Cuaca Panas Terik Di Tanah Suci Mekah? Ikuti 7 Tips Kekal Segar Ketika Menunaikan Haji

Ibadah Haji adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dari segi tahap kesihatan serta kewangan untuk menunaikannya dengan mengunjungi dan melaksanakan beberapa amalan di beberapa tempat di Mekah serta kawasan yang berhampiran de­ngannya pada musim haji iaitu pada bulan Zulhijah.

Walau bagaimanapun sering kita terdengar ada jemaah haji yang jatuh sakit semasa menunaikan haji ekoran cuaca panas terik di Tanah Suci Mekah.

  1. Pakai mask
  • Setiap kali anda ingin keluar masuk dari bilik anda sama ada keluar sekejap ataupun ke Masjidil Haram.
  • Bakteria tidak sihat banyak berlegar-legar di dalam kawasan hotel memandangkan kawasan yang tertutup.
  • Pakailah walaupun anda tidak merasa selesa demi menjaga kesihatan anda. Kalau dah terkena penyakit batuk sekalipun pakai ‘mask’ supaya dan tidak memudaratkan jemaah yang lain.

  2. Banyakkan minum air kosong

  • Terpulanglah minum air zam-zam ataupun belilah air minuman di kedai runcit.
  • Jangan sesekali minum air tadahan paip walaupun sudah masak (lihat post saya sebelum ini berkenaan air minuman).
  • Air suam ke, air sejuk ke atau air panas tiada masalah. Ais bukan penyebab utama jemaah akan batuk. Minum air sejuk untuk menyejukkan badan inshaAllah. Sebelum minum air zam-zam berdoalah semoga mendapat menyembuhkan sebarang penyakit dalam badan kita.

  3. Memakai kaca mata gelap

  • Memakai kaca mata gelap juga dapat mengelakkan dari sakit kepala dan pening kepala.
  • Lantai Masjidil Haram yang putih menyebabkan silauan luar biasa terkena mata kita.
  • Beli saja yang harga sederhana, tak mahal dan tak murah untuk memelihara mata dan mengelakkan dari pening kepala ketika berjalan pada waktu panas terutama hari jumaat.
  • Pasti ada yang terlewat sampai jalan dah tutup terpaksa solat pula atas jalan tar yang panas. Sampai menggigil kaki ketika solat dek panas yang melampau. Betul?

4. Banyakkan makan buah oren

  • Makan buah oren jika cuaca panas? Ya! Buah oren kaya dengan vitamin C tau. 🙂
  • Belilah sekurang-kurangnya 5-6 biji di kedai runcit yang berdekatan.
  • Lebih mulia jikan anda dapat membeli lebih dan sedekahkan dalam peti sejuk bilik penginapan.
  • Pada waktu lepas isyak sebelum tidur potong buah oren dan jamu teman-teman sebilik sambil-sambil sembang beramah-mesra.

     5. Sejadah/kain dibawa sebagai lapik untuk ke Masjidil Haram 

  • Jangan biasakan kepala kita terdedah kepada sinaran terik matahari ya. Sentiasa lapik kepala dengan sesuatu ketika cuaca panas terik.
  • Boleh pengsan nanti. Nak selesa lagi bawa tuala dan basahkan letak di kepala dan sapu muka beberapa kali ketika berjalan ke masjid dan lain-lain tempat. Nak selesa lagi gunakan payung untuk mengelakkan sinaran terik matahari.

   6. Kurangkan berjalan di bawah terik matahari.

  • Umum mengetahui jika kita berada di Tanah Mekah, kita memang  tidak boleh  nak mengelakkan daripada sinaran matahari yang terik
  • Namun kita mampu untuk mengawal diri kita berjalan pada waktu panas terik.
  • Sebagai contoh, anda boleh pilih waktu yang sesuai untuk solat waktu ke masjid. Waktu tengahari solat berjemaah di surau penginapan masing-masing. Pada sebelah petang pula barulah ke Masjidil Haram sampai Isyak.

 7. Minum susu masam/laban

  • Kebanyakkannya dijual di kedai-kedai runcit saja.Banyak dijual di kedai runcit sahaja
  • Jika anda tidak biasa minum susu masam campurkan dengan jus buah-buahan bagi sedap sedikit.
  • Laban ini dapat menurunkan suhu badan anda.

Admin doakan semoga semua tetamu Allah yang menunaikan haji tahun ini agar dipermudahkan segala urusan ibadah di Tanah Suci Mekah dan mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. 🙂

 

 

Kredit kepada: Says.com

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply