Cara Menawan Hati Ibu Bapa Kita

Bagaimana puasa anda? Harapnya Allah permudahkan segala urusan berpuasa kita pada tahun ini ya… 🙂

Siapa yang tidak sayang akan ibu-bapa masing-masing, betul? Mereka lah yang melahirkan kita, dan tanpa mereka, tiada lah kita hidup di dunia ini. Sejak kecil, kita dididik dan di beri kasih sayang yang tidak berbelah bagi oleh ibu-bapa kita. Jadi mengapa apabila kita meningkat dewsa, mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama terhadap kedua orang tua kita?

Sebenarnya, kadang-kadang perkara sekecil zarah sahaja mampu membahagiakan hati kedua ibu-bapa kita. Di bulan Ramadan yang mulia ini, jom saya kongsikan cara-cara yang senang untuk menambat hati kedua orang tu kita.

#1 Berbicaralah secara lemah-lembut

  • Sudah pastinya ibu-bapa kita akan lebih terasa dan sensitif kerana mereka terlebih dahulu ‘makan garam’ dari kita.
  • Jadi, gunakanlah perkataan yang lembutdan sopan, serta jangan lah kita sesekali meninggikan suara kita kepada mereka. Takut kecil pula hati mereka nanti.
  • Sebagai anak juga, kita tidak boleh bercakap dengan ibu-bapa kita seperti bercakap dengan rakan kita.
  • Percayalah, jika kita berlembut dengan mereka, mereka juga akan berlembut dan akan rasa lebih dekat dengan kita.

#2 Tidak Merendah-rendahkan/Menghina Ibu Bapa 

  • Jika suatu hari nanti kita sudah bekerjaya, memiliki keluarga, mewah dan berharta jangan sekali-kali menghina dan melupakan kedua ibu bapa kita.
  • Walau sejahat mana pun mereka di pandangan anda, ianya tetap berdosa besar jika kita mengherdik insan yang melahirkan kita ke dunia ini.
  • Sentiasa ingat bahawa kita bermula dari mereka. Apabila Allah SWT memberi nikmat-Nya buat kita maka inilah peluang untuk kita membalas jasa mereka.
  • Kenanglah segala penat lelah mereka yang membesarkan kita sehingga berjaya. Sentiasa berterima kasih kepada mereka agar mereka rasa dihargai.

#3 Tidak terlalu berkira dengan Ibu-Bapa

  • Ibu bapa adalah insan yang tidak pernah mendahulukan kepentingan diri mereka. Sudah pasti anak-anak menjadi keutamaan dalam hidup mereka.
  • Sebagai seorang anak, bermurah hatilah dalam berkongsi nikmat yang Allah sudah berikan kepada kita. Bukankah rezeki datang daripada-Nya?
  • Dengan bersedekah dan tidak berkira dengan kedua ibu bapa boleh menjadi sebab rezeki kita sentiasa dimurahkan. Ingatlah, rezeki kita Allah dah susun baik-baik. Hanya menunggu masa yang tepat untuk dilepaskan satu-persatu.

#4 Segerakan Permintaan Mereka

  • Jika ibu bapa memerlukan khidmat bakti kita sebagai anak, perlulah kita segerakan tanpa sebarang alasan dan penangguhan.
  • Walaupun kita sedang bersolat sunat sekalipun, kita wajib mendahulukan panggilan ibu.
  • Berbaktilah kepada ibu bapa dengan berbuat baik kepada mereka, mengerjakan hak-hak mereka, sentiasa mengikut segala perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak.
  • Menjauhi sebarang perkara yang menyakiti hati mereka dan mengerjakan apa yang menggembirakan mereka.

Dan yang terakhir sekali ialah………….

 

#5 Lakukanlah sesuatu yang menggembirakan ibu bapa kita selalu! 🙂

  • Sebagai seorang anak, kita sewajarnya paling mengenali dan mengetahui perkara yang mereka suka dan tidak suka.
  • Maka, usahalah sebaik mungkin agar kita dapat menggembirakan hati mereka walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Bahagikanlah masa yang sebaiknya agar dapat memenuhi keperluan ibu bapa disamping kesibukan kita dalam bekerja mahupun berkeluarga.
  • Sentiasa pandai memenangi hati orang tua agar hidup kita lebih mendapat keberkatan. Banyak kisah tauladan yang dapat kita jadikan contoh dalam perkara berbakti kepada kedua ibu bapa.

 

Sama-samalah kita perbaiki hubungan kita dengan ibu bapa agar hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredaan-Nya di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Kredit kepada: Tazkirah.net

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply