Sujud Atas Telekung Sendiri?

Kebanyakan Muslimah, khususnya di Malaysia menggunakan telekung sebagai kelengkapan ibadah solat mereka. Seringkali saya mendengar tentang persoalan tentang apakah hukum jika kaum Hawa sujud atas telekung sendiri.  Pada entri kali ini, saya kongsikan serba sedikit jawapan kepada persoalan yang sering ditanya oleh Muslimah.

Sujud merupakan rukun solat dan antara syarat sah sujud, adalah wajib mendedahkan sekurang-kurangnya bahagian dari dahi agar menyentuh di tempat sujud.

 

 

Imam Ibnu Hajar pernah menulis di dalam karangan “al-Minhaj al-Qawin” yang bermaksud:

“Syaratnya(sujud) tidak sujud atas sesuatu yang ditanggung olehnya atau yang bersambung dengannya yang mana ia bergerak dengan gerakannya ketika berdiri dan duduk. Jika seseorang itu sujud di atasnya secara sengaja dan tahu(tidak jahil) maka batal solatnya. Jika tidak (sengaja atau jahil) maka wajib dia mengulangi sujud”.

  • Maka jelaslah untuk kita ketahui bahawa automatik solat kita menjadi tidak sah jika kita sujud di atas telekung sendiri
  • Kenapa? Ini disebabkan telekung yang dipakai sudah bersambung dengan dirinya, secara tidak langsung telah bergerak dengan pergerakannya.

Contoh-contoh lain untuk lebih mudah difahami?

  • Seperti seorang wanita sujud di atas hujung kainnya yang labuh, di mana pergerakan dirinya tidak memberi kesan pada hujung kainnya. Maka sujud nya SAH dan tidak terbatal solatnya.

 

  • Dalam situasi lain, terdapat seorang Muslimah yang sedang solat berjemaah. Kemudian, dia telah sujud atas telekung kain jemaah sebelahnya. Oleh itu sjudnya tetap SAH. Ini disebabkan kerana bersujudnya dia di atas sesuatu yang tidak bergerak dengannya gerakannya dan bukan di atas tanggungannya.

Haa, dah tahu kan apa hukumnya? Sebarkan kepada rakan taulan dan saudara yang belum mengetahuinya lagi ya! Semoga kita mendapat keberkatan dalam beribadah kepada Allah. 🙂

 

Sujud lebih selesa tanpa meninggalkan kesan pada dahi anda dengan menggunakan Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply