Mudahnya Cara Untuk Sentiasa Mengingati Allah

Alpa. Itulah ungkapan yang sesuai buat kita hamba Allah yang terlalu mengejar kemewahan dunia. Dalam kita tidak sedar, sebenarnya semakin kita mendewakan keduniaan, semakin itu lah kita akan terasa jauh dari Allah. Benar atau tidak? Adakah kita sudah jalankan tugas sebagai hamba Allah dengan sebaik mungkin?

Sudah menjadi fitrah manusia itu tidak sempurna. Dalam kehidupan kita, pasti ada masanya kita akan rasa jauh dari Allah.

Bagaimana kita mahu rasa dekat dengan Allah? -Dengan sentiasa mengingatiNya. Berikut saya kongsikan cara mudah untuk kita sentiasa mengingati Allah.

#1  Solat Berjemaah

  • Solat merupakan perkara yang langsung diterima oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
  • Penerimaan solat juga merupakan satu rahmat daripada Allah kepada manusia sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Nabi Muhammad telah bersabda yang bermaksud;

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)”Riwayat Bukhari dan Muslim

#2  Berzikir

  • Dalam kehidupan seharian kita juga, usahalah untuk membaca zikir yang ringkas dan ringan di bibir kita.
  • Sebagai contoh yang senang, dalam perjalanan kita balik dari kerja atau kita sedang menuju ke sesebuah destinasi, kita boleh manfaatkan dengan membaca zikir dengan titipan di mulut kita.
  • Dengan berzikir, ia secara tidak langsung mengingatkan kita pada Allah. Kelebihan bila kita berzikir ialah Allah akan ingat kepadanya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 152 yang bermaksud;

“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.” Surah Al-Baqarah:152

#3  Berselawat

Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 56 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kami ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.”Surah Al-Ahzab:56

  • Selawat merupakan salah satu perkara yang sangat banyak kelebihan bila diucapkan atau dilafazkan.
  • Kelebihan terbesar ialah dengan berselawat, kita mampu untuk mendapatkan syafaat daripada Rasulullah SAW di akhirat kelak.
  • Di saat manusia berada dalam keadaan panas terik mentari di Padang Mahsyar, syafaat merupakan salah satu penyelamat kita.
  • Oleh sebab itu, perbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW di samping menyemai rasa cinta kepada Baginda.

#4  Istighfar

 

  • Dengan beristigfar dosa yang kita ada akan diampuni oleh Allah SWT.
  • Dengan berbekalkan rahmatNya, dengan beristigfar banyak kelebihan dan faedahnya. Kelebihan terbesar ialah bila dosa kita dihapuskan oleh Allah.

Allah SWT telah berjanji seperti di dalam sabda Baginda, Rasulullah SAW;

“Allah telah berfirman; “Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).”

Sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan sebenarnya dalam hidup kita untuk mendekatkan diri pada Allah. Namun ia berbalik kapda diri kita sebenarnya untuk melakukan atau tidak, dan ia mudah dilakukan dan senang diucapkan, tapi ia berat pada jiwa kita.

Berusahalah dengan seberapa daya mungkin. Kalau tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua. 🙂

 

Dapatkan koleksi Telekung Siti Khadijah sekarang dengan melayari www.sitikhadijah.com

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply