Pecutan di 10 Malam Terakhir Ramadan!

Bulan Ramadan adalah bulan yang telah dianugerahkan Allah kepada hambaNya. ‘Sepuluh malam terakhir’ dalam bulan Ramadan ini merupakan penutupnya; yang bermula pada hari ke 21 Ramadan iaitu setelah selesainya 20 hari puasa. Namun kita semua mengetahui di mana sepuluh malam terakhir dalam bulan ini adalah antara sebaik-baik malam yang Allah jadikan untuk hambaNya beribadah hanya padaNya. Rasulullah telah menunjukkan kepada kita cara menghayati dan menghargai malam-malam mulia ini. Jom admin kongsikan kepada anda ya. 🙂

#1 Menghidupkan Malam

Bagaimana Rasulullah ‘menghidupkan malam’ di bulan Ramadan? Sudah tentunya dengan beribadah kepada Allah.

Aisyah RA pernah berkata:

“Tidak pernah aku melihat baginda (Nabi Muhammad) melakukan ibadah pada malam hari hingga pagi harinya dan berpuasa selama satu bulan penuh kecuali di bulan Ramadan.”

(HR Muslim)

 

#2  Membangunkan Keluarga Baginda


Pada malam-malam 10 hari yang terakhir, Rasulullah akan mengejutkan keluarga baginda bagi mengerjakan solat sunat malam pada malam sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan.

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib, ia berkata:

“Rasulullah membangunkan keluarganya di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” 

(HR Tirmidzi)

 

#3 Tidak Menggauli Para Isteri Baginda

 

Baginda Rasulullah akan cuba untuk menjauhkan diri daripada menggauli isteri-isterinya pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas disebutkan bahawa Rasulullah melipat tempat tidur baginda.



“Adalah Rasulullah SAW jika telah masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, beliau mengencangkan kainnya, menghidupkan malamnya, dan membangunkan keluarganya.” 

(HR Bukhari & Muslim)


#4 Mandi Antara Maghrib dengan Isya’

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Aisyah R.A berkata:



“Di bulan Ramadan, Rasulullah biasanya tidur dan bangun malam, namun jika telah masuk 10 hari terakhir, beliau mengencangkan ikat pinggang, menjauhi isteri-isterinya, dan mandi di waktu antara Maghrib & Isya’.”

  • Mandi dapat menyegarkan tubuh untuk berjaga malam dan mengerjakan ibadah sepanjang malam itu. 

#5 Niat Beriktikaf

Aisyah R.A berkata,


“Nabi Muhammad melakukan iktikaf di 10 hari terakhir bulan Ramadan sampai beliau meninggal dunia. Kemudian, isteri-isterinya yang melakukan iktikaf sepeninggalan beliau.”
(HR Bukhari & Muslim)

  • Rasulullah beriktikaf pada 10 hari terakhir dengan satu tujuan yang jelas iaitu untuk lari dari kesibukan dunia, mengosongkan fikiran, mengasingkan diri untuk bermunajat kepada Allah.
  • Baginda menghabiskan malamnya dengan berdoa dan berzikir kepada Allah.

Sesungguhnya, 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan adalah malam-malam yang sangat istimewa. Pada malam-malam inilah Nabi Muhammad menghabiskan waktu-waktunya dengan ibadah yang khusyuk. Dan, antara malam inilah terdapatnya malam Lailatul-Qadar; malam yang lebih mulia daripada 1,000 bulan.

Khususnya pada malam-malam yang ganjil, yakni malam Lailatul Qadar yang penuh dengan kemuliaan, dan diburu oleh setiap umat Islam yang tahu betapa nilai dan istimewanya malam Lailatul Qadr ini. Moga-moga kita menjadi umat yang ikhlas mengabdikan diri kepadaNya pada malam berikut.

 

Kredit: Tazkirah.net

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply