Telekung & Aurat?

Apabila kita berbicara tentang aurat, ianya boleh dikatakan sejauh mana kita dapat menjaga batasan tubuh yang telah ditetapkan Islam. Jika dengan menggunakan kain kita dapat menutup aurat, maka kain lah yang kita wajib gunakan. Jika perlu menggunakan plastik untuk menutup aurat (dengan syarat plastik itu menepati kaedah menutup aurat), maka wajib lah menutup aurat dengan plastik. Itu baru bab aurat sesama manusia.


Bagaimana pula aurat dengan Allah?

  • Wajib menutup aurat semasa solat dan melakukan ibadah Haji/Umrah



Situasi 1
Seorang lelaki yang solat secara sendiri di dalam  bilik, sah solatnya walaupun hanya memakai kain pelikat tanpa berbaju dan menampakkan bulu ketiak semasa mengangkat takbir. Solatnya juga sah jika memakai seluar yang menutupi aurat antara pusat dan lutut. Begitu juga jika lelaki itu solat di masjid, sah solatnya yang memakai kain atau seluar bermuda semata2, namun ada isu lain yang perlu dititikberatkan.

 

Situasi 2
Bagi kaum Hawa yang menunikan solat, sekalipun anda memakai telekung putih yang tebal dan mengikut batasan yang ditetapkan syarak, bukan semua tempat anda  boleh bersolat sekalipun tempat itu suci bersih lagi murni. Sebagai contoh, solat di depan lelaki bukan mahram.. sekalipun beliau sudah menutup aurat, namun ianya tetap tidak manis di pandang orang dan akan menimbulkan fitnah.

Maka, masalahnya di sini bukanlah jika dipakai ketika solat kerana wanita memang solat di bilik atau ruang muslimah). Ia cuma menjadi masalah jika telekung yang dipakai jelas menampakkan aurat kita. Oleh itu, jenis kain dan kualiti telekung harus di ambil perhatian oleh Kaum Hawa bagi mengelakkan dari sebarang maksiat (menampakkan aurat/bentuk tubuh). Moga bermanfaat buat semua. Allahua’lam. 🙂

 

Dapatkan koleksi telekung Siti Khadijah di www.sitikhadijah.com


 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Cerita Tentang Telekung…?

Saya tertarik membaca sebuah nukilan daripada seorang Muslimah yang menceritakan pelbagai perihal telekung oleh kebanyakan Muslimah di Malaysia. Jom kita hayati dan ambil iktibar atas perkongsian ‘sis’ ni. Apa yang penting, sentiasa positif dalam kehidupan kita.  Moga bermanfaat buat semua~

 

CERITA TELEKUNG…

Assalamualaikum semua. Aku buat luahan ni sebab dah lama aku pendam sejak zaman budak lagi. Makin lama aku membesar, benda ni tak pernah berubah. niat aku disini tidak lah untuk memburukkan mana-mana pihak mahupun membuka aib. Tapi aku cuma nak tegur sikit. Aku tak berkata aku ni insan yg baik dan mulia. Kita sama2 tegur sesama kita..

Aku nak bercakap tentang perempuan. Ye. Perempuan. Aku hormat dan salute bila aku nampak perempuan solat. Especially orang yg suka solat awal waktu. You’ve earned my respect. Tapi satu benda aku terkilan. Sifat sesetengah mereka semasa solat.

Sejak kecil, aku memang selalu travel pergi sana pergi sini. Singgah mana2 surau atau masjid bila masuk waktu dan mana-mana aku pergi, aku akan jumpa sejenis manusia ni. Bab wudhu, tak pernah menghampakan. aku selalu nampak perempuan-perempuan yang bermake up tu selalunya bersihkan dulu make up diorang. Tapi bila start solat. itu menghampakan. Some of this people aku rasa macam “ermm.. kenapa laa kau macam ni..” then aku terus rasa bersalah. tak baiknya fikir macam tu.

1. Solat berdekatan rak telekung
Ya betul. senang kita nak ambil sidai telekung bila kita kat sebelah rak. But have you ever considered how everyone else yg nak ambil telekung? Macam mana kadang sampai terpusing2 badan kena menyelit sebab takut terlanggar awak yg tengah solat tu. Awak bukannya kat rumah awak. bukan dalam bilik awak. Nak tegur rasa tak sopan. Tapi susah kami nak ambil-sidai telekung dengan sejadah. Dah berhimpit. Nak kena aku yan g gemuk ni duk terl anggar2 rak dengan ampai tu. So, jomlah.. bila nak solat.. berikan sedikit ruang untuk memudahkan orang lain. Dapat ketengah sikit pun takpe.

2. Bacaan solat seperti menjadi Imam
Sesetengah orang ni bila kita duk kat sebelah dia.. psshhhyyyttt… phsshhuuuiiiish.. pusshhhsuiuu.. ya Allah jahatnya aku tapi awak tahu tak benda tu buat hati aku rasa tak tenang. Betul, solat kena dengar apa yg kita baca tapi agak2. Kita kat sebelah ni rasa terganggu sebenarnya. Bisiklah sesama diri awak sendiri.

3. Solat seperti sejadah ada 1000 helai
Ni paling aku menyampah. Selalu jumpa mak bawak anak2 kecil ajak mereka solat sekali. tak salah kak oii.. tapi sejadah tu kongsi ler. Dah anak 3 pastu sorang satu sejadah masuk akak dah 4. Ni bukan masjid yg ada carpet Boleh kongsi sejadah tu kan. Anak-anak awak badan kecik-kecik lagi. Tu baru mak orang. Yang bukan mak orang pun boleh tahan especially masa peak hour macam maghrib. Selalunya surau-surau kat RNR atau plaza-plaza tol ni penuh. Awak dah nampak ramai orang, share ler sejadah tu. Memang nampak orang tak mintak tapi bila kita bentang je melintang, ada je orang akan datang sebelah kita. Ini tidak. Dipakainya sorang.

4. Solat tengah-tengah dunia.
Kalau di masjid, it’s okay. Tapi kat tempat yg kecik2 tu.. Allahu.. Aku tak maksud kena solat berhimpit tepi dinding. Tapi maksud aku, kalau orang dah beratur buat saf sebaris, awak solat ler sebelah orang tu. Ini idok. Dah ler jauh, pastu orang nak nyelit antara awak dengan orang lain pun tak boleh.

5. Tak reti letak balik sejadah dan telekung di tempatnya
Dengar bunyi kelakar kan.. tapi benda ni realiti. Everywhere i go.. aku akan jumpa. Tak payah jauh, kat stesen minyak tempat aku kerja tu pun dah jumpa. awak guna sejadah-telekung tu, lepas guna, letak ler balik elok-elok. Ini tak, kalau ampai tu ada 5 baris, dia longgok je atas ampai tu. Campur sejadah dengan telekung. Sejadah tu kan tempat kita buat alas. Kadang ada tinggal je kat tempat dia solat tu, gulung ngan sejadah pastu tinggal. Kat rumah awak buat macam tu ke. Tak sangka serabai dan selekeh awak-awak ni. Letak ler elok-elok, kemas-kemas. Kan cantik. Sedap je mata memandang. Memang lah orang lain akan guna lepas awak guna.. tapi tunjukkan imej Islam awak tu. Ada jugak yg telekung elok rapi dia susun tapi sejadah biar terbentang. Babe, guna akal lah sikit. Sidai je lah. Ntah nanti ada cicak ke apa ke taik dia terjatuh. Kita bukan tahu.

6. Guna sejadah buat alas bayi
Yang ni melampau. Awak tahu awak ada anak kecik, letak lah high expectation. Setahu aku lah.. ibu-ibu ni memang dah ready barang baby. Yg aku tak tahan, dia boleh guna sejadah buat alas tukar pampers baby dia. Tak kira lah anak kau dah mummayiz ke belum, tapi kan tak elok. awak nak basuh bahan buangan anak awak kat atas sejadah? Really? Ada lah satu hari tu kat stesen, aku tak sedar pun. Akak ni pergi basuh berak anak dia beralaskan sejadah. Ada customer perasan. Customer tu yg sound dia. Kuikuikui. Dia cakap, “takde otak. Kan orang buat solat. Orang nak solat pun tak rasa senang” Dengan aku sekali dengar dia bebel. Nak nak tu terkena pulak taik anak dia sikit. Dia just basuh sikit guna air. Pastu tinggal atas tembok amik wudhu. Terus kena sound dengan customer tu. Dengan aku sekali terdiam. Aku suruh customer tu rilek, aku cakap nanti aku bersihkan semula.

7. Allah no 1, telefon no 2
Sesetengah orang ni. dah tau ada call, pergi lah duk angkat call kat luar. Dalam surau-masjid tu hold dulu lah. kan dalam tu senyap. orang cuba untuk khusyuk.. kalau awak angkat call, dengar satu tempat solat tu tau. pernah sekali aku berhenti solat waktu zohor di RNR Dengkil, aku rasa budak ni sekolah lagi. dia dapat call, terus angkat. nak tahu pasal apa? dia ajar budak yang dia tengah on call tu formula panjang. dari KM ke Meter, Meter ke CM, siap bagi example. suara budak ni lantang. memang dengar satu surau. waktu aku tengah solat. habis je solat, dia pun habis bercakap kat telefon. hmm

Sekian, ini luahan aku. 

Demikian nukilan daripada saudari Ann tentang pelbagai situasi tentang telekung dan kelakuan masyarakat Malaysia. Semoga apa yang baik mitu kita jadikan panduan dan ikutan dan yang tidak baik itu kita buang/hindari jauh-jauh ya! 🙂 Allahua’lam.

 

Apa pula cerita anda menggunakan Telekung Siti Khadijah? Komen di ruangan bawah! 🙂

 

Kredit: IIUMC.Com

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Sujud Atas Telekung Sendiri?

Kebanyakan Muslimah, khususnya di Malaysia menggunakan telekung sebagai kelengkapan ibadah solat mereka. Seringkali saya mendengar tentang persoalan tentang apakah hukum jika kaum Hawa sujud atas telekung sendiri.  Pada entri kali ini, saya kongsikan serba sedikit jawapan kepada persoalan yang sering ditanya oleh Muslimah.

Sujud merupakan rukun solat dan antara syarat sah sujud, adalah wajib mendedahkan sekurang-kurangnya bahagian dari dahi agar menyentuh di tempat sujud.

 

 

Imam Ibnu Hajar pernah menulis di dalam karangan “al-Minhaj al-Qawin” yang bermaksud:

“Syaratnya(sujud) tidak sujud atas sesuatu yang ditanggung olehnya atau yang bersambung dengannya yang mana ia bergerak dengan gerakannya ketika berdiri dan duduk. Jika seseorang itu sujud di atasnya secara sengaja dan tahu(tidak jahil) maka batal solatnya. Jika tidak (sengaja atau jahil) maka wajib dia mengulangi sujud”.

  • Maka jelaslah untuk kita ketahui bahawa automatik solat kita menjadi tidak sah jika kita sujud di atas telekung sendiri
  • Kenapa? Ini disebabkan telekung yang dipakai sudah bersambung dengan dirinya, secara tidak langsung telah bergerak dengan pergerakannya.

Contoh-contoh lain untuk lebih mudah difahami?

  • Seperti seorang wanita sujud di atas hujung kainnya yang labuh, di mana pergerakan dirinya tidak memberi kesan pada hujung kainnya. Maka sujud nya SAH dan tidak terbatal solatnya.

 

  • Dalam situasi lain, terdapat seorang Muslimah yang sedang solat berjemaah. Kemudian, dia telah sujud atas telekung kain jemaah sebelahnya. Oleh itu sjudnya tetap SAH. Ini disebabkan kerana bersujudnya dia di atas sesuatu yang tidak bergerak dengannya gerakannya dan bukan di atas tanggungannya.

Haa, dah tahu kan apa hukumnya? Sebarkan kepada rakan taulan dan saudara yang belum mengetahuinya lagi ya! Semoga kita mendapat keberkatan dalam beribadah kepada Allah. 🙂

 

Sujud lebih selesa tanpa meninggalkan kesan pada dahi anda dengan menggunakan Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

4 Cara Merapatkan Kasih Sayang Dalam Institusi Kekeluargaan

Sudah menjadi dambaan setiap manusia untuk mendapatkan kasih sayang dan belaian dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Namun, kasih sayang yang kian pudar daripada ibu bapa kini seakan telah menjadi kebiasaan di Malaysia. Ada yang sibuk mengejar pangkat dan kedudukan, sehingga mereka  lupa akan kewajipan dan tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak.

Satu kurniaan Allah kepada ibu bapa ialah perasaan kasih kepada anak-anak, simpati kepada mereka serta melayani mereka dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Ianya pasti akan mendatangkan kesan positif kepada kehidupan  anak-anak agar mereka membesar sebagai manusia yang bersyukur kepada penciptanya.

 

Ibu-bapa yang mencerminkan akhlak yang mulia kepada anak-anak, sekali gus menjadikan mereka manusia yang berbudi dan bersantun kepada kedua orang tuanya. 🙂

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,

“Bukanlah daripada golongan kami sesiapa yang tidak merasa kasihan belas kepada kanak-kanak kami (golongan kecil kami) dan tidak mengetahui hak orang-orang tua kami (tidak menghormati golongan tua kami” (Hadis Riwayat Abu Daud & At-Tirmizi)

Antara tips bagi mengukuhkan kasih sayang sesebuah keluarga ialah:

1. Mendidik & Memberi Segala Keperluan Asas

  • Tunaikan nafkah untuk kehidupan anak-anak seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan juga pendidikan
  • Anda rasa itu cukup? Ada lagi. Penting untuk kita memberi anak-anak ‘nafkah’ kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya bagi tahp perkembangan yang terbaik untuk masa depan mereka.

2. Mengasihi & Dikasihi

  • Anak yang dibesarkan dengan perasaan kasih sayang akan membesar menjadi manusia yang lebih menghargai orang lain.
  • Mereka juga akan mengasihi orang lain sebagaimana ibu-bapa mereka memberi kasih sayang ketika mereka sedang memerlukan

3. Sempurnakan Fitnah Kehidupan

  • 5 keperluan iaitu fitah manusia di dunia ini yakni  kasih sayang, keseronokan, kebebasan, penghargaan, dan keperluan untuk hidup
  • Jika tidak mampu menunaikan semuanya, kita cuba untuk mendapatkan salah satu darinya demi mencapai hubungan kasih sayang antara keluarga yang lebih utuh dan berkekalan selamanya.

4. Dekati Dengan Penuh Kasih Sayang

  • Ketahuilah, tidak menguntungkan bagi ibu-bapa yang terlalu sibuk dengan kehidupan sosial sehingga mengabaikan kasih sayang dan kasih sayang kepada anak dan keluarga.
  • Apa kesannya? – Kebergantungan anak kepada orang lain (rakan-rakan, saudara-mara)
  • Apa yang membimbangkan adalah jika mereka salah memilih rakan dan akan memilih jalan kejahatan dan semakin jauh dengan Allah, serta akan memudaratkan diri sendiri.

Jadi konklusinya, doa dan harapan yang digantungkan kepada Allah menjadi penawar kedukaan jiwa akibat kealpaan anda ibu bapa sepanjang lalai dalam menjalankan tanggungjawab mengasihi anak-anak. Allahua’lam. 🙂

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

Rapatkan hubungan kekeluargaan dengan mengajak isteri dan anak-anak solat berjemaah~ Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

5 Waktu Yang Dilarang Menunaikan Solat

Kita semua sedar betapa pentingnya ibadah solat, bukan? Solat adalah rukun Islam yang kedua, yang wajib kita tunaikan bagi mendapat keredhaan dan kemuliaan oleh Allah. Akan tetapi, masih ramai dalam kalangan umat Islam yang masih keliru dan salah faham tentang waktu-waktu yang diharamkan, dan dilarang melaksanakan ibadah solat. Pada entri kali ini, saya cuba kongsikan bila/waktu yang tidak dibenarkan solat. Semoga bermanfaat buat semua. 🙂

Antara waktu yang dilarang untuk menunaikan solat ialah:-

  • Waktu terbit matahari pagi hingga terbit sekadar segalah
  • Waktu rambang tegak berdiri hingga gelincir matahari
  • Dari waktu subuh hingga naik matahari
  • Dari sembahyang fardu Asar hingga terbenam matahari
  • Sewaktu kuning-kuning matahari hingga jatuh matahari

 

Dari Abu Hurairah RA,

“Bahawasanya Rasulullah melarang solat sesudah solat Asar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat Subuh hingga matahari terbit.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Dari Abu Said al-Kudri RA, bahawa Rasulullah bersabda:

“Tidak ada solat setelah solat Subuh sampai naik matahari dan tidak ada solat setelah Asar sehingga matahari terbenam.”

Dari Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah bersabda:

“Jika hijab matahari telah terlihat, tangguhlah solat sehingga benar-benar nampak. Jika matahari menghilang, tangguhlah solat sampai matahari benar-benar terbenam.”            (Muttafaq ‘alaih).

Jika kerana bersebab, maka tidaklah haram sesuatu perbuatan itu seperti Solat Qada’ Fardu, Solat sunat Jenazah, Solat sunat bagi meminta hujan, Solat sunat gerhana, solat nazar, Solat sunat  Hari Raya, Solat Dhuha, dan solat-solat yang lain. 

Jadi dah tahu kan waktu dilarang untuk menunaikan ibadah solat? Sampaikan kepada saudara dan rakan taulan anda! 🙂

 

 

Sudah pastinya ibadah menunaikan lebeih selesa bagi kaum Hawa dengan mengenakan Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Kita Semua Boleh Berjaya!

Kejayaan Telekung Siti Khadijah sebagai pengeluar telekung berinovasi pertama di Malaysia pada hari ini bukanlah melalui jalan yang senang. Benarlah orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tiada jalan singkat untuk mengecapi kejayaan. Pengasas Siti Khadijah, Puan Padzilah Enda Sulaiman juga bermula dari bawah, sehinggalah beliau temui formula yang berkesan sehingga dapat membina empayar perniagaan hingga ke pasaran luar negara.

Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa tips yang efektif bagi usahawan muda yang ingin merasai kejayaan dalam perniagaan masing-masing. Semoga bermanfaat buat semua. 🙂

1. Keinginan untuk mencabar diri

  • Cabar diri untuk menjadi seseorang yang lebih berjaya
  • Pedulikan tohmahan orang lain yang mengatakan anda tidak boleh berjaya.

2. Kurangkan kebergantungan pada ahli keluarga.

  • Tanamkan dalam diri anda untuk mengurangkan beban keluarga
  • Sikap ini perlu dipupuk dari kecil lagi dan jangan terlalu manja dengan suapan keluarga
  • Tidak kiralah sama ada anda berasal daripada keluarga yang berada mahupun tidak berkemampuan.

 

“Jangan malu untuk bermula dari bawah”- Puan Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah

3. Mempunyai sikap ingin berjaya

  • Sikap yang perlu ada untuk berjaya
  • Jika melihat mereka yang telah berjaya, melalui fasa pertama dalam perniagaan pasti mempunyai sikap yang lain daripada biasa.
  • Harus lebih berfikiran terbuka, sedia menerima teguran/ meminta untuk ditegur.
  • Sentiasa merendah diri
  • Hubungan yang baik sesama rakan perniagaan yang lain.
  • Sikap akan melambangkan peribadi seseorang itu untuk membawa dirinya ke arah kejayaan atau sebaliknya.

4. Berani untuk mempunyai impian yang besar.

  • Jangan hanya tanam impian yang kecil seperti ingin berniaga hanya sekadar untuk menampung diri sahaja.
  • Sebaliknya, kita perlu untuk berfikiran lebih jauh dan optimistik bagi membina empayar yang lebih besar.
  • Mempunyai matlamat yang jelas, iaitu untuk membantu orang lain mendapatkan pendapatan dengan perniagaan kita.

5. Tidak mudah beri alasan dan banyak ‘tapi

  • Orang yang gagal adalah orang yang sering memberi alasan
  • Tidak nampak cara untuk memajukan diri sendiri.
  • Sebaliknya orang yang sudah berjaya lebih banyak melalui saat-saat jatuh dan bangun berulang-ulang kali namun tidak pernah berputus asa untuk meneruskan perjalanan kerana mereka tidak mudah memberi alasan untuk berhenti.
  • Siapa kata dalam usia yang muda tidak boleh berjaya dalam bidang perniagaan? Anda pasti boleh.

Semua pilihan terletak di tangan anda untuk memilih sama ada ingin memajukan diri atau sekadar duduk sahaja menunggu tuah untuk datang!

 

Marilah bangkit untuk masa depan diri dengan mengusahakan sesuatu. Apa yang penting, perlu yakin dan tekad dalam mengejar sesuatu sehingga berjaya. 

 

Kredit kepada: Utusan Online

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

5 Cara Mengelakkan Diri Daripada Bersangka Buruk

Buruk sangka (Su’udzon) adalah salah satu daripada sifat mazmumah. Prasangka buruk ini mungkin pada awalnya hanyalah sangkaan fikiran dan termaktub di dalam hati sahaja. Namun tahukah anda, sedikit demi sedikit selepas itu akan lahirnya sifat mazmumah yang lain seperti mengumpat, menyebarkan aib orang lain dan memfitnah.

Memang benar. Bersangka buruk mungkin hanya dalam hati. Siapa pun tidak mendengar.  Namun jangan lupa, Allah maha mengetahui  segalanya!

Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud,

 “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud,

“Janganlah salah seorang daripada kamu mati melainkan dia harus berhusnuzon (bersangka baik) pada Allah.” -Riwayat Muslim

Berikut saya kongsikan beberapa tips bagi mengelakkan diri daripada berasangka buruk.

 1. Sentiasa Bersangka Baik

  • Kita sebagai manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan membuat dosa. Kerana fitrah manusia itu tidak sempurna.
  • Apabila melihat/mendengar sesuatu, pastikan kesahihan perkara itu terlebih dahulu dan cepat menghukum.

Bersangka baik lah dalam semua perkara! 🙂

 

2. Bersyukur dengan Nikmat Allah

  • Wajib ke atas kita untuk bersyukur kepada Allah, waimah dikurniakan rezeki sekadar RM 1.
  • Jangan ‘kedekut’ untuk mengucapkan Alhamdulillah
  • Rasa bersyukur kepada Allah bukan hanya pada disaat senang sahaja, bahkan dikala kita diambang kesusahan juga kita perlu bersyukur kepada Allah.
  • Sifat bersyukur juga adalah sikap orang yang berjaya. Seseorang itu tidak akan iri hati atau dengki dengan orang lain kerana baginya, Allah itu sudah cukup adil.

3. Melihat Aib Diri Sendiri

  • Kadang-kadang, orang yang sering berprasangka buruk terhadap orang lain, sebenarnya kurang memerhatikan aib dirinya sendiri.
  • Tidak semua orang sedar akan hakikat aib sendiri, melainkan dia sentiasa sibuk menyebarkan aib orang lain.
  • Oleh itu, sentiasa memperbaiki hati dan diri kita agar terhindar daripada perkara mungkar yang menerjunkan kita ke lembah kebinasaan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,

“Tidaklah seseorang menutupi aib orang lain di dunia, melainkan Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat kelak.”-Riwayat Muslim & Ibnu Majah

4. Merendah diri

  • Sikap merendah diri menjadikan  kita sentiasa bersederhana, tidak cepat melatah dan bersangka buruk kerana kita lebih tahu tahap kebenarannya.
  • Sikap merendah diri juga mampu untuk menggalakkan kita daripada berburuk sangka dengan orang lain kerana kita memahami yang manusia itu tidak sempurna.

5. Perbanyakkan Mendalami Ilmu Agama

  • Hidup di zaman yang penuh cabaran dan hiburan, penting untuk kita mendalami ilmu agama.
  • Kenapa?
  • Kehidupan tanpa ilmu agama akan membawa manusia kepada kejahilan dan sifat mazmumah, antaranya meninggalkan solat, tidak berpuasa, mengumpat dan memfitnah.
  • Orang yang berusaha mendalami ilmu agama akan sentiasa berwaspada dengan hal-hal berkaitan manusia.
  • Maka, orang yang tahu soal agama, mereka tidak akan mudah untuk bersangka buruk tanpa usul periksa.

Kesimpulannya, jangan kita meremehkan soal prasangka buruk kerana ianya akhirnya hanya membawa kepada dosa.

 

Pelbagai produk Siti Khadijah secara online boleh didapati di www.sitikhadijah.com

 

Kredit kepada: Tazkirah.net

 

 

p/s: Berita bait untuk orang Kuching! Tok mok madah, iboh lupak datang berami-rami ke Grand Opening Butik Siti Khadijah nok baru 6 sampe 8 April 2018 tok. Hadiah percuma menanti 100 pembeli pertama. Apa gik kitak orang nunggu! Juh serbu ke Majma Mall, Kuching Sarawak. #TeamSK nunggu kitak orang sinun. 🙂

 

 

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

7 Amalan Sunat Rasulullah Dalam Kehidupan Seharian

Amalan sunat merupakan suri tauladan yang terbaik di muka bumi ini.Kita perlu mencontohi akhlak dan budi pekerti Rasulullah SAW dalam usaha menjadi umat Rasulullah yang taat dan berkualiti serta mengejar dunia akhirat yang kekal abadi. Pada entri kali ini, saya kongsikan 7 amalan sunat Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian, yang juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Moga bermanfaat buat semua.

 

1. Tunaikan Solat Tahajjud

  • Rasulullah, para kekasih Allah dan para Ulama’ tidak sesekali meninggalkan solat tahajjud.
  • Barangsiapa yang solat sunat tahajjud adalah ciri-ciri orang soleh dan ikhlas

 

Abi B. Thalib pernah berkata,

“Salah satu dari ubatnya hati adalah solat malam dan tahajjud.”

 

Firman Allah Surah Al-Israa’ ayat 79 yang bermaksud,

“Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah mudahan Tuhan Mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.“

 

2. Mengimarahkan masjid/solat subuh di masjid

  • Masjid adalah rumah Allah.
  • Masjid adalah sebuah tempat suci bagi orang-orang yang sentiasa mensucikan dirinya secara zahir mahupun batin.
  • Masjid juga dijadikan sebagai tempat suci bagi orang yang sentiasa menyucikan diri.

3. Membaca Al-Quran beserta maksudnya

  • Al Quran adalah mukjizat yang di beri kepada Nabi Muhammad sebagai petunjuk dan sumber mata kehidupan.
  • Kandungan di dalam Al Quran wajib dijadikan pedoman orang Muslim untuk hidup dan menjalani kehidupan seharian.
  • Bukan hanya membaca Al-Quran itu penting, tetapi juga memahami dan menghayati ertinya serta mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.

4. Tunaikan solat Dhuha

  • Solat sunat Dhuha merupakan sunnah yang sering dilakukan Rasulullah
  • Setiap amal ibadah yang diperintahkan Allah pasti ada rahsia yang tersembunyi di dalamnya.
  • Tapi yang pasti semuanya itu adalah demi kemaslahatan dan kemanfaatan kita, manusia.

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud,


“Setiap persendian manusia diwajibkan untuk bersedakah setiap harinya mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

5. Bersedekah

  • Ketahuilah bahawa Allah menyukai orang bersedekah.
  • Malaikat sentiasa mendoakan orang yang bersedekah.
  • Carilah rezeki dengan bersedekah.
  • Terdapat banyak ayat Quran yang menyebut tentang sedekah.
  • Amalan sedekah merupakan tolok ukur/ciri-ciri orang yang beriman, soleh dan bertaqwa

 

6. Cuba untuk Menjaga/Pelihara wudu’

  • Rasulullah sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.
  • Baginda berwuduk dalam apa jua keadaan sekali pun (pagi, petang, siang & malam)
  • Kalau boleh, kita jangan sesekali tinggalkan wudu’, jika batal, ambillah wuduk kembali.
  • Kerana wudu’ merupakan keperluan kita dalam rangka untuk mendekatkan diri kepada Allah.
  • InsyaAllah kita akan terjaga daripada hal-hal yang kotor (bersifat mahupun rohani)
  • Wuduk merupakan proses pembersihan badan kita secara silmutan dilanjutkan dalam rangka untuk pembersihan fitrah dan hati atau rohani kita.

Berkata Khalifah Ali B. Abu Thalib,

“Orang yang selalu berwudu’ sentiasa ia akan merasa selalu solat walaupun ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”

7. Amalkan istighfar kepada Allah sekerap yang mungkin!

  • Masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan Allah jika kita beristighfar.
  • Bukannya susah untuk beristighfar, maka lakukanlah ikhlas kerana Allah! 🙂
  • Kita boleh beristighfar tidak kira masa dan waktu, seperti sebelum tidur, sedang membuat kerja di pejabat, dalam kesesakan lalu lintas dan bermacam situasi lagi.
  • Hamba Allah yang kuat beristighfar kepada Allah maka naluri dan kecenderungan rahmat ke atasnya sangat kuat.
  • Doanya juga mustajab dan tajam firasatnya.

 

Dapatkan Telekung Siti Khadijah di laman www.sitikhadijah.com

 

Kredit kepada: Equrban.com

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

‘Penghulu Segala Hari…’

Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing Bagi umat Islam, kita menghargai kemuliaan hari Jumaat sebagai ‘Penghulu Segala Hari’/ ‘Sayyidul Ayyam’. Betapa beruntungnya kita kerana Allah memberikan ‘sebaik-baik hari’ yang mempunyai bermacam keistimewaan untuk kita amalkan. Janganlah kita biarkan hari  Jumaat kita berlalu begitu sahaja tanpa berusaha untuk ‘top up’ amal ibadah kita. Semoga hari Jumaat kita lebih baik dari jumaat-jumaat yang sebelumnya. Insya’Allah~ 🙂

 
Jumaat adalah Hari Paling Mulia

  • Pelbagai peristiwa yang baik terjadi pada hari Jumaat
  • Hari Nabi Adam diciptakan oleh Allah
  • Hari dimana Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga
  • Hari Allah mewafatkan Nabi Adam

Abu Hurairah RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah bersabda yang mermaksud,

“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat, pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim)

Jumaat adalah Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat

Solat Jumaat 2 rakaat membuktikan Jumaat merupakan hari mulia yang perlu diambil manfaatnya bagi mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

 

Jumaat adalah Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi

  • Pada hari Jumaat, Allah mengutus para malaikat turun ke muka bumi.
  • Para malaikat menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan solat jumaat
  • Selesainya menunaikan solat Jumaat, para Malaikat kembali ke Araysh untuk menyembahkan hasil catatan kepada Allah.

Allah berfirman:

“Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan, tidak berdosa sedikit pun.”

Jumaat adalah Hari Mustajab Berdoa

 

Rasulullah pernah bersabda:

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Tahukah anda?

Waktu yang terbaik/mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat ialah ketika imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai dan pada akhir waktu asar.

Perkara sunat dilakukan pada hari Jumaat:

  • Lakukan solat sunat sunat Tahiyyatul Masjid 2 rakaat. Setelah selesai solat, niatlah iktikaf di masjid
  • Perbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dan zikir kepada Allah.
  • Jangan melalui dari muka orang yang sembahyang dan jangan melangkahi bahu orang
  • Cuba cari saf yang hadapan/pertama di masjid
  • Jangan kita menyakiti sebelah menyebelah kita dari bauan yang kurang menyenangkan.

 

Moga-moga hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa, dan cemerlang di dunia dan akhirat. Sentiasa berdoa agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah. Amin. 

Kredit kepada: Shafiqolbu

 

 

Dapatkan koleksi telekung Siti Khadijah di laman www.sitikhadijah.com. Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Pernah Subuh ‘Gajah’? Cepat Qada’ Solat Anda…….

Solat adalah tiang agama. Ia merupakan kewajipan yang telah ditetapkan Allah. Siapalah kita untuk melanggar perintah Allah SWT? Sudah pasti kita yang hidup pada akhir zaman ini sangat lemah imannya. Fitrah manusia itu tidak sempurna.

Sebagai hamba Allah kita pasti pernah lalai dan hanyut dengan godaan syaitan bukan?

Sama ada sengaja atau tidak, apabila kita meninggalkan ibadah solat fardu kita, kita PERLU mengqada’ semula solat yang ditinggalkan. Rasulullah sendiri pernah mengqada’ solat baginda walaupun tidak tertidur atau terlupa. Inikan pula kita hamba yang kerdil disisi-Nya. Allahuakbar!

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

 

Apa itu Qada’?

Melakukan sesuatu ibadah diluar waktunya. Manakala tunai pula bermaksud melakukan sesuatu ibadah dalam waktu.

Bagaimana mahu qada’ solat kita?

  • Jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qada’kanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
  • Bagi yang tidak mengetahui berapa banyak yang telah ditinggalkannya, cuba lakukan anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.

 

Solatlah walau dimana jua anda berada… 🙂

 

Qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya.  Jadi, jangan lupa qada’ solat anda! 🙂

Apa jadi jika seseorang itu meninggal dunia sebelum sempat mengqada’ solat yang ditinggalkannya?

Semuanya bergantung pada Allah. Namun jika si polan telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

 

Dapatkan koleksi telekung Siti Khadijah di laman sesawang Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~ 🙂

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE