Pengajaran Berharga Dari Kisah Perang Badar di bulan Ramadan

Hadirnya bulan Ramadan untuk sekian kalinya telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh segenap umat Islam di Malaysia mahupun di negara-negara lain. Kedatangan Ramadan juga membawa 1001 rahmat Allah dan keampunanNya disamping berlipat gandanya pahala dan juga anugerah lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

Bulan Ramadan juga sebenarnya mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini yang boleh kita renungi bersama. Antara peristiwa yang kita tidak patut untuk lupakan yang pernah berlaku di bulan Ramadan ialah peristiwa Perang Badar. Berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, peperangan Badar ini adalah merupakan titik tolak kepada kemenangan perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan risalah Islam seterusnya. Tidak perlulah saya ceritakan tentang keseluruhan peristiwa Perang Badar itu pada entri kali ini. Namun apa yang saya cuba sampaikan ialah, pengajaran berharga yang kita perlu selami daripada peristiwa itu.

#Pengajaran 1

  • Sebuah perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tinggi yang ditonjolkan Rasulullah dan para sahabat baginda seharusnya kita contohi dan kenang sampai bila-bila.
  • Oleh itu, hargailah agama Islam dengan mengamalkan sepenuhnya.

 

#Pengajaran 2

  • Pengajaran lain yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita sempena peristiwa Perang badar ialah dengan melakukan syura atau bermesyuarat sebelum membuat apa-apa keputusan dalam setiap perkara.
  • Lebih-lebih lagi perkara yang tiada nas yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah, dan merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap dan tidak harus diabaikan.

 

#Pengajaran 3

  • Melalui perang Badar juga, kita mendapat pengajaran bahawa keimanan yang kental, doa yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah merupakan senjata yang ampuh dan berkesan bagi menghadapi sebarang serangan musuh-musuh Allah dan Islam di sepanjang zaman.
  • Walaupun terpaksa berperang menentang musuh di bulan Ramadan, tentera Islam masih boleh menang dalam perang tersebut. Allahuakbar. 🙂

 

#Pengajaran 4

  • Kita juga dapat pengajaran bahawa sesuatu kebenaran itu tidak akan dapat ditegakkan jika ianya tidak disertai dengan strategi yang betul, perancangan dan penyusunan yang kemas dan rapi.

 

#Pengajaran 5

  • Pengajaran paling penting dan terakhir untuk entri kali ini daripada peristiwa Perang Badar ialah sebagai umat Islam kita perlu yakin bahawa sesungguhnya Allah itu maha berkuasa atas segalanya.
  • Kerana keyakinan berdoa kepada Allah, kemenangan telah berpihak kepada tentera Islam dan perjuangan Islam, walaupun mempunyai bilangan tentera yang kecil dan terhad kekuatannya.

 

Semoga semangat dan roh kemenangan Peperangan Badar yang bersejarah ini akan membakar semangat kita agar bangkit dan jangan cepat berputus asa dalam apa jua yang kita lakukan di dunia yang sementara ini.  Dengan cara ini sajalah, agama Islam akan terbela, di pandang tinggi dan mulia di sisi agama-agama lain, syariatnya akan tertegak gagah dan rahmatnya akan dapat dinikmati dalam negara ini oleh segenap lapisan masyarakat. InsyaAllah.

 

Kredit kepada: Ondastreet

 

Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, dapatkan Telekung Siti Khadijah di Butik SK berhampiran anda di seluruh Malaysia atau layari sahaja www.sitikhadijah.com 

Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply