AIM cawangan Barat Laut beli 1200 Telekung Siti Khadijah

Pada 5 Julai 2018, #TeamSK telah dijemput ke Majlis Sambutan Aidilfitri Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Majlis Sambutan Aidilfitri itu dijalankan dengan penuh meriah dengan kehadiran wakil-wakil dan ahli-ahli AIM cawangan Barat Laut yang lebih mesra dipanggil sebagai “Sahabat”

Pihak Telekung Siti Khadijah yang diwakili oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, Puan Junaidah Mohd Yusoff berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak AIM cawangan Barat Laut kerana menjemput #TeamSK ke Majlis Sambutan Aidilfitri AIM cawangan Barat Laut 2018.

Puan Junaidah menyampaikan ucapan di Majlis Sambutan Aidilfitri Amanah Ikhtiar Malaysia (cawangan Barat Laut)

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah memilih Telekung Siti Khadijah dan membeli dengan kuantiti sebanyak 1200 pasang telekung. Pastinya pihak AIM tidak salah memilih jenama Telekung Siti Khadijah kerana SK mementingkan kualiti produk pada tahap yang terbaik dan tahun demi tahun ianya juga semakin mendapat tempat di hati Muslimah yang mementingkan keselesaan ketika beribadah. Walaupun sering dikritik dek kerana harganya yang agak tinggi, namun ianya berbaloi dan seiring dengan kualiti premium telekung SK itu sendiri.

Suasana sekitar Majlis Sambutan Aidilfitri AIM cawangan Barat Laut yang berlangsung di Dewan Sri Bernam, Sg Besar~

Puan Junaidah juga berkata, sebenarnya pelbagai peluang bekerjasama boleh dijalinkan antara Telekung Siti Khadijah dan pihak Amanah Ikhtiar Malaysia melalui pelbagai cabang. Sebagai contoh, Siti Khadijah mempunyai Kolej Seni Jahitan. Kolej Seni Jahitan Siti Khadijah ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan kursus ini mempunyai kursus bagi jangka masa yang pendek dan jangka masa panjang.

“Dengan adanya kursus Seni Jahitan oleh Siti Khadijah, mana lah tahu para sahabat AIM dapat mengasah bakat dalam bidang penjahitan, dan tidak mustahil akan mengeluarkan jenama pakaian atau telekung sendiri pada masa akan datang, namun jangan dititru produk-produk tempatan yang sudah sedia ada pula”  

Puan Junaidah Mohd Yusoff, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat Siti Khadijah Holding Sdn Bhd

 

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Puan Junaidah berharap agar jalinan kerjasama antara pihak Siti Khadijah dan Amanah Ikhtiar Malaysia akan terus berkembang pada masa akan datang. Beliau selepas itu mengakhiri ucapan dengan mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Barat Laut.

 

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply