Langkah Mengatasi Perasaan Was-was Ketika Berwudu’ & Solat

Apa itu Was-was?

Was-was sebenarnya merupakan bisikan ke dalam jiwa dan pemikiran oleh syaitan yang menjadikan diri sentiasa tidak pasti yang telah dilakukan sejak peristiwa Adam dicampak ke bumi.

Berikut adalah beberapa langkah menghilangkan was-was ketika mahu mengambil wuduk dan menunaikan solat. Semoga bermanfaat buat semua.

#1 Amalkan Membaca Isti’azah & 3 ‘Qul’

  • Baca sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat dan sebelum tidur. Banyakkan membaca Al-Quran dan berdoa agar anda dijauhkan daripada bisikan syaitan, memohon kekuatan diri dan kemudahan semasa melakukan ibadah.
  • Tujuannya adalah untuk melemahkan syaitan dan memberi kekuatan kepada diri.
  • Boleh juga amalkan sebagai doa untuk menghalau syaitan.

Allah berfirman Surah Al-A’raf, ayat 200 yang bermaksud,

“Dan jika engkau dihasut oleh hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

#2 Tambahkan Ilmu Agama Dalam Diri Secara Berterusan

  • Ini membolehkan anda memahami hukum-hakam dan perkara yang boleh menghindarkan diri daripada rasa was-was.
  • Yakinkan diri bahawa minda anda sedang dikuasai oleh syaitan yang tugasnya adalah membuatkan anda berasa jemu melakukan ibadat sehingga anda tidak mahu melakukannya lagi.
  • Syaitan mempunyai tugas khas iaitu ia mahu anda menjerumuskan diri anda ke dalam neraka. Oleh itu, kuatkan minda anda serta meyakini yang boleh melaluinya.

#3 Semasa Mengambil Wuduk Dan Bersolat Tumpukan Perhatian Anda Sepenuhnya

  • Jangan melayan sebarang rasa yang menjentik hati anda yang cuba mengatakan wuduk anda ada kekurangan dan solat anda tidak diterima Allah. Kekuatan minda amat diperlukan pada masa ini.
  • Jika anda mula melayan perasaan anda, anda tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.
  • Oleh itu, jangan mengulang kembali wuduk atau perbuatan di dalam solat anda. Buat dan teruskan dengan yang lain.
  • Minta kepada Allah untuk menerima semua ibadah anda. Ingat, anda sedang melawan keburukan untuk mendapatkan kebaikan.

#4 Beritahu Keluarga Atau Rakan Anda Mengenai Masalah Anda

  • Sokongan daripada mereka sangatlah diperlukan. Tidak mustahil jika ada di antara mereka yang dapat memberikan jalan penyelesaian kepada anda.
  • Membaca artikel ini juga insyaAllah dapat membantu anda menangani masalah was-was. Ini juga bagi membantu orang lain yang mungkin keliru dengan masalah anda.

#5 Dapatkan Khidmat Kaunseling

  • Sekiranya anda masih tidak dapat selesaikan masalah was-was anda ini, cuba dapatkan khidmat kaunseling atau pakar psikologi.
  • Ini kerana was-was juga boleh dikaitkan dengan masalah psikologi yang digelar sebagai Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).
  • Bersemukalah dengan mereka dan berterus-terang dengan permasalahan anda. InsyaAllah, anda akan menemui jalan penyelesaiannya.

 

Apa yang penting, cekalkan hati dan sentiasa fokus dalam melakukan ibadah seharian kita. InsyaAllah, perasaan was-was itu akan dapat dibuang jauh-jauh! 🙂

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

p/s: Pssssttt….Ni nak bagitahu ni, Telekung Siti Khadijah dan Kartun Animasi, Omar & Hana akan ‘berkampung’  selama 4 hari bermula 26 April hingga 29 April 2018 sempena Fiesta Omar & Hana bersama Siti Khadijah.

Di mana? Haa jom datang bawa si kecil anda ke Centre Court, Alamanda Putrajaya ! Macam-macam aktiviti menanti anda. Pastinya juga #TeamSK akan memberi tawaran promosi yang istimewa sempena pengeluaran produk telekung kanak-kanak yang baru yang diberi nama Telekung Hana. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, kami tunggu anda di sana! 

 

 

 

 

 

 

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply