Soalan Yang Sering Di Tanya Ketika Bulan Ramadan?

Setiap kali tibanya Ramadan, pasti soalan-soalan ini berputar dalam benak fikiran sebahagian daripada kita. Memang lumrah bagi manusia perlu sentiasa diingatkan, sekalipun hal tersebut telah acapkali dibincangkan. Justeru, tiada salahnya jika penulis mengulang kembali persoalan yang kerap ditanya ketika Ramadan, dengan cara yang ringkas, mudah-mudahan. Berikut dikongsikan bersama;

#1 Adakah wanita yang haid semasa bulan Ramadan perlu mengqada’ (menggantikan) solat seperti qada’ puasa?

Tidak perlu mengqada’ solat. Wanita yang haid ketika bulan Ramadan hanya perlu menggantikan puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sahaja.

“Seseorang pernah bertanya kepada Aisyah r.anha; ‘Adakah perlu seseorang mengqada’kan solat apabila suci?’ Aisyah  menjawab; ‘Kami haid pada zaman Nabi Muhammad, baginda tidak menyuruh kami melakukannya’.” Hadis Riwayat Bukhari

 

#2 Adakah sah puasa bagi seseorang yang lupa untuk berniat puasa keesokan harinya kerana terlambat bangun sahur?

  • Niat adalah lintasan hati atau apa yang sudah diqasadkan oleh hati sebelum melaksanakan sesuatu perkara.
  • Jadi dalam konteks ini, hukumnya masih sah kerana dia hanya terlambat bangun sahur dan pasti malam sebelum tidur itu dia sudah pun niat untuk bangun cuma terlambat.
  • Teruskan berpuasa dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.

 

#3 Bolehkah kita berniat puasa untuk sebulan terus?

Boleh, diharuskan. Dan ianya tidak menjadi kesalahan jika ingin berniat pada setiap hari.

 

#4 Jika seseorang terlupa hari itu adalah bulan Ramadan, bangun dari tidur terus bersarapan seperti biasa. Setibanya di tempat kerja baru teringat. Bagaimana pula keadaan begini?

  • Lupa adalah suatu yang lumrah bagi kita hamba Allah di dunia ini.
  • Apabila seseorang itu sudah kembali ingatannya secara normal, wajib baginya untuk teruskan puasanya. Ini berbeza dengan orang yang hilang akal atau gila, yang memang gugur kewajibannya daripada berpuasa.

 

#5 Jika seorang wanita didatangi haid 5 minit sebelum berbuka puasa, adakah puasa pada siang harinya sebelum itu sah?

  • Tidak sah, dan puasanya akan terbatal serta-merta.
  • Wajib baginya untuk menggantikan puasanya, kerana waktu tersebut masih dalam tempoh berpuasa.
  • Namun jika haid datang selepas waktu berbuka puasa, dia tidak perlu ganti puasa nya pada hari itu.

 

#6 Bolehkah seseorang itu berbuka puasa dengan hanya merokok?

  • Perbuatan merokok ialah sama seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, sama seperti memasukkan makanan atau minuman.
  • Cuma, sebaiknya perlu dielakkan demi menghormati bulan yang mulia ini. Merokok bukan hanya memudaratkan kesihatan bahkan, fatwa pernah mengharamkan benda ini.

 

#7 Memasukkan sesuatu ke rongga badan akan membatalkan puasa. Bagaimana pula jika seseorang itu menggunakan inhaler (alat bantuan pernafasan), terutamanya bagi pesakit asma?

  • Penggunaan inhaler bagi orang yang berpuasa, maka akan terbatal puasanya ,mengikut pandangan ulama’.
  • Kenapa? Ini disebabkan kajian perubatan menunjukkan bahawa 80% gas inhaler akan masuk ke dalam rongga badannya melalui saluran pernafasannya.
  • Jadi, bagi mereka yang menggunakan alat ini bagi tempoh tertentu hendaklah menggantikan puasanya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
  • Manakala bagi mereka yang memerlukan alatan ini sepanjang hidupnya dan tiada harapan sembuh, maka hendaklah digantikan puasa tersebut dengan cara fidyah.

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menjawab persoalan yang sering anda musykil sepanjang bulan Ramadan.

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, dapatkan Telekung Siti Khadijah di Butik SK berhampiran anda di seluruh Malaysia atau layari sahaja www.sitikhadijah.com 

Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

 

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply