Nak Bersedekah Tidak Semestinya Menggunakan Wang Semata-mata…

Sedekah merupakan suatu amalan yang mulia dan di pandang tinggi oleh Allah. Sedekah juga merupakan perkara yang dituntut oleh Islam. Pastinya besar ganjaran bagi yang gemar bersedekah kerana Allah. Sebagai contohnya, mati seorang yang suka bersedekah akan berada dalam keadaan Husnul Khatimah dan akan terhapus sikap sombong nya.

Kita selalu kaitkan sedekah dengan wang ringgit, betul tak?

Penting untuk kita faham konsep bersedekah itu sendiri. Ramai dalam kalangan kita yang masih beranggapan bahawa jika ingin bersedekah, kita mestilah berduit dan ‘hidup senang’ terlebih dahulu. Wahai umat Islam, jangan sempitkan pemikiran anda, kerana sesungguhnya konsep bersedekah itu kan luas? 🙂 

Berikut saya kongsikan 4 cara bersedekah secara kreatif. Semoga bermanfaat buat semua.

1. Sedekah Sabun Basuh Tangan/Pewangi

 

  • Susah untuk kita jumpa pewangi/sabun basuh tangan di tandas-tandas masjid atau surau sekarang, kan?
  • Namun tidaklah semua masjid tidak mempunyai sabun atau pewangi tandas, namun ianya jarang kelihatan. Sampaikan kadang-kadang tandas-tandas di masjid ini ada yang berbau, walaupun sudah dicuci sebelum nya.
  • InsyaAllah, jika kita sedekahkan pewangi dan sabuh basuh tangan di tandas-tandas masjid/surau, pengguna yang solat di situ dapat menggunakan dan memberi manfaat kepada semua orang. Masjid/Surau pun akan jadi lebih bersih dan wangi.
  • Senang kan nak dapat saham pahala di akhirat nanti? 🙂

 

2. Jangan pandang remeh terhadap Duit Syiling!

 

  • Tipu lah kalau kita tak pernah dapat duit syiling dalam kehidupan seharian kita, kan?
  • Apa kata kita guna pendekatan bersedekah dengan cara yang berbeza dan kreatif menggunakan duit syiling ini. Bagaimana caranya?
  • Jadi apa kata bermula pada hari ini kita wujudkan satu tabung khas untuk menyimpan baki syiling ini dan kemudian sedekahkan setiap syiling yang disimpan ini kepada mereka yang memerlukan setiap hujung bulan.
  • Mungkin kita tidak sedar,kadang-kadang dalam masa seminggu sahaja kita dapat kumpul hampir RM10 dengan hanya menggunakan duit syiling sahaja! 🙂

 

3. Sedekah Baki Bayaran

 

  • Apakah yang dimaksudkan dengan sedekahkan baki bayaran?
  • Rajin-rajinlah menyebut perkataan ‘keep the change’ sebagai tanda sedekah kita!
  • Tidak ramai yang sedar tentang cara sedekah sebegini. Kalau bukan selalu, sekurang-kurangnya sekali-sekala sudah memadai.
  • Cuba biasakan untuk halalkan/niatkan sedekah untuk baki bayaran yang nilainya kecil. InsyaAllah, lama-kelamaan Allah akan tanamkan sikap untuk memberi/sedekah lebih daripada itu pada masa akan datang.

 

 

4. Sedekah kan kelengkapan solat seperti……….Telekung! 🙂

 

  • Jika kita lihat pada kebanyakan surau atau masjid di pusat membeli-belah mahupun di kawasan rehat dan rawat, seakan kekuarangan kelengkapan ibadah seperti kain pelikat dan telekung.
  • Jika ada pun, pastinya ada yang sudah berbau ataupun lusuh.
  • Kadang-kadang, tanpa kitra sedar pakaian kita terdedah dengan banyak perkara yang kotor, jadi kain pelikat dan telekung ini menjadi satu keperluan untuk bersolat.
  • Bayangkan jika anda dapat sedekahkan kain pelikat dan telekung, pastinya ramai yang mendapat manfaat daripada apa yang kita sedekahkan.

Lagi-lagi, telekung yang disedekahkan adalah telekung yang berkualiti premium seperti Telekung Siti Khadijah! 🙂

Layari laman www.sitikhadijah.com untuk promosi menarik daripada Telekung Siti Khadijah~

Bersedekah yang paling baik ialah kita memberikan sesuatu yang orang benar-benar memerlukannya. Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik dari sedekahkan naskah surah Yasin di masjid yang sememangnya sudah banyak naskah al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,


“Setiap kebaikan adalah sedekah”-Hadis Riwayat Muslim

Apabila kita menyampaikan sesuatu yang baik juga dianggap sebagai satu sedekah. Maka dengan wujudnya pelbagai sosial media sekarang, cuba gunakan untuk menyampaikan pesanan yang baik-baik untuk diri sendiri dan juga orang lain. Peringatan itu juga menjadi satu sedekah buat kita kepada orang lain.

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply