpuasa dan tundukkan pandangan mata kita agar terpelihara daripada melakukan dosa-dosa yang berkaitan dengan apa yang kita pandang.

#3 Perbuatan Yang Melibatkan Tangan

  • Jangan pernah terdorong untuk melakukan perbuatan tidak elok seperti mencuri, merompak, memukul orang atau haiwan, merosakkan harta benda dan segala perbuatan dilarang yang boleh dibuat menggunakan tangan.
  • Andai kata anda lakukan perkara berikut, puasa anda akan tersia begitu sahaja.

#4 Pendengaran / Telinga

  • Hindari daripada mendengar perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa seperti mendengar cerita keburukan orang lain, berita fitnah yang belum tahu kesahihannya, mendengar lagu yang melalaikan dan lain-lain yang berkaitan dengan pendengaran.
  • Senang cerita, jauhi daripada mendengar perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah.

#5 Perkara Yang Menggunakan Kaki

  • Antara perbuatan yang melibatkan kaki yang perlu kita jauhi bukan sahaja pada bulan puasa, malah pada setiap masa ialah  tempat-tempat hiburan, pusat perjudian, pesta-pesta yang melekakan, dan semua tempat yang bercampur lelaki dan perempuan.

#6 Mengisi Perut / Nafsu Makan

  • Keinginan mengisi perut dengan pelbagai juadah berbuka sehingga berlebih-lebihan akan membawa kepada pembaziran.
  • Membazir atau membuang makanan adalah tidak baik. Bukan kah membazir itu amalan syaitan? 🙂
  • Oleh itu, janganlah mengurangkan pahala puasa semasa sedang berbuka dengan mengikut apa yang perut kita inginkan.
  • Perut yang berpuasa jika diisi dengan sedikit makanan pun dah boleh rasa kenyang. Tak perlu ikut nafsu yang meminta dihidangkan pelbagai juadah sewaktu berbuka.

#7 Mendedahkan Aurat

  • Mendedahkan aurat bagi lelaki dan wanita hukumnya adalah haram dan berdosa.
  • Oleh itu, adalah dikira rosak puasa kita jika melakukan perkara yang memang sudah nyata diharamkan oleh Allah dan agama Islam.

#8 Meninggalkan Solat Fardhu

  • Orang yang meninggalkan sembahyang atau solat fardhu 5 waktu adalah telah melakukan dosa besar.
  • Orang yang berpuasa tapi tak solat tetap berdosa walaupun puasanya sah. Cuma, puasa orang yang tak sembahyang atau tak solat ni tiada nilainya di sisi Allah SWT.

Semoga kita sentiasa berhati-hati dan mengelak atau menjauhi perkara-perkara yang boleh rosakkan puasa Ramadan.

Puasa yang sempurna adalah apabila kita berjaya menguasai nafsu syahwat di bulan puasa, bukannya diri kita yang dikuasainya. Allahu’alam🙂

Kredit kepada: Kalam Insani

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Mudahnya Cara Untuk Sentiasa Mengingati Allah

Alpa. Itulah ungkapan yang sesuai buat kita hamba Allah yang terlalu mengejar kemewahan dunia. Dalam kita tidak sedar, sebenarnya semakin kita mendewakan keduniaan, semakin itu lah kita akan terasa jauh dari Allah. Benar atau tidak? Adakah kita sudah jalankan tugas sebagai hamba Allah dengan sebaik mungkin?

Sudah menjadi fitrah manusia itu tidak sempurna. Dalam kehidupan kita, pasti ada masanya kita akan rasa jauh dari Allah.

Bagaimana kita mahu rasa dekat dengan Allah? -Dengan sentiasa mengingatiNya. Berikut saya kongsikan cara mudah untuk kita sentiasa mengingati Allah.

#1  Solat Berjemaah

  • Solat merupakan perkara yang langsung diterima oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
  • Penerimaan solat juga merupakan satu rahmat daripada Allah kepada manusia sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Nabi Muhammad telah bersabda yang bermaksud;

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)”Riwayat Bukhari dan Muslim

#2  Berzikir

  • Dalam kehidupan seharian kita juga, usahalah untuk membaca zikir yang ringkas dan ringan di bibir kita.
  • Sebagai contoh yang senang, dalam perjalanan kita balik dari kerja atau kita sedang menuju ke sesebuah destinasi, kita boleh manfaatkan dengan membaca zikir dengan titipan di mulut kita.
  • Dengan berzikir, ia secara tidak langsung mengingatkan kita pada Allah. Kelebihan bila kita berzikir ialah Allah akan ingat kepadanya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 152 yang bermaksud;

“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.” Surah Al-Baqarah:152

#3  Berselawat

Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 56 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kami ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.”Surah Al-Ahzab:56

  • Selawat merupakan salah satu perkara yang sangat banyak kelebihan bila diucapkan atau dilafazkan.
  • Kelebihan terbesar ialah dengan berselawat, kita mampu untuk mendapatkan syafaat daripada Rasulullah SAW di akhirat kelak.
  • Di saat manusia berada dalam keadaan panas terik mentari di Padang Mahsyar, syafaat merupakan salah satu penyelamat kita.
  • Oleh sebab itu, perbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW di samping menyemai rasa cinta kepada Baginda.

#4  Istighfar

 

  • Dengan beristigfar dosa yang kita ada akan diampuni oleh Allah SWT.
  • Dengan berbekalkan rahmatNya, dengan beristigfar banyak kelebihan dan faedahnya. Kelebihan terbesar ialah bila dosa kita dihapuskan oleh Allah.

Allah SWT telah berjanji seperti di dalam sabda Baginda, Rasulullah SAW;

“Allah telah berfirman; “Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).”

Sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan sebenarnya dalam hidup kita untuk mendekatkan diri pada Allah. Namun ia berbalik kapda diri kita sebenarnya untuk melakukan atau tidak, dan ia mudah dilakukan dan senang diucapkan, tapi ia berat pada jiwa kita.

Berusahalah dengan seberapa daya mungkin. Kalau tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua. 🙂

 

Dapatkan koleksi Telekung Siti Khadijah sekarang dengan melayari www.sitikhadijah.com

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Mungkinkah Ramadan Tahun Ini Yang Terakhir Buat Kita?

Ramadan adalah bulan yang umat Islam sering nanti-nantikan. Namun pernah kita berfikir sejenak, adakah hari-hari yang berlalu kita telah merebut ganjaran yang disediakan atau ianya berlalu pergi dengan sia-sia seperti hari di bulan-bulan yang lain?

Ambil peluang untuk melipatgandakan dan memperbaiki amalan kita di bulan Ramadan pada tahun ini. Sudah tentu kita tidak mahu lepaskan peluang melakukan amalan-amalan berikut bagi mendapatkan ganjaran yang yang telah dijanjikan Allah:-



#1 Bulan Ramadan adalah bulan di mana amalan kita akan dilipatgandakan Banyakkanlah bersedekah dan berinfaq di jalan Allah.


#2 Bulan di mana Allah ampunkan dosa-dosa yang lalu.


#3 Di bulan Ramadan jugalah Al-Quran diturunkan, maka perbanyakkanlah amalan membaca Quran.


#4 Ramadan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat dan waktu yang mustajab untuk berdoa. Maka perbanyakkanlah doa kita. InsyaAllah, Allah akan makbulkan jika kita betul-betul ikhlas.


#5 Bulan Ramadan juga ditunggu-tunggu kerana ada nya solat sunat terawih. Pastikan kita melakukan solat sunat terawih dan jangan kita dilepaskan peluang ibadah yang istimewa ini.

 

Ayuh bersama kita tingkatkan amalan di Ramadan ini kerana belum tentu kita dapat bertemu dengan Ramadan tahun hadapan. Dan, mungkinkah in Ramadan yang terakhir buat kita?

Dapatkan promosi istimewa Siti Khadijah sempena menyambut bulan Ramadan ini. Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Ibadah terawih lebih bermakna dengan Telekung Siti Khadijah!

Sedar tidak sedar, bulan mulia, iaitu bulan Ramadan sudah kian hampir menerpa kita. Teruja kah kita untuk menyambut bulan Ramadan Al Mubarak ini? Saya sudah semestinya tidak sabar untuk bertemu Ramadan dan berlumba-lumba untuk melakukan amalan pada bulan puasa ini.

 

Anda pula bagaimana? Kongsikan di ruangan komen di bawah ya! 🙂

Jadi, apabila kita berbicara tentang bulan Ramadan, sudah pasti lah tuntutan rukun Islam ke-3 iaitu sebulan berpuasa harus dilaksanakan seluruh umat Islam. Pastinya apabila sebulan berpuasa di bulan Ramadan akan membawa seribu satu makna buat kita semua. Haaaa..jangan lupa untuk tunaikan solat sunat terawih setelah selesai berbuka puasa!

 

Bagi kaum Hawa yang belum berkesempatan untuk merasai keselesaan Telekung Siti Khadijah, INILAH MASANYA!

 

Keselesaan ketika beribadah merupakan elemen yang penting untuk mendapatkan khusyuk kepada Allah. Kualiti premium telekung Siti Khadijah yang diperbuat daripada fabrik cotton-feel membuatkan anda berasa tidak panas dan selesa sepanjang ibadah terawih di bulan Ramadan ini.

 

Berita baik juga kepada kaum Hawa sekalian! Siti Khadijah akan jalankan promosi istimewa sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan. Bukan sahaja produk telekung, anda juga boleh dapatkan aksesori wanita seperti beg, stokin kaki dan tangan, jubah, baju kurung dan banyak lagi. Bagi kaum Adam pula, jangan risau! Siti Khadijah juga mengeluarkan produk premium buat kaum Adam seperti, kemeja Adam dan kain ihram.

 

Antara promosi dan koleksi Siti Khadijah khas untuk pelanggan setia Siti Khadijah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan~

Telekung TPO 2.0

Shawl Paisley

Brooch eksklusif Siti Khadijah~

Kini anda boleh dapatkan produk-produk Siti Khadijah dengan harga diskaun secara dalam talian di www.sitikhadijah.com. Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Menghargai Peristiwa Isra’ & Mikraj

Bukankah Allah menjadikan sesuatu itu penuh dengan hikmah dan pengajaran buat hambaNya? Itulah yang kita perlu gambarkan apabila memahami dan berbicara tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj. Benar, sukar untuk kita percaya. Namun, itulah kuasa Allah. Sebagai umat islam di dunia ini, kita perlu menghargai dan jadikan panduan hidup tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Apakah Isra’ dan Mikraj?

 

Isra’

 Perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.

Mikraj

Perjalanan Baginda s.a.w. dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh

 

Beberapa perkara yang perlu kita hargai daripada peristiwa Isra’ dan Mikraj …

#1 Israk Mikraj Adalah Perjalanan Yang Nyata

  • Peristiwa iaitu perjalanan dan pengalaman Nabi Allah Muhammad, di mana Rasulullah telah mendapatkan perintah secara langsung tanpa perantara dalam suruhan mengerjakan solat 5 waktu
  • Bukti penurunan wahyu yang berbeza daripada wahyu-wahyu yang lain.

#2 Tanda Kekuasaan Allah 

  • Peristiwa Isra’ dan Mikraj menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah dengan menjadikan sebuah peristiwa yang boleh dianggap ganjil dan hebat pada masa yang sama.
  • Di sini kita harus percaya bahawa apa sahaja pasti akan terjadi dengan kehendak dan izin Allah.

Allah berfirman Surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud,

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

#3 Bentuk Kemuliaan Allah S.W.T Kepada Rasulullah 

  • Pelbagai ujian melanda Rasulullah sebelum terjadinya peristiwa Isra’ dan Mikraj.
  • Sebagai contoh, Rasulullah pernah diusir oleh penduduk di Thaif, dan kehilangan 2 orang penting dalam hidup baginda iaitu isteri, Siti Khadijah dan bapa saudara, Abu Thalib.
  • Jadi, peristiwa Isra’ dan Mikraj adalah sebagai hadiah dan pengganti kepada baginda.

#4 Bukti Kerasulan Nabi Muhammad 

  • Kekuasaan Allah juga bertujuan mengukuhkan kerasulan Rasulullah.
  • Isra’ dan Mikraj juga diciptakan untuk memuliakan Rasulullah sebagai seorang Rasul.
  • Ianya bertujuan mempersiapkan kekuatan jasad, jasmani dan rohaniah Rasulullah dalam menjalankan tugas kenabian baginda.

#5 Perintah Didirikan Solat Lima Waktu

  • Perintah ini adalahsecara langsung diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad tanpa perantara.
  • Pada mulanya Allah menetapkan untuk mengerjakan solat 50 waktu, namun dikurangkan kepada 5 waktu selepas dipohon Rasulullah untuk pengurangan waktu solat.
  • Perintah solat 5 waktu dipegang erat Rasulullah dan baginda menitikberatkan kepada umat baginda supaya tidak meninggalkan solat 5 waktu kerana solat adalah tiang agama.

Subhanallah! Banyak pengajaran dan hikmah yang boleh kita ambil daripada peristiwa Isra’ dan Mikraj ini 🙂

Jadi sebagai umat Islam umumnya, dan pengikut Nabi Muhammad s.a.w khususnya haruslah kita jadikan peristiwa ini sebagai pangajaran utama dalam mengejar ibadah terutamanya dalam mendirikan solat lima waktu. Semoga bermanfaat buat semua. Allahua’lam.

 

Kredit: Tazkirah.net

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Telekung & Aurat?

Apabila kita berbicara tentang aurat, ianya boleh dikatakan sejauh mana kita dapat menjaga batasan tubuh yang telah ditetapkan Islam. Jika dengan menggunakan kain kita dapat menutup aurat, maka kain lah yang kita wajib gunakan. Jika perlu menggunakan plastik untuk menutup aurat (dengan syarat plastik itu menepati kaedah menutup aurat), maka wajib lah menutup aurat dengan plastik. Itu baru bab aurat sesama manusia.


Bagaimana pula aurat dengan Allah?

  • Wajib menutup aurat semasa solat dan melakukan ibadah Haji/Umrah



Situasi 1
Seorang lelaki yang solat secara sendiri di dalam  bilik, sah solatnya walaupun hanya memakai kain pelikat tanpa berbaju dan menampakkan bulu ketiak semasa mengangkat takbir. Solatnya juga sah jika memakai seluar yang menutupi aurat antara pusat dan lutut. Begitu juga jika lelaki itu solat di masjid, sah solatnya yang memakai kain atau seluar bermuda semata2, namun ada isu lain yang perlu dititikberatkan.

 

Situasi 2
Bagi kaum Hawa yang menunikan solat, sekalipun anda memakai telekung putih yang tebal dan mengikut batasan yang ditetapkan syarak, bukan semua tempat anda  boleh bersolat sekalipun tempat itu suci bersih lagi murni. Sebagai contoh, solat di depan lelaki bukan mahram.. sekalipun beliau sudah menutup aurat, namun ianya tetap tidak manis di pandang orang dan akan menimbulkan fitnah.

Maka, masalahnya di sini bukanlah jika dipakai ketika solat kerana wanita memang solat di bilik atau ruang muslimah). Ia cuma menjadi masalah jika telekung yang dipakai jelas menampakkan aurat kita. Oleh itu, jenis kain dan kualiti telekung harus di ambil perhatian oleh Kaum Hawa bagi mengelakkan dari sebarang maksiat (menampakkan aurat/bentuk tubuh). Moga bermanfaat buat semua. Allahua’lam. 🙂

 

Dapatkan koleksi telekung Siti Khadijah di www.sitikhadijah.com


 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Cerita Tentang Telekung…?

Saya tertarik membaca sebuah nukilan daripada seorang Muslimah yang menceritakan pelbagai perihal telekung oleh kebanyakan Muslimah di Malaysia. Jom kita hayati dan ambil iktibar atas perkongsian ‘sis’ ni. Apa yang penting, sentiasa positif dalam kehidupan kita.  Moga bermanfaat buat semua~

 

CERITA TELEKUNG…

Assalamualaikum semua. Aku buat luahan ni sebab dah lama aku pendam sejak zaman budak lagi. Makin lama aku membesar, benda ni tak pernah berubah. niat aku disini tidak lah untuk memburukkan mana-mana pihak mahupun membuka aib. Tapi aku cuma nak tegur sikit. Aku tak berkata aku ni insan yg baik dan mulia. Kita sama2 tegur sesama kita..

Aku nak bercakap tentang perempuan. Ye. Perempuan. Aku hormat dan salute bila aku nampak perempuan solat. Especially orang yg suka solat awal waktu. You’ve earned my respect. Tapi satu benda aku terkilan. Sifat sesetengah mereka semasa solat.

Sejak kecil, aku memang selalu travel pergi sana pergi sini. Singgah mana2 surau atau masjid bila masuk waktu dan mana-mana aku pergi, aku akan jumpa sejenis manusia ni. Bab wudhu, tak pernah menghampakan. aku selalu nampak perempuan-perempuan yang bermake up tu selalunya bersihkan dulu make up diorang. Tapi bila start solat. itu menghampakan. Some of this people aku rasa macam “ermm.. kenapa laa kau macam ni..” then aku terus rasa bersalah. tak baiknya fikir macam tu.

1. Solat berdekatan rak telekung
Ya betul. senang kita nak ambil sidai telekung bila kita kat sebelah rak. But have you ever considered how everyone else yg nak ambil telekung? Macam mana kadang sampai terpusing2 badan kena menyelit sebab takut terlanggar awak yg tengah solat tu. Awak bukannya kat rumah awak. bukan dalam bilik awak. Nak tegur rasa tak sopan. Tapi susah kami nak ambil-sidai telekung dengan sejadah. Dah berhimpit. Nak kena aku yan g gemuk ni duk terl anggar2 rak dengan ampai tu. So, jomlah.. bila nak solat.. berikan sedikit ruang untuk memudahkan orang lain. Dapat ketengah sikit pun takpe.

2. Bacaan solat seperti menjadi Imam
Sesetengah orang ni bila kita duk kat sebelah dia.. psshhhyyyttt… phsshhuuuiiiish.. pusshhhsuiuu.. ya Allah jahatnya aku tapi awak tahu tak benda tu buat hati aku rasa tak tenang. Betul, solat kena dengar apa yg kita baca tapi agak2. Kita kat sebelah ni rasa terganggu sebenarnya. Bisiklah sesama diri awak sendiri.

3. Solat seperti sejadah ada 1000 helai
Ni paling aku menyampah. Selalu jumpa mak bawak anak2 kecil ajak mereka solat sekali. tak salah kak oii.. tapi sejadah tu kongsi ler. Dah anak 3 pastu sorang satu sejadah masuk akak dah 4. Ni bukan masjid yg ada carpet Boleh kongsi sejadah tu kan. Anak-anak awak badan kecik-kecik lagi. Tu baru mak orang. Yang bukan mak orang pun boleh tahan especially masa peak hour macam maghrib. Selalunya surau-surau kat RNR atau plaza-plaza tol ni penuh. Awak dah nampak ramai orang, share ler sejadah tu. Memang nampak orang tak mintak tapi bila kita bentang je melintang, ada je orang akan datang sebelah kita. Ini tidak. Dipakainya sorang.

4. Solat tengah-tengah dunia.
Kalau di masjid, it’s okay. Tapi kat tempat yg kecik2 tu.. Allahu.. Aku tak maksud kena solat berhimpit tepi dinding. Tapi maksud aku, kalau orang dah beratur buat saf sebaris, awak solat ler sebelah orang tu. Ini idok. Dah ler jauh, pastu orang nak nyelit antara awak dengan orang lain pun tak boleh.

5. Tak reti letak balik sejadah dan telekung di tempatnya
Dengar bunyi kelakar kan.. tapi benda ni realiti. Everywhere i go.. aku akan jumpa. Tak payah jauh, kat stesen minyak tempat aku kerja tu pun dah jumpa. awak guna sejadah-telekung tu, lepas guna, letak ler balik elok-elok. Ini tak, kalau ampai tu ada 5 baris, dia longgok je atas ampai tu. Campur sejadah dengan telekung. Sejadah tu kan tempat kita buat alas. Kadang ada tinggal je kat tempat dia solat tu, gulung ngan sejadah pastu tinggal. Kat rumah awak buat macam tu ke. Tak sangka serabai dan selekeh awak-awak ni. Letak ler elok-elok, kemas-kemas. Kan cantik. Sedap je mata memandang. Memang lah orang lain akan guna lepas awak guna.. tapi tunjukkan imej Islam awak tu. Ada jugak yg telekung elok rapi dia susun tapi sejadah biar terbentang. Babe, guna akal lah sikit. Sidai je lah. Ntah nanti ada cicak ke apa ke taik dia terjatuh. Kita bukan tahu.

6. Guna sejadah buat alas bayi
Yang ni melampau. Awak tahu awak ada anak kecik, letak lah high expectation. Setahu aku lah.. ibu-ibu ni memang dah ready barang baby. Yg aku tak tahan, dia boleh guna sejadah buat alas tukar pampers baby dia. Tak kira lah anak kau dah mummayiz ke belum, tapi kan tak elok. awak nak basuh bahan buangan anak awak kat atas sejadah? Really? Ada lah satu hari tu kat stesen, aku tak sedar pun. Akak ni pergi basuh berak anak dia beralaskan sejadah. Ada customer perasan. Customer tu yg sound dia. Kuikuikui. Dia cakap, “takde otak. Kan orang buat solat. Orang nak solat pun tak rasa senang” Dengan aku sekali dengar dia bebel. Nak nak tu terkena pulak taik anak dia sikit. Dia just basuh sikit guna air. Pastu tinggal atas tembok amik wudhu. Terus kena sound dengan customer tu. Dengan aku sekali terdiam. Aku suruh customer tu rilek, aku cakap nanti aku bersihkan semula.

7. Allah no 1, telefon no 2
Sesetengah orang ni. dah tau ada call, pergi lah duk angkat call kat luar. Dalam surau-masjid tu hold dulu lah. kan dalam tu senyap. orang cuba untuk khusyuk.. kalau awak angkat call, dengar satu tempat solat tu tau. pernah sekali aku berhenti solat waktu zohor di RNR Dengkil, aku rasa budak ni sekolah lagi. dia dapat call, terus angkat. nak tahu pasal apa? dia ajar budak yang dia tengah on call tu formula panjang. dari KM ke Meter, Meter ke CM, siap bagi example. suara budak ni lantang. memang dengar satu surau. waktu aku tengah solat. habis je solat, dia pun habis bercakap kat telefon. hmm

Sekian, ini luahan aku. 

Demikian nukilan daripada saudari Ann tentang pelbagai situasi tentang telekung dan kelakuan masyarakat Malaysia. Semoga apa yang baik mitu kita jadikan panduan dan ikutan dan yang tidak baik itu kita buang/hindari jauh-jauh ya! 🙂 Allahua’lam.

 

Apa pula cerita anda menggunakan Telekung Siti Khadijah? Komen di ruangan bawah! 🙂

 

Kredit: IIUMC.Com

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Sujud Atas Telekung Sendiri?

Kebanyakan Muslimah, khususnya di Malaysia menggunakan telekung sebagai kelengkapan ibadah solat mereka. Seringkali saya mendengar tentang persoalan tentang apakah hukum jika kaum Hawa sujud atas telekung sendiri.  Pada entri kali ini, saya kongsikan serba sedikit jawapan kepada persoalan yang sering ditanya oleh Muslimah.

Sujud merupakan rukun solat dan antara syarat sah sujud, adalah wajib mendedahkan sekurang-kurangnya bahagian dari dahi agar menyentuh di tempat sujud.

 

 

Imam Ibnu Hajar pernah menulis di dalam karangan “al-Minhaj al-Qawin” yang bermaksud:

“Syaratnya(sujud) tidak sujud atas sesuatu yang ditanggung olehnya atau yang bersambung dengannya yang mana ia bergerak dengan gerakannya ketika berdiri dan duduk. Jika seseorang itu sujud di atasnya secara sengaja dan tahu(tidak jahil) maka batal solatnya. Jika tidak (sengaja atau jahil) maka wajib dia mengulangi sujud”.

  • Maka jelaslah untuk kita ketahui bahawa automatik solat kita menjadi tidak sah jika kita sujud di atas telekung sendiri
  • Kenapa? Ini disebabkan telekung yang dipakai sudah bersambung dengan dirinya, secara tidak langsung telah bergerak dengan pergerakannya.

Contoh-contoh lain untuk lebih mudah difahami?

  • Seperti seorang wanita sujud di atas hujung kainnya yang labuh, di mana pergerakan dirinya tidak memberi kesan pada hujung kainnya. Maka sujud nya SAH dan tidak terbatal solatnya.

 

  • Dalam situasi lain, terdapat seorang Muslimah yang sedang solat berjemaah. Kemudian, dia telah sujud atas telekung kain jemaah sebelahnya. Oleh itu sjudnya tetap SAH. Ini disebabkan kerana bersujudnya dia di atas sesuatu yang tidak bergerak dengannya gerakannya dan bukan di atas tanggungannya.

Haa, dah tahu kan apa hukumnya? Sebarkan kepada rakan taulan dan saudara yang belum mengetahuinya lagi ya! Semoga kita mendapat keberkatan dalam beribadah kepada Allah. 🙂

 

Sujud lebih selesa tanpa meninggalkan kesan pada dahi anda dengan menggunakan Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE