Bolehkah kita Puasa 10 Muharram (Asyura) Tanpa Berpuasa pada 9 Muharram?

Puasa Asyura merupakan satu amalan puasa sunnah Rasulullah yang dilaksanakan pada tanggal 10 Muharram. Keistimewaan Bulan Muharram dimulai tanggal 1 Muharram adalah berkaitan dengan peristiwa hijrahnya Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Baginda juga menyebut bulan Muharram adalah bulan yang istimewa dan menyeru umatnya agar memperbanyakkan amalan ibadah, dan salah satu darinya ialah dengan berpuasa.

 

Hukum Puasa Pada 10 Muharram (Asyura) Sehari Saja?

  • Ulama Hanafiyah menegaskan bahawa makruh hukumnya jika berpuasa pada tanggal 10 Muharram sahaja dan tidak berpuasa pada tanggal 9 Muharram atau tidak diikutkan dengan puasa tanggal 11-nya.
  • Pun begitu, ulama Hambali tidak menganggap ianya makruh jika berpuasa tanggal 10 Muharram sahaja. Juga disebutkan oleh Imam Nawawi, bahawa Imam Asy Syafi’i dan ulama Syafi’iyyah, Imam Ahmad, Ishaq dan selainnya mengatakan bahawa disunnahkan berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh sekaligus; karena Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam berpuasa pada hari kesepuluh dan berniat (berkeinginan) berpuasa juga pada hari kesembilan.
  • Sebahagian ulama mengatakan bahawa sebab Nabi Muhammad SAW bepuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh agar tidak tasyabbuh (menyerupai) orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja. Dalam hadis Ibnu Abbas juga terdapat isyarat mengenai hal ini.
  • Ulama Hanafiyah dan Syafi’iyah berpendapat sunnahnya berpuasa pada 11 Muharram hanya bagi mereka yang tidak sempat berpuasa pada 9 Muharram. Bahkan disebutkan oleh Asy Syarbini Al Khotib, Imam Syafi’i dalam Al Umm dan Al Imla’ mengatakan bahawa disunnahkan berpuasa tiga hari sekaligus, iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram.

Jadi, tidaklah makruh jika kita melaksanakan puasa Asyura hanya pada 10 Muharram sahaja. Jika tidak sempat berpuasa pada 9 & 10 Muhara, anda boleh berpuasa pada 10 &11 Muharram, agar puasa Asyura tersebut tidak menyerupai puasa orang Yahudi. 🙂

 

Kredit kepada: Rumaysho.com

Author Profile

Hasif Hilmi

Hasif Hilmi
An avid learner of everything. Motorbike enthusiast. Cooking is the hobby.
Cheers. Assalamualaikum. 🙂
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply