Perkara Yang Menjejaskan Ibadah Puasa Anda

 Haaa… Dah nak dekat bulan puasa ni kan? Ni nak pesan sikit ni… 🙂

Kita berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga semata-mata. Setiap amalan dan perbuatan kita juga memberi kesan kepada pahala puasa sama ada ianya membawa kebaikan dan menambah pahala atau sesuatu yang akan mengurangkan pahala puasa kita.

Kadang-kadang kita tak sedar kita mungkin pernah melakukan perkara-perkara ini. Jadi, di bulan Ramadan yang akan datang tidak lama lagi ni, jom sama-sama kita ubah tingkah laku kita dan sentiasa berjaga-jaga dalam setiap apa yang kita lakukan. Saya kongsikan di sini aku 10 perkara yang boleh rosakkan puasa kita. Semoga bermanfaat buat semua. 🙂
#1 Perkara Yang Terbit Dari Lidah / Mulut

  • Hindari daripada berbual yang terlampau tentang keduniaan, berdusta, mungkir janji, mendoakan dengan kejahatan, memaki hamun, bergurau dengan cara mengejek.
  • Jika ini yang anda lakukan ketika anda sedang berpuasa, anda tahu apa maknanya kan? Ianya hanya SIA-SIA!

#2 Penglihatan / Pandangan Mata

  • Menjaga pandangan mata adalah antara perkara yang susah untuk dibendung. Ada saja godaan syaitan yang membisik untuk melihat perkara-perkara yang dilarang seperti menonton filem yang kurang sopan atau lucah, melihat aurat orang lain, memandang seseorang dengan keinginan nafsu.
  • Apa yang boleh kita lakukan, cekalkan hati dan iman, ingat bahawa kita sedang berpuasa dan tundukkan pandangan mata kita agar terpelihara daripada melakukan dosa-dosa yang berkaitan dengan apa yang kita pandang.

#3 Perbuatan Yang Melibatkan Tangan

  • Jangan pernah terdorong untuk melakukan perbuatan tidak elok seperti mencuri, merompak, memukul orang atau haiwan, merosakkan harta benda dan segala perbuatan dilarang yang boleh dibuat menggunakan tangan.
  • Andai kata anda lakukan perkara berikut, puasa anda akan tersia begitu sahaja.

#4 Pendengaran / Telinga

  • Hindari daripada mendengar perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa seperti mendengar cerita keburukan orang lain, berita fitnah yang belum tahu kesahihannya, mendengar lagu yang melalaikan dan lain-lain yang berkaitan dengan pendengaran.
  • Senang cerita, jauhi daripada mendengar perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah.

#5 Perkara Yang Menggunakan Kaki

  • Antara perbuatan yang melibatkan kaki yang perlu kita jauhi bukan sahaja pada bulan puasa, malah pada setiap masa ialah  tempat-tempat hiburan, pusat perjudian, pesta-pesta yang melekakan, dan semua tempat yang bercampur lelaki dan perempuan.

#6 Mengisi Perut / Nafsu Makan

  • Keinginan mengisi perut dengan pelbagai juadah berbuka sehingga berlebih-lebihan akan membawa kepada pembaziran.
  • Membazir atau membuang makanan adalah tidak baik. Bukan kah membazir itu amalan syaitan? 🙂
  • Oleh itu, janganlah mengurangkan pahala puasa semasa sedang berbuka dengan mengikut apa yang perut kita inginkan.
  • Perut yang berpuasa jika diisi dengan sedikit makanan pun dah boleh rasa kenyang. Tak perlu ikut nafsu yang meminta dihidangkan pelbagai juadah sewaktu berbuka.

#7 Mendedahkan Aurat

  • Mendedahkan aurat bagi lelaki dan wanita hukumnya adalah haram dan berdosa.
  • Oleh itu, adalah dikira rosak puasa kita jika melakukan perkara yang memang sudah nyata diharamkan oleh Allah dan agama Islam.

#8 Meninggalkan Solat Fardhu

  • Orang yang meninggalkan sembahyang atau solat fardhu 5 waktu adalah telah melakukan dosa besar.
  • Orang yang berpuasa tapi tak solat tetap berdosa walaupun puasanya sah. Cuma, puasa orang yang tak sembahyang atau tak solat ni tiada nilainya di sisi Allah SWT.

Semoga kita sentiasa berhati-hati dan mengelak atau menjauhi perkara-perkara yang boleh rosakkan puasa Ramadan.

Puasa yang sempurna adalah apabila kita berjaya menguasai nafsu syahwat di bulan puasa, bukannya diri kita yang dikuasainya. Allahu’alam🙂

Kredit kepada: Kalam Insani

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Mungkinkah Ramadan Tahun Ini Yang Terakhir Buat Kita?

Ramadan adalah bulan yang umat Islam sering nanti-nantikan. Namun pernah kita berfikir sejenak, adakah hari-hari yang berlalu kita telah merebut ganjaran yang disediakan atau ianya berlalu pergi dengan sia-sia seperti hari di bulan-bulan yang lain?

Ambil peluang untuk melipatgandakan dan memperbaiki amalan kita di bulan Ramadan pada tahun ini. Sudah tentu kita tidak mahu lepaskan peluang melakukan amalan-amalan berikut bagi mendapatkan ganjaran yang yang telah dijanjikan Allah:-



#1 Bulan Ramadan adalah bulan di mana amalan kita akan dilipatgandakan Banyakkanlah bersedekah dan berinfaq di jalan Allah.


#2 Bulan di mana Allah ampunkan dosa-dosa yang lalu.


#3 Di bulan Ramadan jugalah Al-Quran diturunkan, maka perbanyakkanlah amalan membaca Quran.


#4 Ramadan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat dan waktu yang mustajab untuk berdoa. Maka perbanyakkanlah doa kita. InsyaAllah, Allah akan makbulkan jika kita betul-betul ikhlas.


#5 Bulan Ramadan juga ditunggu-tunggu kerana ada nya solat sunat terawih. Pastikan kita melakukan solat sunat terawih dan jangan kita dilepaskan peluang ibadah yang istimewa ini.

 

Ayuh bersama kita tingkatkan amalan di Ramadan ini kerana belum tentu kita dapat bertemu dengan Ramadan tahun hadapan. Dan, mungkinkah in Ramadan yang terakhir buat kita?

Dapatkan promosi istimewa Siti Khadijah sempena menyambut bulan Ramadan ini. Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Ibadah terawih lebih bermakna dengan Telekung Siti Khadijah!

Sedar tidak sedar, bulan mulia, iaitu bulan Ramadan sudah kian hampir menerpa kita. Teruja kah kita untuk menyambut bulan Ramadan Al Mubarak ini? Saya sudah semestinya tidak sabar untuk bertemu Ramadan dan berlumba-lumba untuk melakukan amalan pada bulan puasa ini.

 

Anda pula bagaimana? Kongsikan di ruangan komen di bawah ya! 🙂

Jadi, apabila kita berbicara tentang bulan Ramadan, sudah pasti lah tuntutan rukun Islam ke-3 iaitu sebulan berpuasa harus dilaksanakan seluruh umat Islam. Pastinya apabila sebulan berpuasa di bulan Ramadan akan membawa seribu satu makna buat kita semua. Haaaa..jangan lupa untuk tunaikan solat sunat terawih setelah selesai berbuka puasa!

 

Bagi kaum Hawa yang belum berkesempatan untuk merasai keselesaan Telekung Siti Khadijah, INILAH MASANYA!

 

Keselesaan ketika beribadah merupakan elemen yang penting untuk mendapatkan khusyuk kepada Allah. Kualiti premium telekung Siti Khadijah yang diperbuat daripada fabrik cotton-feel membuatkan anda berasa tidak panas dan selesa sepanjang ibadah terawih di bulan Ramadan ini.

 

Berita baik juga kepada kaum Hawa sekalian! Siti Khadijah akan jalankan promosi istimewa sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan. Bukan sahaja produk telekung, anda juga boleh dapatkan aksesori wanita seperti beg, stokin kaki dan tangan, jubah, baju kurung dan banyak lagi. Bagi kaum Adam pula, jangan risau! Siti Khadijah juga mengeluarkan produk premium buat kaum Adam seperti, kemeja Adam dan kain ihram.

 

Antara promosi dan koleksi Siti Khadijah khas untuk pelanggan setia Siti Khadijah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan~

Telekung TPO 2.0

Shawl Paisley

Brooch eksklusif Siti Khadijah~

Kini anda boleh dapatkan produk-produk Siti Khadijah dengan harga diskaun secara dalam talian di www.sitikhadijah.com. Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE