5 Cara-cara Menghargai Ibu Bapa Yang Berusia

Apabila di tanya siapakah yang penting dalam hidup kita, selain Allah dan Rasul? Sudah pasti kita akan menjawab ibu bapa. Siapalah kita tanpa ibu bapa kita? Tanpa ibu bapa, tiada lah kita di dunia Allah ini. Ibu bapa ibarat permata yang harus kita sanjungi dan hormati walau apa jua keadaan sekalipun. Merekalah yang melahirkan kita, dan merekalah syurga kita. Pada entri kali ini, admin ingin kongsikan cara-cara menghargai ibu bapa kita seusia mereka sudah lanjut dan berumur.

 

Allah berfirman Surah Isra’ ayat 24 yang bermaksud:-
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): ‘’Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasihsayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.’’

#1 Sensitif dengan keadaan kesihatan ibu bapa

Semakin ibu bapa kita meningkat usia, mereka semakin terdedah dengan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kencing manis, kerosakan buah pinggang, alzheimer dan sebagainya. Sebagai anak, cuba luangkan masa bersama mereka. Jika anda ada kekangan masa seperti faktor kerja dan kurang cuti tahunan, apa yang anda boleh lakukan ialah rancang dan bergilir dengan adik-beradik yang lain untuk berada di samping orang tua kita. Perlu diingatkan, semakin ibu bapa kita meningkat usia, mereka akan semakin sensitif. Oleh itu, lakukan apa yang menyenangkan mereka dan bertuturlah dengan penuh hikmah. 

Sayangi ibu bapa sepertimana mereka menyayangi kita semasa kita kecil.. *Gambar hiasan

#2 Ambil cakna keinginan & impian mereka

Sejak kita kecil, segala kemahuan kita dituruti oleh ibu bapa. Kita dibelai dengan penuh kasih sayang. Mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama di usia senja ibu bapa kita? Mungkin mereka tidak suka meminta, dan mungkin banyak perkara yang di pendam dalam hati sahaja. Cuba selidik keinginan mereka (contoh nak pergi menunaikan Umrah). Cuba penuhi keinginan dan impian mereka. Sekiranya tidak mampu, rancang bersama adik beradik lain bagi merealisasikan impian mereka. InsyaAllah, kebahagiaan pasti terpancar di muka ibu bapa kita.

#3 Komunikasi yang Berkualiti

Luangkan masa untuk mendengar mereka bercerita walaupun tentang hal yang kecil. Mereka akan bercerita tentang apa yang mereka suka. Ambil peluang menjadi pendengar setia kepada apa yang ingin diceritakan mereka. Mungkin dengan kita mendengar cerita mereka menjadi kebahagiaan dan kegembiraan bagi mereka. Siapa tahu kan?

Jangan sesekali meninggikan suara terhadap ibu bapa kita. Sentiasa berhikmah dalam percakapan~ *Gambar hiasan

#4 Elak Membebankan Orang Tua Dengan Masalah Kita

Usia tua perlu dijalani dengan tenang dan lapang. Jangan bebankan mereka dengan masalah-masalah kita (kewangan, jaga anak). Sebaliknya, bagi sedikit ruang buat mereka untuk memberi perhatian kepada apa yang mereka ingin lakukan seperti pergi ke masjid, kuliah agama atau aktiviti kemasyarakatan. Namun begitu, bukan tidak boleh berbincang langsung. Kita boleh berbincang dan seharusnya perbincangan dengan ibu bapa itu haruslah dilakukan secara berhikmah (tidak meninggikan suara atau marah ketika berbincang) dan perlu bijak menilai kemampuan mereka.

Apabila ibu bapa ingin bercerita dengan kita, jadilah pendengar yang setia…~~ *Gambar Hiasan

#5 Usah Membandingkan Kemampuan Ibu Bapa

Pastinya, setiap ibu bapa mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Perlu kita fahami bahawa proses penuaan seperti lupa sesuatu, sudah tidak mampu melakukan oleh ibu bapa. Kita akan lebih tenang menghadapi situasi sebegini jika kita ada pengetahuan yang lebih tentang keadaan mereka , maka banyakkan bacaan tentang proses penuaan ibu bapa kita.

 

Hidup adalah seperti suatu putaran. Apabila kita memandang keadaan ibu bapa kita yang sekarang ibaratnya kita memandang kepada diri kita sendiri pada masa hadapan. InsyaAllah, jika baik layanan kita kepada orang tua kita, maka baiklah layanan yang akan kita terima daripada anak-anak kita kelak. Semoga entri kali ini bermanfaat buat semua. 

 

Kredit kepada Tazkirah.net   

 

p/s: Telekung Siti Khadijah akan membuka dua buah cawangan butik baru secara serentak di Aeon Mall Tebrau dan Aeon Mall Kota Bharu pada 26-28 Januari 2018, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam . Nikmati diskaun sehingga 15% dan pelbagai free gift eksklusif daripada Telekung Siti Khadijah menanti 100 pembeli terawal produk Siti Khadijah. Layari www.sitikhadijah.com , Facebook Telekung Siti Khadijah dan Instagram @catalogue.sitikhadijah untuk info lanjut.

Jom datang beramai-ramai dan jumpa anda di sana!

Koleksi produk Telekung terbaru Siti Khadijah~

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Khusyuk dalam solat? 4 cara mendapatkannya….

Menunaikan solat fardu 5 waktu merupakan rukun kedua Islam. Solat itu adalah ibu ibadah kita kepada Allah. Solat juga boleh dikatakan ibadah rasmi yang di amanahkan Allah kepada hamba-hambanya. Adakah kita rasa solat kita diterima Allah? Sejauh mana tahap khusyuk kita semasa menunaikan solat? Entri kali ini ingin mengupas sedikit info tentang peri penting nya khusyuk dalam solat yang kita tunaikan seharian.

Khusyuk sering kali dikaitkan dengan solat. Apabila kita berbicara tentang khusyuk, ianya boleh di definisikan sebagai menumpukan sepenuh perhatian, menyerah dan merendahkan diri kepada Allah. Seharusnya sebaik sahaja angkat takbir, kita perlu untuk khusyuk sehinggalah ke salam terakhir solat. Jom admin kongsikan 4 tips untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.

 

#1 Bersihkan hati & diri

Sentiasa berwuduk dengan sempurna dan sentiasa tanamkan rasa bahawa solat adalah suatu acara kita ‘berjumpa’ Allah.

#2 Agungkan Allah sebagai Tuhan Yang Esa

Tetapkan niat sebelum solat, bahawa kita solat hanya kerana Allah Tuhan yang Maha menguasai segalanya.

#3 Hayati dan fahami setiap gerakan dan bacaan dalam solat

Jangan ambil remeh tentang setiap pergerakan dan bacaan dalam solat. Khusyuk boleh dicapai apabila kita melakukan tama’ninah dengan tertib dan sempurna. Bagi bacaan dalam solat, cuba fahamkan pengertiannya. Bila kita faham apa yang di baca, baru lah kita lebih khusyuk dalam solat.

#4 Tanamkan rasa takut dan rasa malu kepada Allah

Berasa takut dan malu lah kita sebagai hamba Allah ketika melakukan solat. Dengan berasa kerdil disisiNya, kita akan takut untuk buat salah dalam melakukan solat dan secara automatik, kita akan jadi lebih fokus dan khusyuk dalam solat.

 

Daripada Imam Ibnul Qayyum

Khusyuk iman adalah khusyuknya hati kepada Allah dengan sikap mengagungkan, memulakan sikap tenang, takut dan malu. Hatinya terbuka hanya untuk Allah, dengan keterbukaan yang diliputi kehinaan kerana khawatir, malu bercampur cinta.

Allah berfirman Surah Al-Baqarah ayat 45 dan Surah Ali Imran ayat 199,

‘’Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’’

‘’Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. Mereka memperoleh pahala di sisi Tuhannya. Sesungguhnya Allah amat cepat perhitunganNya’’

Yang pastinya, keselesaan juga menyumbang kepada khusyuk nya kita pada ibadah yang dilakukan. Bagi kaum hawa, Telekung Siti Khadijah adalah pilihan terbaik bagi yang inginkan keselesaan dan telekung yang lengkap tuntutan syariah.

Telekung Siti Khadijah bakal membuka dua cawangan butik baru di Aeon Mall Kota Bharu dan Tebrau. Jom hadir beramai-ramai pada 26-28 Januari 2018 bagi memeriahkan lagi Majlis Pembukaan Butik Siti Khadijah di Aeon Mall Kota Bharu dan Tebrau. Pelbagai tawaran dan promosi menarik untuk anda seperti harga promosi sehingga 15%. 100 pembeli pertama berpeluang untuk mendapat free gift istimewa seperti  kalendar, botol air dan pouch bag eksklusif daripada Siti Khadijah, serta baucar pembelian Siti Khadijah.

Layari www.sitikhadijah.com dan Instagram @catalogue.sitikhadijah untuk info lanjut.

Jumpa anda di sana!  

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE