8 atau 20 Rakaat Bagi Solat Sunat Terawih?

Bila tiba bulan Ramadan, umat Islam pastinya menumpukan sepenuh perhatian untuk melaksanakan ibadah dan ketaatan dengan sebaik mungkin kepada Allah. Dan tentunya, paling yang kita nantikan ialah dengan semangat untuk mengerjakan solat sunat terawih, bukan?

Namun persoalan yang kerap di tanya apabila tibanya bulan Ramadan ialah, adakah kita mengerjakan  8 atau 20 rakaat bagi solat sunat Terawih? 🙂

Haaa..meh sini saya kongsikan secara mudahnya beberapa penjelasan tentang persoalan ini. Semoga bermanfaat buat semua ya.

1. Ikut Kemampuan, Tidak Terikut-ikut Dengan Orang Lain

  • Sudah pastinya apabila tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak, umat Islam akan berlumba-lumba mengejar amalan untuk mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah.
  • Antara amalan yang ditunggu-tunggu bila menjelmanya bulan Ramadan ialah melakukan solat sunat Terawih.
  • Namun bagi anda yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang masih kecil seperti bayi, tidak salah untuk solat berjemaah di masjid, tetapi anda harus memikirkan keselesaan jemaah lain di masjid juga.
  • Jadi, jika anda mahu mengerjakan 20 rakaat bagi solat sunat Terawih anda, seeloknya anda lakukan hanya 8 rakaat dan selebihnya sambung di rumah bagi tidak mengganggu jemaah lain dengan rengekan dan tangisan si kecil anda.     

2. Kelapangan Masa

  • Bulan Ramadan adalah bulan di mana Allah janjikan pelbagai macam ganjaran dan pahala bagi siapa yang mengerjakan amalan suruhanNya.
  • Jika anda berkelapangan masa dan tidak tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu perkara lain, maka apa salahnya kita lanjutkan sehingga 20 rakaat bagi solat sunat Terawih kita.
  • Jika kita lakukan dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat kredhaan dan ganjaran dari Allah, insyaAllah Allah sayang dan memberi kita ‘bonus’ tambahan kelak. 🙂

3. Mencari Keredhaan Allah di bulan Ramadan yang Mulia

  • Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bulan Ramadan hanya datang setahun sekali. jadi rebutlah peluang ini untuk mencari redha Allah dengan melakukan amal soleh seperti tadarus Al-Quran, solat sunat Terawih, bersedekah dan macam-macam lagi.
  • Jadi, baik 8 rakaat mahupun 20 rakaat, kedua-duanya tidak menjadi masalah, ikut lah kemampuan anda dalam beribadah dalam melihat segenap aspek seperti masa, keluarga dan lain-lain.

4. Ikuti Sunnah Rasulullah SAW

  • Persoalan mengenai jumlah raka’at solat Tarawih, sebenarnya ia merupakan perkara lama yang telah pun dibincangkan oleh ulama-ulama mu’tabar.
  • Mengikut Syeikh Dr. Abdul Malik al-Sa’di, tidak terdapat dalil yang benar-benar pasti tentang bilangan rakaat solat tarawih yang dilakukan oleh Rasulullah kerana terdapat pelbagai riwayat tentang bilangan rakaatnya.
  • Oleh itu, semakin banyak ibadah yang dilakukan pada malam-malam Ramadan, maka semakin banyaklah pahala yang akan diperolehi.

Terdapat hadis daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman yang bertanyakan Sayyidatuna Aisyah r.a :

“Bagaimanakah  solat Nabi s.a.w. di dalam bulan Ramadan?” Maka jawab Sayyidatuna Aisyah: “Nabi tidak melebihkannya di dalam Ramadhan dan di luar Ramadhan melebihi 11 rakaat …(11 rakaat ialah setelah dicampur 3 rakaat Witir)” (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

 

  • Jika diteliti hadis ini, ia hanya menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w. menunaikan solat malam di dalam bulan Ramadan dan selainnya dengan 11 rakaat. Namun begitu, dalil-dalil yang jelas menunjukkan bahawasanya solat malam ini termasuklah solat terawih tidak terikat dengan bilangan tertentu, sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar, seseorang bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang solat malam, Maka jawab baginda :

“Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat, jika seseorang kamu bimbangkan masuknya waktu subuh maka dia solatlah satu rakaat sebagai solat witir.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

 

Hakikatnya, kita sebagai umat Islam sebaiknya lebih menumpukan perhatian bagi mewujudkan kualiti dalam Ibadah yang dilakukan serta mengikhlaskan diri kepada Allah bukan sahaja di bulan Ramadan, tetapi pada setiap masa. Rebutlah peluang, ganjaran besar dan ‘bonus’ yang disediakan oleh Allah pada bulan Ramadan ini.

8 atau 20 rakaat, keduanya mempunyai manfaat dan mendapat pahala daripada Allah. 🙂

 

Dapatkan Telekung Siti Khadijah sebagai kelengkapan solat anda di bulan Ramadan tahun ini di Butik-butik SK seluruh Malaysia atau layari www.sitikhadijah.com 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

  1. yap xiao jiang

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Leave a Reply