Telekung tatahan Swarovski daripada Siti Khadijah!

Bagi peminat telekung jenama popular Siti Khadijah, pastinya tidak ketinggalan mendapatkan koleksi edisi terhad telekung tatahan Swarovski yang dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur.

Koleksi terhad telekung Crystal Swarovski Limited Edition (CSLE) diilhamkan hasil kolaborasi sulung bersama jenama antarabangsa Swarovski.

Didatangkan dengan dua rona warna pilihan iaitu Teal Green dan Burgundy, telekung ini dihias rapi dengan tatahan Swarovski 100 peratus asli berbentuk bunga di bahagian hadapan telekung agar tampil minimalis dan tidak terlalu menonjol. Terdapat empat batu bunga dan 30 batu kecil yang terdapat pada koleksi edisi terhad telekung CSLE. Fabrik cotton-feel polyester tidak hanya nyaman dipakai, malah ia juga tidak jarang, tidak tebal dan tidak terbang ketika sujud, antara isu biasa yang dialami Muslimah ketika mengerjakan solat.

Menurut Pengasasnya, Puan Padzilah Enda Sulaiman yang ditemui di majlis pelancaran, koleksi terbaharunya itu tampil minimalis namun mementingkan kualiti dan keselesaan buat pelanggannya.

Saya tidak mahu koleksi ini kelihatan riak sehingga menimbulkan fitnah. Jadi kita tampilkan rekaan yang tidak keterlaluan buat pelanggan untuk tampil selesa dan eksklusif,” katanya.

Warna Teal Green & Burgundy menjadi warna pilihan Telekung CSLE Siti Khadijah~

Demi menjamin keselesaan maksima, telekung edisi terhad ini ditawarkan dalam tiga pilihan saiz klasik pada bahagian wajah iaitu S (58cm), M (60cm) dan L (62cm). Manakala labuh hadapan telekung ini adalah 117cm, labuh belakang 122cm dan labuh lining 65cm dan ukuran kain, labuh 135cm dan lebar 80cm.

Datang dengan kotak eksklusif, telekung CSLE ini amat sesuai dijadikan cenderahati buat VIP, didedikasikan sebagai penghargaan buat diri sendiri mahupun  diberikan sebagai cenderahati buat insan tersayang. Telekung CSLE ini kini boleh didapati di butik Siti Khadijah terpilih dan secara atas talian di www.sitikhadijah.com bermula 8 Jun 2018.

Dalam masa yang sama, sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Siti Khadijah juga mengeluarkan produk Baju Kurung pesak yang juga bertatahkan batu Swarovski, membuatkan ianya unuk dan terserlah gaya elegan si pemakai. Produk terbaru yang diberi nama Kurung CSLE dari Siti Khadijah ini juga sudah boleh didapati oleh pengguna tegar Siti Khadijah di semua butik dan Online Siti Khadijah.

 

Kredit: Sinar Online

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply