4 Cara Merapatkan Kasih Sayang Dalam Institusi Kekeluargaan

Sudah menjadi dambaan setiap manusia untuk mendapatkan kasih sayang dan belaian dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Namun, kasih sayang yang kian pudar daripada ibu bapa kini seakan telah menjadi kebiasaan di Malaysia. Ada yang sibuk mengejar pangkat dan kedudukan, sehingga mereka  lupa akan kewajipan dan tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak.

Satu kurniaan Allah kepada ibu bapa ialah perasaan kasih kepada anak-anak, simpati kepada mereka serta melayani mereka dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Ianya pasti akan mendatangkan kesan positif kepada kehidupan  anak-anak agar mereka membesar sebagai manusia yang bersyukur kepada penciptanya.

 

Ibu-bapa yang mencerminkan akhlak yang mulia kepada anak-anak, sekali gus menjadikan mereka manusia yang berbudi dan bersantun kepada kedua orang tuanya. 🙂

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,

“Bukanlah daripada golongan kami sesiapa yang tidak merasa kasihan belas kepada kanak-kanak kami (golongan kecil kami) dan tidak mengetahui hak orang-orang tua kami (tidak menghormati golongan tua kami” (Hadis Riwayat Abu Daud & At-Tirmizi)

Antara tips bagi mengukuhkan kasih sayang sesebuah keluarga ialah:

1. Mendidik & Memberi Segala Keperluan Asas

  • Tunaikan nafkah untuk kehidupan anak-anak seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan juga pendidikan
  • Anda rasa itu cukup? Ada lagi. Penting untuk kita memberi anak-anak ‘nafkah’ kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya bagi tahp perkembangan yang terbaik untuk masa depan mereka.

2. Mengasihi & Dikasihi

  • Anak yang dibesarkan dengan perasaan kasih sayang akan membesar menjadi manusia yang lebih menghargai orang lain.
  • Mereka juga akan mengasihi orang lain sebagaimana ibu-bapa mereka memberi kasih sayang ketika mereka sedang memerlukan

3. Sempurnakan Fitnah Kehidupan

  • 5 keperluan iaitu fitah manusia di dunia ini yakni  kasih sayang, keseronokan, kebebasan, penghargaan, dan keperluan untuk hidup
  • Jika tidak mampu menunaikan semuanya, kita cuba untuk mendapatkan salah satu darinya demi mencapai hubungan kasih sayang antara keluarga yang lebih utuh dan berkekalan selamanya.

4. Dekati Dengan Penuh Kasih Sayang

  • Ketahuilah, tidak menguntungkan bagi ibu-bapa yang terlalu sibuk dengan kehidupan sosial sehingga mengabaikan kasih sayang dan kasih sayang kepada anak dan keluarga.
  • Apa kesannya? – Kebergantungan anak kepada orang lain (rakan-rakan, saudara-mara)
  • Apa yang membimbangkan adalah jika mereka salah memilih rakan dan akan memilih jalan kejahatan dan semakin jauh dengan Allah, serta akan memudaratkan diri sendiri.

Jadi konklusinya, doa dan harapan yang digantungkan kepada Allah menjadi penawar kedukaan jiwa akibat kealpaan anda ibu bapa sepanjang lalai dalam menjalankan tanggungjawab mengasihi anak-anak. Allahua’lam. 🙂

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

Rapatkan hubungan kekeluargaan dengan mengajak isteri dan anak-anak solat berjemaah~ Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply