Menghargai Peristiwa Isra’ & Mikraj

Bukankah Allah menjadikan sesuatu itu penuh dengan hikmah dan pengajaran buat hambaNya? Itulah yang kita perlu gambarkan apabila memahami dan berbicara tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj. Benar, sukar untuk kita percaya. Namun, itulah kuasa Allah. Sebagai umat islam di dunia ini, kita perlu menghargai dan jadikan panduan hidup tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Apakah Isra’ dan Mikraj?

 

Isra’

 Perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.

Mikraj

Perjalanan Baginda s.a.w. dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh

 

Beberapa perkara yang perlu kita hargai daripada peristiwa Isra’ dan Mikraj …

#1 Israk Mikraj Adalah Perjalanan Yang Nyata

  • Peristiwa iaitu perjalanan dan pengalaman Nabi Allah Muhammad, di mana Rasulullah telah mendapatkan perintah secara langsung tanpa perantara dalam suruhan mengerjakan solat 5 waktu
  • Bukti penurunan wahyu yang berbeza daripada wahyu-wahyu yang lain.

#2 Tanda Kekuasaan Allah 

  • Peristiwa Isra’ dan Mikraj menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah dengan menjadikan sebuah peristiwa yang boleh dianggap ganjil dan hebat pada masa yang sama.
  • Di sini kita harus percaya bahawa apa sahaja pasti akan terjadi dengan kehendak dan izin Allah.

Allah berfirman Surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud,

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

#3 Bentuk Kemuliaan Allah S.W.T Kepada Rasulullah 

  • Pelbagai ujian melanda Rasulullah sebelum terjadinya peristiwa Isra’ dan Mikraj.
  • Sebagai contoh, Rasulullah pernah diusir oleh penduduk di Thaif, dan kehilangan 2 orang penting dalam hidup baginda iaitu isteri, Siti Khadijah dan bapa saudara, Abu Thalib.
  • Jadi, peristiwa Isra’ dan Mikraj adalah sebagai hadiah dan pengganti kepada baginda.

#4 Bukti Kerasulan Nabi Muhammad 

  • Kekuasaan Allah juga bertujuan mengukuhkan kerasulan Rasulullah.
  • Isra’ dan Mikraj juga diciptakan untuk memuliakan Rasulullah sebagai seorang Rasul.
  • Ianya bertujuan mempersiapkan kekuatan jasad, jasmani dan rohaniah Rasulullah dalam menjalankan tugas kenabian baginda.

#5 Perintah Didirikan Solat Lima Waktu

  • Perintah ini adalahsecara langsung diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad tanpa perantara.
  • Pada mulanya Allah menetapkan untuk mengerjakan solat 50 waktu, namun dikurangkan kepada 5 waktu selepas dipohon Rasulullah untuk pengurangan waktu solat.
  • Perintah solat 5 waktu dipegang erat Rasulullah dan baginda menitikberatkan kepada umat baginda supaya tidak meninggalkan solat 5 waktu kerana solat adalah tiang agama.

Subhanallah! Banyak pengajaran dan hikmah yang boleh kita ambil daripada peristiwa Isra’ dan Mikraj ini 🙂

Jadi sebagai umat Islam umumnya, dan pengikut Nabi Muhammad s.a.w khususnya haruslah kita jadikan peristiwa ini sebagai pangajaran utama dalam mengejar ibadah terutamanya dalam mendirikan solat lima waktu. Semoga bermanfaat buat semua. Allahua’lam.

 

Kredit: Tazkirah.net

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply