Banyak makan di bulan Syawal? Jom puasa sunat 6 Syawal!

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan bulan Syawal tahun ini. Pastinya Hari Raya Aidilfitri tahun ini memberi lebih makna kepada kita dari tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah. 🙂

Bila dah raya tu, kadang-kadang kita tidak sedar yang kita makan terlalu banyak . Al maklumlah, pelbagai juadah raya yang dihidangkan oleh sanak saudara kita semua kan?

Bila dah terlebih makan tu, apa kata kita mulakan puasa Sunat 6 hari di bulan Syawal? Fadilatnya pun banyak! 🙂

Siapa alami ‘situasi’ begini di musim raya ni? Hehe.. 🙂

Jadi apa antara solusi terbaik? Ya, puasa sunat!

Berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan bererti puasanya adalah sama dengan puasa selama 10 bulan. Berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal pula sama seperti dengan 60 hari (2 bulan) berpuasa. Oleh sebab itulah, mereka yang berpuasa 1 bulan di bulan Ramadan, kemudian berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal akan mendapat pahala puasa seperti setahun penuh

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” HR Muslim

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud,

“Mahukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai..…”-HR Tirmidzi-

Berdasarkan hadis ini, dapatlah kita simpulkan yang puasa juga adalah perisai seorang Muslim daripada maksiat semasa dia di dunia, dan merupakan perisainya dari api neraka di akhirat nanti.

Antara hikmah berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal:-

1. Pelengkap dari puasa di bulan Ramadan

Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadan adalah pelengkap pahala dari puasa setahun penuh. Penyempurna dari kekurangan, membawa maksud, walaupun hukumnya sunat, pada hari Kiamat nanti perbuatan2 fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunnah ini.

Rasulullah pernah bersabda dalam hadis Qudsi yang bermaksud,

“Dan senantiasa hamba Ku mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan2 sunnah sehingga Aku mencintainya.” -HR Bukhari

2. Sistem pencernaan yang baik

Selama 1 bulan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang. Kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan apabila disajikan dengan pelbagai juadah di dalam pelbagai majlis yang biasa masyarakat kita lakukan di bulan Syawal ini. Maka, puasa 6 ini memberi peluang kepada sistem pencernaan kita yang telah direhatkan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.

3. Amalan Ramadan tidak terputus

Antara manfaat lain berpuasa 6 di bulan Syawal adalah amalan yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam bulan Ramadhan, untuk mendekatkan diri-Nya dengan Allah, tidak akan terputus setelah berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama seseorang itu masih hidup. Ini juga mengajar kita untuk beribadat secara istiqamah dan berpanjangan. Menyusuri daripada kata-kata golongan cerdik pandai,  “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.”

4. Tanda syukur rahmat di bulan Ramadan

Bepuasa di bulan Ramadan pastinya akan mendatangkan maghrifah atas dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal. Maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda kita bersyukur dengan ganjaran yang diterima. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan olehNya dalam bulan Ramadan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadan, ia tidak mengundang kita daripada merasa bosan, berat atau jenuh ketika berpuasa, dan meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal.

 

Haaa apa lagi tunggu? JOm kita segerakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ni. Akan tetapi, bagi mereka yang mempunyai hutang berpuasa di bulan Ramadan, jangan pula lupa untuk menyudahkannya dahulu sebelum memulakan berpuasa 6 ini. Ini kerana barangsiapa yang berpuasa Syawal terlebih dahulu dan masih ada tanggungan puasa Ramadan, maka puasanya itu hanya dianggap puasa sunnah muthlaq (puasa sunnah biasa) dan tidak mendapatkan ganjaran puasa di bulan Syawal.

Selamat berpuasa sunat 6 hari Syawal semua! 🙂

 

 

 

Kredit kepada: Hafizamri.com

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Salam Lebaran Daripada Siti Khadijah !

Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati..

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua pelanggan setia SK dan seluruh umat Islam. Semoga Aidilfitri kali ini memberi lebih makna buat kita semua. Berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman masing-masing. Semoga kita semua bergembira beraya di samping insan yang tersayang dan jangan kita lupakan insan yang kurang bernasib baik ya. 🙂

~Ikhlas daripada Team Telekung Siti Khadijah~

 

 

p/s: PERHATIAN! Promosi Serikan Lebaran Siti Khadijah telah dilanjutkan tarikh sehingga 17 Jun 2018! Wahhh, jom ramai-ramai Serikan Lebaran anda bersama Siti Khadijah dengan mengunjungi ke butik-butik SK berhampiran anda. Nak order online? Boleh! layari sahaja www.sitikhadijah.com . Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi.~  

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#PASTIKANASLIBARUBELI DI SITI KHADIJAH!

PERHATIAN KEPADA FAMILI SK!!

Team SK ingin war-warkan sesuatu yang amat penting kepada semua pengguna Telekung Siti Khadijah. Berikut adalah perkara yang anda perlu peka. Pengumuman ini dibuat disebabkan penularan penjualan telekung tiruan Vietnam menggunakan jenama Siti Khadijah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jangan lupa untuk kongsikan kepada saudara-mara dan sahabat-handai anda ya.

#Originalah #TelekungSitiKhadijah #PastikanAsliBaruBeli

Jom bantu Team SK hapuskan modus operandi penjualan Telekung Tiruan SK ini. Kami yakin dan pasti, jika tiada sokongan daripada anda, pasti isu ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Belilah Telekung SK, hanya yang ORIGINAL! 🙂

Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~ 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

GST Sifar di Telekung Siti Khadijah!

Para penggemar Telekung Siti Khadijah, BERITA BAIK BUAT ANDA!

Sempena ‘Malaysia Baru’ ni, kita pun tahu yang cukai GST akan di sifarkan, betul?

Telekung Siti Khadijah juga akan mengimplimentasikan GST Sifar bermula 1 Jun 2018. Malah, pada 25hb yg lalu, ada produk terpilih sudah pun kami turunkan harga bagi memberi kemudahan kepada pelanggan SK yang ingin dapatkan faedah daripada inisiatif penurunan GST ke 0% ini.

Haa apa lagi tunggu? GST sudah disifarkan, jom la kita membeli-belah di Siti Khadijah. Pelbagai promosi yang Team SK tawarkan sepanjang bulan Ramadan. Bagi kaum Adam yang mencari kelainan dan keselesaan pakaian raya, SK memasarkan produk terbaru iaitu Set Baju Melayu Siti Khadijah . Untuk info lanjut, layari saja laman Facebook dan Instagram Telekung Siti Khadijah atau laman sesawang Siti Khadijah di www.sitikhadijah.com.

Serikan lebaran anda tahun ini dengan Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~ #SelesaSampaiSudah

 

Antara koleksi terbaru SK, Set Baju Melayu dan Baju Kurung~

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Jom Membeli-belah Produk SK di Raya Fashion Week di Isetan KLCC!

Assalamualaikum! 🙂 Bagaimana dengan puasa anda? Pejam celik pejam celik, kita sudah pun melepasi fasa pertama bulan Ramadan yang mulia ini. Cepat sungguh masa berlalu kan? Apa-apa pun admin doakan anda semua terus laju mengejar amal dan kebaikan di bulan ‘pesta pahala’ ini. Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah. Ameen…

Siapa pergi ke Festival Gema Lebaran 2018 yang berlangsung di MAEPS, Serdang minggu lepas? Jika di Gema Lebaran 2018 SK berikan anda promosi yang kaw-kaw punya, kali ini sekali lagi Team SK ingin menyajikan anda dengan promosi-promosi terhebat khas untuk #FamiliSK yang tidak jemu-jemu menyokong Telekung SK! :_

‘Di mana promosi baru SK tu?’ 

Haaaa..ayuh kita membeli-belah produk SK sempena program Raya Fashion Week 2018. Promosi Raya Fashion Week SK yang bermula pada hari ini sehingga 30 Mei 2018 menawarkan pelbagai produk SK dengan harga lebih berpatutan dan mampu milik.

Ada yang bertanya? SK jual telekung je ke? Jawapannya mestilah TIDAK. Tahu tak Siti Khadijah juga mengeluarkan produk-produk lain seperti jubah, kasut wanita, stokin tangan, sarung lengan dan sebagainya. Kena pula dengan musim nak raya ni kan, SK juga mengeluarkan Set Baju Melayu dan Baju Kurung SK dengan 5 pilihan warna yang digemari oleh pengguna moden sekarang.

Jadi apa lagi tunggu? Jom lah shopping raya bersama SK di Program Raya Fashion Week 2018, bertempat di Isetan, KLCC pada 28-30 Mei 2018. Serikan lebaran anda bersama Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

 

Wahhh hadiah percuma pun ada lah! 🙂

 

Antara produk terbaru Siti Khadijah sempena Raya Fashion Week 2018 di Isetan, KLCC~

 

 

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Selesa Ber’terawih’ Tahun Ini Dengan Telekung Siti Khadijah

Solat Sunat Terawih pastinya antara ibadah utama yang dinanti-nantikan semua umat Islam apabila tibanya bulan Ramadan. Kebiasaanya bagi masyarakat Islam di Malaysia, kita akan ke masjid atau surau berdekatan rumah kita selepas Maghrib (selepas berbuka puasa). Keadaan cuaca di Malaysia lembab dan agak panas juga membuatkan ramai Muslimah di Malaysia mengalami masalah seperti berikut:

  • Menukar setiap telekung yang berbau dan kotor.
  • Kebersihan pakaian solat dan menerapkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersiha
  • Telekung wakaf berbau dan hapak,
  • Mempunyai kesan solekan dan bintik hitam kerana basah

‘Fed up’ dengan masalah yang dihadapi ini? Apa kata kita beralih dan merasai pengalaman memakai Telekung Siti Khadijah? Boleh pakai masa solat Terawih di bulan Ramadan ni! 🙂

Jangan beli Telekung Siti Khadijah sebab jenama, tapi belilah sebab kualiti nya.

Sempena bulan Ramadan ini, Telekung Siti Khadijah bakal mengadakan Promosi Gema Lebaran 2018, di MAEPS, Serdang. Ya! Pelbagai produk-produk baru SK akan dipasarkan di Gema Lebaran dan yang paling penting ialah diskaun sehingga 15% . Pastinya berbaloi-baloi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke MAEPS Serdang bagi Promosi Gema Lebaran Siti Khadijah pada 26 dan 27 Mei ini dan temui Team SK di booth bernombor L032 & L033. Bawak saudara-mara dan sahabat handai sekali ya! kami tunggu anda di sana. 🙂 Layari juga Facebook Telekung Siti Khadijah untuk info lanjut.

 

Antara koleksi terbaru dari SK sempena Gema Lebaran 2018 di MAEPS, Serdang pada 26 & 27 Mei ini!

   

 

 

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Cara Menawan Hati Ibu Bapa Kita

Bagaimana puasa anda? Harapnya Allah permudahkan segala urusan berpuasa kita pada tahun ini ya… 🙂

Siapa yang tidak sayang akan ibu-bapa masing-masing, betul? Mereka lah yang melahirkan kita, dan tanpa mereka, tiada lah kita hidup di dunia ini. Sejak kecil, kita dididik dan di beri kasih sayang yang tidak berbelah bagi oleh ibu-bapa kita. Jadi mengapa apabila kita meningkat dewsa, mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama terhadap kedua orang tua kita?

Sebenarnya, kadang-kadang perkara sekecil zarah sahaja mampu membahagiakan hati kedua ibu-bapa kita. Di bulan Ramadan yang mulia ini, jom saya kongsikan cara-cara yang senang untuk menambat hati kedua orang tu kita.

#1 Berbicaralah secara lemah-lembut

  • Sudah pastinya ibu-bapa kita akan lebih terasa dan sensitif kerana mereka terlebih dahulu ‘makan garam’ dari kita.
  • Jadi, gunakanlah perkataan yang lembutdan sopan, serta jangan lah kita sesekali meninggikan suara kita kepada mereka. Takut kecil pula hati mereka nanti.
  • Sebagai anak juga, kita tidak boleh bercakap dengan ibu-bapa kita seperti bercakap dengan rakan kita.
  • Percayalah, jika kita berlembut dengan mereka, mereka juga akan berlembut dan akan rasa lebih dekat dengan kita.

#2 Tidak Merendah-rendahkan/Menghina Ibu Bapa 

  • Jika suatu hari nanti kita sudah bekerjaya, memiliki keluarga, mewah dan berharta jangan sekali-kali menghina dan melupakan kedua ibu bapa kita.
  • Walau sejahat mana pun mereka di pandangan anda, ianya tetap berdosa besar jika kita mengherdik insan yang melahirkan kita ke dunia ini.
  • Sentiasa ingat bahawa kita bermula dari mereka. Apabila Allah SWT memberi nikmat-Nya buat kita maka inilah peluang untuk kita membalas jasa mereka.
  • Kenanglah segala penat lelah mereka yang membesarkan kita sehingga berjaya. Sentiasa berterima kasih kepada mereka agar mereka rasa dihargai.

#3 Tidak terlalu berkira dengan Ibu-Bapa

  • Ibu bapa adalah insan yang tidak pernah mendahulukan kepentingan diri mereka. Sudah pasti anak-anak menjadi keutamaan dalam hidup mereka.
  • Sebagai seorang anak, bermurah hatilah dalam berkongsi nikmat yang Allah sudah berikan kepada kita. Bukankah rezeki datang daripada-Nya?
  • Dengan bersedekah dan tidak berkira dengan kedua ibu bapa boleh menjadi sebab rezeki kita sentiasa dimurahkan. Ingatlah, rezeki kita Allah dah susun baik-baik. Hanya menunggu masa yang tepat untuk dilepaskan satu-persatu.

#4 Segerakan Permintaan Mereka

  • Jika ibu bapa memerlukan khidmat bakti kita sebagai anak, perlulah kita segerakan tanpa sebarang alasan dan penangguhan.
  • Walaupun kita sedang bersolat sunat sekalipun, kita wajib mendahulukan panggilan ibu.
  • Berbaktilah kepada ibu bapa dengan berbuat baik kepada mereka, mengerjakan hak-hak mereka, sentiasa mengikut segala perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak.
  • Menjauhi sebarang perkara yang menyakiti hati mereka dan mengerjakan apa yang menggembirakan mereka.

Dan yang terakhir sekali ialah………….

 

#5 Lakukanlah sesuatu yang menggembirakan ibu bapa kita selalu! 🙂

  • Sebagai seorang anak, kita sewajarnya paling mengenali dan mengetahui perkara yang mereka suka dan tidak suka.
  • Maka, usahalah sebaik mungkin agar kita dapat menggembirakan hati mereka walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Bahagikanlah masa yang sebaiknya agar dapat memenuhi keperluan ibu bapa disamping kesibukan kita dalam bekerja mahupun berkeluarga.
  • Sentiasa pandai memenangi hati orang tua agar hidup kita lebih mendapat keberkatan. Banyak kisah tauladan yang dapat kita jadikan contoh dalam perkara berbakti kepada kedua ibu bapa.

 

Sama-samalah kita perbaiki hubungan kita dengan ibu bapa agar hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredaan-Nya di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Kredit kepada: Tazkirah.net

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Nak Bersedekah Tidak Semestinya Menggunakan Wang Semata-mata…

Sedekah merupakan suatu amalan yang mulia dan di pandang tinggi oleh Allah. Sedekah juga merupakan perkara yang dituntut oleh Islam. Pastinya besar ganjaran bagi yang gemar bersedekah kerana Allah. Sebagai contohnya, mati seorang yang suka bersedekah akan berada dalam keadaan Husnul Khatimah dan akan terhapus sikap sombong nya.

Kita selalu kaitkan sedekah dengan wang ringgit, betul tak?

Penting untuk kita faham konsep bersedekah itu sendiri. Ramai dalam kalangan kita yang masih beranggapan bahawa jika ingin bersedekah, kita mestilah berduit dan ‘hidup senang’ terlebih dahulu. Wahai umat Islam, jangan sempitkan pemikiran anda, kerana sesungguhnya konsep bersedekah itu kan luas? 🙂 

Berikut saya kongsikan 4 cara bersedekah secara kreatif. Semoga bermanfaat buat semua.

1. Sedekah Sabun Basuh Tangan/Pewangi

 

  • Susah untuk kita jumpa pewangi/sabun basuh tangan di tandas-tandas masjid atau surau sekarang, kan?
  • Namun tidaklah semua masjid tidak mempunyai sabun atau pewangi tandas, namun ianya jarang kelihatan. Sampaikan kadang-kadang tandas-tandas di masjid ini ada yang berbau, walaupun sudah dicuci sebelum nya.
  • InsyaAllah, jika kita sedekahkan pewangi dan sabuh basuh tangan di tandas-tandas masjid/surau, pengguna yang solat di situ dapat menggunakan dan memberi manfaat kepada semua orang. Masjid/Surau pun akan jadi lebih bersih dan wangi.
  • Senang kan nak dapat saham pahala di akhirat nanti? 🙂

 

2. Jangan pandang remeh terhadap Duit Syiling!

 

  • Tipu lah kalau kita tak pernah dapat duit syiling dalam kehidupan seharian kita, kan?
  • Apa kata kita guna pendekatan bersedekah dengan cara yang berbeza dan kreatif menggunakan duit syiling ini. Bagaimana caranya?
  • Jadi apa kata bermula pada hari ini kita wujudkan satu tabung khas untuk menyimpan baki syiling ini dan kemudian sedekahkan setiap syiling yang disimpan ini kepada mereka yang memerlukan setiap hujung bulan.
  • Mungkin kita tidak sedar,kadang-kadang dalam masa seminggu sahaja kita dapat kumpul hampir RM10 dengan hanya menggunakan duit syiling sahaja! 🙂

 

3. Sedekah Baki Bayaran

 

  • Apakah yang dimaksudkan dengan sedekahkan baki bayaran?
  • Rajin-rajinlah menyebut perkataan ‘keep the change’ sebagai tanda sedekah kita!
  • Tidak ramai yang sedar tentang cara sedekah sebegini. Kalau bukan selalu, sekurang-kurangnya sekali-sekala sudah memadai.
  • Cuba biasakan untuk halalkan/niatkan sedekah untuk baki bayaran yang nilainya kecil. InsyaAllah, lama-kelamaan Allah akan tanamkan sikap untuk memberi/sedekah lebih daripada itu pada masa akan datang.

 

 

4. Sedekah kan kelengkapan solat seperti……….Telekung! 🙂

 

  • Jika kita lihat pada kebanyakan surau atau masjid di pusat membeli-belah mahupun di kawasan rehat dan rawat, seakan kekuarangan kelengkapan ibadah seperti kain pelikat dan telekung.
  • Jika ada pun, pastinya ada yang sudah berbau ataupun lusuh.
  • Kadang-kadang, tanpa kitra sedar pakaian kita terdedah dengan banyak perkara yang kotor, jadi kain pelikat dan telekung ini menjadi satu keperluan untuk bersolat.
  • Bayangkan jika anda dapat sedekahkan kain pelikat dan telekung, pastinya ramai yang mendapat manfaat daripada apa yang kita sedekahkan.

Lagi-lagi, telekung yang disedekahkan adalah telekung yang berkualiti premium seperti Telekung Siti Khadijah! 🙂

Layari laman www.sitikhadijah.com untuk promosi menarik daripada Telekung Siti Khadijah~

Bersedekah yang paling baik ialah kita memberikan sesuatu yang orang benar-benar memerlukannya. Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik dari sedekahkan naskah surah Yasin di masjid yang sememangnya sudah banyak naskah al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,


“Setiap kebaikan adalah sedekah”-Hadis Riwayat Muslim

Apabila kita menyampaikan sesuatu yang baik juga dianggap sebagai satu sedekah. Maka dengan wujudnya pelbagai sosial media sekarang, cuba gunakan untuk menyampaikan pesanan yang baik-baik untuk diri sendiri dan juga orang lain. Peringatan itu juga menjadi satu sedekah buat kita kepada orang lain.

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Sebelum ke Bulan Ramadan, Amati Bulan Sya’ban Dahulu

Bulan Sya’ban adalah bulan yang penuh berkat dan kebaikan. Tahukah anda? Pada bulan ini juga Allah akan membuka pintu rahmat dan ampunan ke atas hambaNya seluas-luasnya. Sebab itulah, kita sebagai hamba Allah dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan sunat seperti berpuasa sunat pada bulan Sya’ban.

Hal ini sebagaimana yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW:

 Nabi SAW lebih sering puasa sunah di bulan Sya’ban dibandingkan pada bulan lainnya, (HR Bukhari).

Bukan hanya berpuasa sahaja, kita juga perlu memperbanyakkan ibadah dan melakukan amalan yang baik dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban.

Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki menegaskan bahawa terdapat banyak kemuliaan di malam nisfu Sya’ban. 

Allah akan mengampuni dosa hambaNya yang memint keampunan dariNya pada malam itu, mengasihi orang yang minta kasih, menjawab doa orang yang meminta, melapangkan penderitaan orang susah, dan membebaskan sekelompok orang dari neraka.

Berikut saya kongsikan 3 amalan mudah yang dapat kita amalkan dari kitab Madza fi Sya’ban karya Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki:

1. Memperbanyakkan Doa 

Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud,

“(Rahmat) Allah SWT turun ke bumi pada malam nisfu Sya’ban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa musyrik dan orang yang di dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan),” -HR Baihaqi

2. Banyakkan membaca 2 kalimah syahadah

  • Dua kalimah syahadat termasuk dalam kalimah yang mulia.
  • Ianya sangat baik dibaca pada bila-bila masa pun, lebih-lebih lagi pada malam nisfu Syaaban.

Sayyid Muhammad bin Alawi mengatakan,

Seeloknya seorang Muslim itu mengisi waktu yang penuh berkah dan keutamaan dengan memperbanyakkan membaca dua kalimah syahadah, La Ilaha Illallah Muhammad Rasululullah, khususnya bulan Sya’ban dan malam pertengahannya.”


3. Memperbanyakkan istighfar 

  • Tidak ada satu manusia pun yang bersih dari dosa dan salah. Itulah manusia.
  • Hari-hari kita pasti akan bergelumang dengan dosa. Namun, Allah sentiasa membuka pintu taubat dan keampunan kepada hamba-hambanya.
  • Oleh itu, pinta lah keampunan dariNya dengan beristighfar, lebih-lebih lagi di malam nisfu Sya’ban.

Sayyid Muhammad bin Alawi menjelaskan lagi, 


 “Istighfar merupakan amalan utama yang harus dibiasakan orang Islam, terutama pada waktu yang memiliki keutamaan, seperti Sya’ban dan malam pertengahannya. Istighfar dapat memudahkan rezeki, sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur’an dan hadis. Pada bulan Sya’ban pula dosa akan diampuni, segala kesulitan akan dimudahkan, dan kesedihan dapat dihilangkan”.

 

Demikianlah tiga amalan utama di malam nisfu Sya’ban menurut Sayyid Muhammad. Semua amalan itu berdampak baik dan memberi keberkahan kepada orang yang mengamalkannya. 


Semoga kita termasuk orang yang menghidupkan malam nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan doa, membaca 2 kalimah syahadah, istighfar, serta kalimah-kalimah mulia yang lain, insyaAllah. 🙂

Kredit kepada: Nu.Or

 

 

Pssssttttt…Ni ada pesanan penaja sedikit…. 🙂

Bulan puasa dah dekat ni, korang tak nak rasai keselesaan telekung Siti Khadijah ke untuk solat sunat Terawih nanti? Haaa..sekarang SK ada buat promosi Road to Ramadan Online 2018 tau. Anda boleh dapatkan harga promosi produk-produk SK dan ‘pre-order’ saja kepada kami. Cepat tau! Tempahan hanya bermula 26 April-6 Mei 2018 sahaja tau. Jangan lepaskan peluang keemasan ni! 🙂

#RoadtoRamadan #OnlineKanSenang

 

 

 

 

Peraduan Cabutan Bertuah pun ada bagi pembelian RM 300 ke atas. Haduah utam ialah Pakej Mengerjakan Ibadah Umrah! 🙂

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Langkah Mengatasi Perasaan Was-was Ketika Berwudu’ & Solat

Apa itu Was-was?

Was-was sebenarnya merupakan bisikan ke dalam jiwa dan pemikiran oleh syaitan yang menjadikan diri sentiasa tidak pasti yang telah dilakukan sejak peristiwa Adam dicampak ke bumi.

Berikut adalah beberapa langkah menghilangkan was-was ketika mahu mengambil wuduk dan menunaikan solat. Semoga bermanfaat buat semua.

#1 Amalkan Membaca Isti’azah & 3 ‘Qul’

  • Baca sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat dan sebelum tidur. Banyakkan membaca Al-Quran dan berdoa agar anda dijauhkan daripada bisikan syaitan, memohon kekuatan diri dan kemudahan semasa melakukan ibadah.
  • Tujuannya adalah untuk melemahkan syaitan dan memberi kekuatan kepada diri.
  • Boleh juga amalkan sebagai doa untuk menghalau syaitan.

Allah berfirman Surah Al-A’raf, ayat 200 yang bermaksud,

“Dan jika engkau dihasut oleh hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

#2 Tambahkan Ilmu Agama Dalam Diri Secara Berterusan

  • Ini membolehkan anda memahami hukum-hakam dan perkara yang boleh menghindarkan diri daripada rasa was-was.
  • Yakinkan diri bahawa minda anda sedang dikuasai oleh syaitan yang tugasnya adalah membuatkan anda berasa jemu melakukan ibadat sehingga anda tidak mahu melakukannya lagi.
  • Syaitan mempunyai tugas khas iaitu ia mahu anda menjerumuskan diri anda ke dalam neraka. Oleh itu, kuatkan minda anda serta meyakini yang boleh melaluinya.

#3 Semasa Mengambil Wuduk Dan Bersolat Tumpukan Perhatian Anda Sepenuhnya

  • Jangan melayan sebarang rasa yang menjentik hati anda yang cuba mengatakan wuduk anda ada kekurangan dan solat anda tidak diterima Allah. Kekuatan minda amat diperlukan pada masa ini.
  • Jika anda mula melayan perasaan anda, anda tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.
  • Oleh itu, jangan mengulang kembali wuduk atau perbuatan di dalam solat anda. Buat dan teruskan dengan yang lain.
  • Minta kepada Allah untuk menerima semua ibadah anda. Ingat, anda sedang melawan keburukan untuk mendapatkan kebaikan.

#4 Beritahu Keluarga Atau Rakan Anda Mengenai Masalah Anda

  • Sokongan daripada mereka sangatlah diperlukan. Tidak mustahil jika ada di antara mereka yang dapat memberikan jalan penyelesaian kepada anda.
  • Membaca artikel ini juga insyaAllah dapat membantu anda menangani masalah was-was. Ini juga bagi membantu orang lain yang mungkin keliru dengan masalah anda.

#5 Dapatkan Khidmat Kaunseling

  • Sekiranya anda masih tidak dapat selesaikan masalah was-was anda ini, cuba dapatkan khidmat kaunseling atau pakar psikologi.
  • Ini kerana was-was juga boleh dikaitkan dengan masalah psikologi yang digelar sebagai Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).
  • Bersemukalah dengan mereka dan berterus-terang dengan permasalahan anda. InsyaAllah, anda akan menemui jalan penyelesaiannya.

 

Apa yang penting, cekalkan hati dan sentiasa fokus dalam melakukan ibadah seharian kita. InsyaAllah, perasaan was-was itu akan dapat dibuang jauh-jauh! 🙂

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

p/s: Pssssttt….Ni nak bagitahu ni, Telekung Siti Khadijah dan Kartun Animasi, Omar & Hana akan ‘berkampung’  selama 4 hari bermula 26 April hingga 29 April 2018 sempena Fiesta Omar & Hana bersama Siti Khadijah.

Di mana? Haa jom datang bawa si kecil anda ke Centre Court, Alamanda Putrajaya ! Macam-macam aktiviti menanti anda. Pastinya juga #TeamSK akan memberi tawaran promosi yang istimewa sempena pengeluaran produk telekung kanak-kanak yang baru yang diberi nama Telekung Hana. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, kami tunggu anda di sana! 

 

 

 

 

 

 

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE